Assalamualaikum J
Actually aku dah mula sedih ni.
Eh gembira dulu.
Gembiranya adalah stok Shaklee bagi yang dah bayar ada dah
yeyyy.
Semalam Encik Tunang kita susah susah pigi HQ dari pagi
sampai maghrib uolls.
Siapa yang mampu buat untuk aku macam tu? Tak dok :’)
Dikau sahajalah. Hahah. Terima kasih ye ^^
So my customers wait ea, yang post insyallah barang sampai
jap lagi and yang by hand esok lusa kita jumpa. Saya akan guide uolls saaampai problems settle
ok? J
So kita sambung sedih balik.
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cuti dah habisssss T.T
Cepatnyaaaa habissss T.T
Baru nak tido lama lama lagi T.T
Banyaknya nanges.
Yelaa, aku sedihlah sebab ni last cuti panjang aku single.
You know how worth for being single?
Kita boleh bangun lambat, boleh malas malas, boleh busuk
busuk, boleh sepah sepah.
Nanti dah double?
Tara bulleh laa.
So aku nak review lah sepanjang cuti ni memang memberi kesan
dan kenangan istimewa buat aku ever.
So awal awal cuti aku bercadang nak menjahit baju kurung hadiah
pertunangan hari tu but tak dapat dilaksanakan sebab something happened dalam family.
Alhamdulillah time tu siblings semua berkumpul and we alls
memang gerak sama sama and settlekan sama sama lah problem tu.
Alhamdullillah. Aku
bersyukur lah kami ni jadi adik beradik yang saling melengkapi and sangat
sangat bekerjasama.
Awat aku touching ni adusss. T.T
And masa tu aku dah mula terfikir, mungkin ni lah last we all
berempat buat kerja and handle something sama sama.
Nanti dah tak berempat dah.
Maybe berlima atau berenam..
And masa tu of course hubungan kami dah tak macam
sekarang..
Yela, masing masing dah ada kesayangan sendiri.
Waduhhh. Syahdu wehh.
Korang ingat nak kawen ni happy
sentiasa ke? T.T
And I want to thank my siblings for being my siblings.
Aduhhh
aku ni kalau menaip tak sah tak meleleh T.T
Terima kasih untu semuaaa kenangan yang kita cipta sejak
kecikkk dulu sampai sekarang and sampai bila bila pun.
Thank you Abang Mu’az,
Markonah and Ali. I love uolls. T.T
And dah settle part tu, kina pun balik Marsah. So tinggallah
aku and ibu kat rumah.
Dalam satu dua hari kami duk rumah, kami mencari idea about the door gift.
And di situlah bermula kenangan manis aku dengan ibu pulak.
Waduh.. memang kenangan lah.
Kami duk sama sama kat ruang rehat, bekerjasama
menyiapkan doorgift yang masih dirahsiakan tu.
So best.
Kalau uolls nak tau ni
lah first time aku menjahit tau.
Actually aku tak reti pun guna mesin jahit.
Selalunya
kalau boys kat rumah mintak tolong jahitkan seluar koyak kea pa, aku akan
jawab, “kinah, kinah, ika tak reti” :p
Hahaa. Aku pun tak tahu macamana boleh siap 500 dorrgift ni
hademade by aku sendiri.
Mungkin aku kesian kot kat ibu.
Yela, penat okay duk atas kerusi mesin jahit tu.
Tak boleh menyandar apa semua. Mata kena tumpu. Kaki
kena jalan.
Sian lah pulak. So aku pun tibai je lah jahit.
Oleh sebab dah 500 helai siap, so sekarang aku boleh declare
la yang aku pandai jahit kikiki.
Tapi senget benget lah.
Ah lantaklah. :p
Okay, pasal projek mega kitorang tu macam macam kenangan
jadi.
Pergi sana sini cari kedai yang ada jual tuuuttt.
Memang best sebab aku suka berjalan sama dengan ibu haha.
Kitorang tak buat semuanya sama sebab aku ni cepat bosan.
So
contohnya aku menjahit kain yang colour hijau dalam 10 helai gitu, aku dah tak
larat dah nak tengoknyer. Aku nyorokkan jauh jauh, dah lama sikit aku tengok
warna warna lain baru aku sambung jahit warna hijau tadi. Haha.
Banyak betul
kerenah. Ibu layan je.
Every day ada laa dalam 5 6 kali aku tanya, “ibu, ika dah
jahit berapa?” hari ni berapa? Sesi pagi tadi berapa? Kalau campur semua
berapa? Hahaha.
Ibu sungguh tabah. Semuanya dijawab supaya aku bersemangat
meneruskan jahitan.
Siapa yang mampu nak jawab macam tu? Tak adanyaaa.
Kalau orang lain mesti dah bosan and marah punya tanya banyak banyak kali macam orang nyanyuk..
Tapi ibu
tak.. ibu gelak gelak cakap, “ibu dibuli hahaha”..
And setiap hari jugak ibu bagi semangat, “go ika go!! Ika bolehhh!!”
hahah.
Kalau aku nak tido aku tido jugok :p
Dalam satu hari kalau banyak keluar pergi kedai ke kenduri
kahwin ke aku boleh siapkan dalam 20 helailah paling kurang.
Tapi paling banyak
pun 40 helai je kalau tak ada pergi mana mana haha.
Okay lah tu.. kurang
sebulan jahitan settle.
Mula 2 Disember 2013 and settle 25 Disember 2013.
Alhamdullillah.
Kadang aku rasa eh power jugak aku ni hahaha.
So bila dah siap tu ruang rehat rumah tu dah kemas kan, aku
pulak rindu rindu.
Nanti aku bukak balik kotak berisi doorgift tu pastu cakap, “ibu,
rinduuu” T.T
Ibu pulak : Taka pa, boleh tengok tu haa.. haha
And bagi aku best lah pengalaman tu sebab merapatkan ukhuwah
jugaklah.
Yelah, pagi petang siang malam duk sama sama dalam kawasan yang sama,
buat kerja yang sama apa semua sama kan.
Memang betul betul meninggalkan kesan.
Sedih betullah. T.T
Emmm. Lagi apa ya.
Ha! Be careful with my heart.
Pukul 3
petang aku mesti rehat dari menjahit sebab nak dengar Maya sebut perkataan Sir
Chief ahaha.
Cerita tu jelah yang boleh diterima akal, otak, lidah dan
badan aku ni time after zohor tu.
Yang sebelum and selepas Sir chief tu memang
tarak lah. Aku memang cukup jaga.
Aku takkan tertengok cerita sebelum dan
selepas cerita tu sebab nanti dunia dan hari hari aku akan menjadi kelam.
Aku
akan jadi orang gilak.
So baik jangan tengok kalau tak dosa aku hari tu
bertambah tambah haha.
Konklusinya, bestnyeeeeeeeeeee cuti T.T
Hati bahagia, hidup tenang. Nanti naik IPG dah penuh semula
otak aku ni..
Actually, aku memang jenis home sick. Nanti balik IPG okay
lah insyallah. Sebab tak adalah teruk sangat duk IPG tu sebenarnya. Kawan kawan
best apa semua.
Happy lah Alhamdulillah. Cuma mood aku sekarang nak cuti T.T
Itu sahaja lah.
Nanti kalau sedih aku tulis lagi :p
For the pleasure of Allah.
Byee, Assalamualaikum.