Searching for ......

Tuesday, December 31, 2013

Doa Dan Harapanku For 2014

Assalamualaikum. J

Banyaknya entry aku malam ni haha.
Semangat habis.
Bukan apa, wifi laju jarang nak jumpa kat IPG tu ha.
So memang bencinta sangatlah aku nak bukak blog.
Algi lagi kat bilik aku kan. Memang wifi segan nak masuk.
So sebelum semua berubah esok malam, aku tulislah banyak banyak malam ni. J

So kali ni pasal azam.
Heheh biasalah tiap kali naik sem nak azam.
Tak apa, kira macam semangat aku nak membuat sesuatu dengan lebih baik insyallah.

So nak masuk sem 3 tahun 2014 ni,
Aku berdoa supaya aku menjadi jadi warga IPG KPI yang lebih baik.
Aku berdoa supaya amalan aku makin bertambah dan istiqamah.
Aku berdoa supaya bisness aku makin maju.
Aku berdoa supaya aku dapat pensyarah pensyarah yang tak garang.
Aku berdoa supaya aku jadi cantik dan sihat selalu.
Aku berdoa supaya aku jadi wanita solehah iaitu lembut hati dan taat.
Aku berdoa supaya aku jadi wanita sejati yang cakap secara ss (sopan and slow).
Aku berdoa supaya aku tak tinggal tahajud T.T
Aku berdoa supaya aku dapat buat KKP dengan powernya.
Aku berdoa supaya allah berkati hidup aku.
Aku berdoa supaya aku kurang dosa.
Aku berdoa supaya semua ahli keluarga aku sihat sejahtera dan bahagia selalu (termasuk keluarga mertua :p)
Aku berdoa supaya tak jadi seorang yang cuai lagi.
Aku berdoa supaya aku jadi orang yang tabah dan sabar.
Aku berdoa supaya Malaysia aman damai.
Aku berdoa supaya semua urusan aku dipermudahkan Allah.
Aku berdoa supaya Allah sentiasa redha pada aku dan seluruh umat islam.
Aku berdoa supaya allah beri hidayah pada aku dan semua makluk di bumi.
Dan banyak lagi doa.

I want to be better. Insyallah ameen.
Harapan dan azam orang islam adalah dengan berdoa.
Banyak lagi nak doa sebenarnya.
Nanti bila ingat update ok ;)

For the pleasure of ALLAH.
Byee, Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment