Searching for ......

Saturday, November 29, 2014

Kenapa Aku Pilih Untuk Memakai Inai?

Assalamualaikum

Hehehe tajuk gediks sangat kens. Tak ada kerja. Tapi isi kandungan panas ok.

So kenapa aku suka pakai inai?

Sebab ramai orang tak terlintas difikiran yang aku sudah berumahtangga. Cuma belum buat rumah sendirik aje ye dak abang?

So bila orang tak terfikir aku dah nikoh, orang akan pandang slek aje kat aku bila aku jumpa husband. Oi dia husband aku lah. Husnu zon sikit boleh tak? Grr

Kadang-kadang. Eh selalu sangat aku rasa tak bebas dalam dunia aku sendiri. Buat ni tak boleh buat tu tak boleh.

Yelah. Lagi satu mungkin sebab aku muka tak matang. Si Kinah jugak yang orang sangka anak Cg Sariff yang dah kawen tu. Muka husband pun sama. Nampak macam budak aje..

Budak kerrr?

Tapi husband suruh redha aje. Inilah cabaran kahwin masa belajar. Lagi2 kat IPG.  Husband selalu cakap, kita tak kawen orang mengata, kita dah kawen pun orang akan mengata jugak. So kita kena hadapi lah. Caranya buat dunno aje.

Tapi biasalah hati perempuan. Cepat sangat melatah. Ummm.

So ni kira antara tips lah, macamana nak bagitahu orang ramai yang kita dah kahwin. ok?
Iaitu dengan memakai inai.

Cenggini :



Ha barulah orang akan berhusnu zon sikit. So korang yang dilemma macam aku, pakailah inai selalu ye. Tapi tanya hubby dulu, dorang suka ke tak. Kalau tak, takyah pakai. Tapi rasanya hubby kita tak suka, tapi dah terpakai. Sorryyy zawjiyy hihi.

Ok dah masuk waktu. Hubby kita suruh ngaji.

Thank You!
For the pleasure of Allah
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment