Assalamualaikum and hai semua 😊
Alhamdulillah hari ni Aisyah happyyy sebab banyak benda Aisyah dapat settled! 😁 And Alhamdulillah ayah pun dah selamat sampai rumah ❤️
So today nak cerita pasal my today! Hehee. Okay. Pagi tadi saya bangun dah berfikir- fikir sikit apa perlu saya buat for today. I mean benda yang berkualiti. And I chose nak siapkan full entry mengenai Supplement Shaklee kat my blog.
So after menelaah phone and mengaji, dalam jam 6.50 pagi saya terus gi dapur and buat sarapan pilihan hati I iaitu pisang goreng 😁 Ibu masak nasi goreng. Okay lah lepas settled je sarapan saya terusss masuk bilik semula and mulakan misi menyiapkan entry Shaklee ni ha.
Alhamdulillah dapatlah menulis dengan seronoknya. Seronokkk sebab rasa macam yeyy today is my day! Hehee 💜
Dalam jam 8.30 pagi macam tu tetiba dapat call. Dari Sri Jaya!. Ohemgi, dia nak suruh I gi belajaq qeta kaaaa??? Ibu Ali dah lah takde kat rumah ni sebab hantar Embah gi hospital buat check up kaki, ottoke ottoke.
Okaylah takpe I angkat phone dulu. And betuuul!. Pukul 10 pagi ada free. Kerani tanya boleh datang tak sebab ada kosong 😊
And I pun jawab : Boleh tapi tak ada orang hantar saya..
Then kerani tu pun sambung : Eh tak apa. Kami boleh ambil. Tapi boleh tak Aisyah tunggu kat bus stop depan masjid tu?
Aku pun terkejut lah haaa?? Kena gi jalan kaki keee, secara spontan aku terjawab : Saya tak nak lah.. (hahaa sesuka hati engko aje ye 😝)
And Alhamdulillah masa tu Kina tengah lepak kat bilik saya. Dia dengar perbulan tu so Alhamdulillah Kina offer Faiz hantar.. Alhamdulillah settled. Yeyyh Alhamdulillah 😊😊😊
Memula tu fikir taknak pergi belajar kereta lah today sebab ibu tak ada, and saya dah siapkan jadual untuk hari ni kan. Tapi fikir balik, pergi jerlah. Tannguh-tangguh tak elok kan and kena gi jugakkan. Best apa belajar kereta kat situ. Cikgu best pengurusan best. Nikmat apakah lagi yang aku dustakan?
Hahaa so saya pun decided okay pergi jerlah. Chill jer 😊
Lepas beberapa minit tu tetiba Sri Jaya call lagi, saya ingat dia nak batalkan. Rupanya dia cakap macam ni : Maaf Aisyah, awak ada tak surat kebenaran doc and surat husband tu sebab kalau tak ada awak tak boleh belajar lagi ni.. (sebab saya preggy)
Saya pun jawab : Ala yeke. Belum sebab bla bla bla... tapi surat kebenaran suami dah ada.
So lepas dia bincang and tanya boss dia tu, dia pun jawab : Okaylah bawak ya surat tu nanti.
Ok fineeee!!! Kejutan elektrikkk! Hahaa sebab sebenarnya belum siap tapi saya yakin saya boleh siapkan HARI NI! Belezuppp saya siapkan SURAT RASMI KEBENARAN SUAMI BENARKAN ISTERI BELAJAR MEMANDU!
Alhamdulillah lah saya ni bakal guru and dah biasa jugalah buat surat2 rasmi or uruskan hal2 surat menyurat ni Alhamdulillah! Memang belezupp. Time tu saya type, time tu cari wayar printer, time tu print, type tu photostat rekod kesihatan yang lepas! Fuh Alhamdulillah selesai pasal surat 10 minit sebelum masa belajar yang dijanjikan! 😂
Tapi Alhamdulillah saya sebenarnya suka kerja saya tadi hehee. First sebab secara educatednya saya menggunakan surat rasmi dan juga dapat sertakan bukti kesihatan yang baik untuk kukuhkan dalil dalam surat tu hehee. Good idea jugak tadi hihii
Good job Aisyah! You did very well ❤️
And Alhamdulillah sampai sana jer terus serah surat tu and after baca-baca mereka benarkan saya belajar memandu kereta yeyyh Alhamdulillah again!
And Alhamdulillah jugakkk belajar kereta hari ni pun best, tak stress, enjoy amd senang faham konsep. Hehee aku ni kalau tak faham konsep memang susah nak lekat dalam otak sikit heee. Harapnya lepas-lepas ni pun every single thing is okayyy Ameen.
Dalam masa 2 jam saya belajar kereta 5 perkara saya dapat hari ni 😊
1. Parking sisi
2. 3 penjuru
3. Bukit
4. Selekoh Z
5. Selekoh S
Alhamdulillah Allah mudahkan. TQ Cikgu Masral 😁👍
For your info, sebenarnya berat jugak nak belajar kereta time preggy ni sebab memang guna tenaga habis-habisan. Tapi kena kuat jugaklah. Bila lagi saya nak ambil lesen ni betul tak? Daripada dah masuk third trimester baiklah aku buat sekarang. And after deliver or sebelum agaknya inshallah kami akan dipostingkan ke sekolah so masa tu dah kena guna lesen kereta hokeyyy 😂 Lagipun Inshallah saya akan cubaaa sedaya upaya menggunakan kekuatan lengan time belajar kereta ni. Tak guna kekuatan perut. Keselamatan diutamakan! Inshallah I can do it!
Semoga Allah permudahkan urusanku untuk lulus dapat lesen memandu dengan mudah, lancar dan tak ada apa2 benda buruk berlaku, Ameen!
Alhamdulillah setakat hari ni macam juga hari-hari selalunya, saya berasa gembira dan berpuas hati dengan hasil kerja saya sepanjang hari.. And untuk hari ni saya gembira sebab :
1. Dapat siapkan satu entry Shaklee sebelum pergi belajar memandu.
2. Dapat siapkan surat kebenaran suami dengan sangat berjaya dan educated 😝
3. Dapat makan nasik sebelum pergi belajar memandu walaupun rushing gilaaa tapi ibu tetap utmakan anak ibu ok 😊
4. Dapat buat RPM dan RSM sekali jerrr hihiii taklah I buang masa kat situ jer.
5. Dapat belajar 5 benda kat litar hari ni.
6. Dapat tulis nota mengenai pergerakan dalam litar.
7. Dapat naik bukit dengan BERJAYA SEKALI!
Okay tu jerlah yang boleh diimbas buat masa ni hehee. TQ diri sendiri and Alhamdulillah ya Allah for today.
Esok must be a better day for me OKAY AISYAH ASSIDDIQAH?. Inshallah be better from yesterday. ❤️
Tu jerr nak cerita hehee.
Thank you for reading!
Searching for ......
Wednesday, December 28, 2016
Basic H Shaklee : Pencuci Tanpa Toksin Terbaik!
Assalamualaikum dan
hai semua :)
Okay kali ni Aisyah
nak share pasal satu product Shaklee yang bukan makanan (biasanya saya cerita
pasal supplement makanan kan hehee), iaitu Basic H Shaklee. Basic H ni multipurpose
detergent tau, atau senang cerita PENCUCI SERBA GUNA!
Okay, APA ITU BASIC
H SHAKLEE?
Basic H Shaklee adalah
pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama
dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Ia dihasilkan daripada sumber semulajadi iaitu jagung dan
kelapa, merupakan pencuci serba guna, bebas dari bahan kimia, biodegradasi
dan selamat untuk seisi keluarga. Bak kata orang putih, Organic Super Cleaning Concentrated.
And Basic H ni sesuai
untuk semua kulit, even kulit sensitif, kulit ekzema pun boleh pakai :)
APAKAH KELEBIHAN
BASIC H SHAKLEE BERBANDING PRODUK PENCUCI YANG LAIN?
1. SELAMAT
➻ Tidak bertoksik
➻ Tanpa gas beracun
➻ Tanpa bahan kimia yang berbahaya
➻ Tanpa bahan pewangi
➻ Lembut pada tangan
➻ Mengandungi kandungan ph yang seimbang
➻ Tanpa klorin
2. BERKESAN
➻ Mampu menanggalkan kotoran yang berminyak
➻ 16 auns Basic H boleh dicairkan di dalam 48
gelen air kerana kepekatannya yang tinggi
3. MESRA ALAM
➻ Diekstrak daripada ramuan semulajadi seperti
jagung dan kelapa
➻ Tanpa fosfat
➻ Diisi di dalam bungkusan yang boleh dikitar
semula
➻ Tanpa bahan pewarna
➻ Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
APAKAH KEGUNAAN,
MANFAAT DAN KEBAIKAN BASIC H SHAKLEE?
1. Mencuci dan
membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia. Caranya:
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10
minit.
2. Mencuci dan
membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet.
Caranya : Isikan air
ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Mencuci dan
membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada
bahan awet.
Caranya : Isikan air
ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
4. Mencuci dan
membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.
Caranya : Masukkan air
ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci
peralatan memasak yang berminyak.
5. Mencuci dan
membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan
sebagainya.
Caranya: Isikan air ke
dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan
tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.
6.Mencuci
badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak
dan sebagainya.
Caranya: Basuhkan
tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan
kemudian di bilas.
7. Mencuci dan
membersihkan lantai dan alatan permainan.
Caranya: Isikan air ke
dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan,
manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia
mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.
8. Menanggalkan
gula-gula getah pada baju dan sebagainya.
Caranya : Titikkan 5
titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok
hingga tertanggal.
9. Mengasah Pisau.
Caranya: Titikkan 4-5
titik pada pisau dan asah pisau seperti
biasa.
10. Membersih
dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya.
Caranya: Titikkan 4-5
titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian di bilas.
11. Menghapuskan
kutu di atas kepala.
Caranya: Basahkan
rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan.
Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama
10-15minit barulah di bilas.
12. Terkena minyak,
air panas atau melecur terkena benda panas.
Caranya: Sapukan terus
Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau
melecur bahkan akan terasa sejuk.
13. Menghindarkan
dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.
Caranya: Tuangkan 4-5
titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian
semburkan pada serangga.
14. Demam Panas (
Sebelum berjumpa doktor).
Caranya: Tuangkan 4-5
titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke
seluruh badan dan kepala.
15. Sakit Gigi.
Caranya : Masukkan 4-5
titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn
2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
16. Gatal-gatal
pada badan atau miang ( masalah kulit).
Caranya: Tuangkan 4-5
titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal
mengunakan span mandian kemudian bilas.
17. Ulser dan mulut
berbau.
Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (
sekerap mungkin).
18. Penyubur
tanaman dan pengembur tanah.
Caranya: Air lebihan
cucian Basic H boleh di siram pada pokok
bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.
19. Menghilangkan
karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.
Caranya: Tuangkan 4-5
titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga
15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
SIAPAKAH YANG
MEMERLUKAN BASIC H?
SEMUA ORANG BOLEH!
Termasuk :
·
Baby
·
Kanak-kanak
·
Remaja
·
Wanita dewasa
·
Lelaki dewasa
·
Warga emas
·
Mereka yang berkulit sensitif
·
Mereka yang menjaga kebersihan
Senang kata semuaaa
orang boleh guna :)
So, Aisyah galakkan
semua rumah ada satu Basic H ni untuk apa-apa kegunaan pun! Anda kena hati-hati tau sebab kebanyakan bahan
pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui
kulit atau sistem pernafasan. So sangat kena hati-hati lagi-lagi if you ada
baby.
Untuk sebarang
pertanyaan dan order boleh contact Aisyah terus ok, I will consult you with the
best consultation :)
Phytocol-ST Shaklee Bantu Menurunkan Kolesterol Secara Sihat!
Assalamualaikum semua
:)
Untuk entry kali ni
Aisyah nak share mengenai kolesterol dalam badan kita. Biasanya masalah
kolesterol ni dirisaukan oleh golongan 30 tahun ke atas la kan. Budak-budak
umur 20 tahun jarang risau mengenai kolesterol ni betul tak?
Tapi tak salah kalau
kita jaga dari muda kan. Kena hati-hati juga sebab pemakanan kita hari ni tak
sama dengan pemakanan mak bapak kita zaman dahulu kala. Kita sekarang yang
muda-muda ni pun ada risiko kena serangan jantung or obesiti if kita tak jaga
elok-elok. Nak –nak yang women lah kan sebab kita anak mengandung dan nak
melahirkan anak. Tahap kolesterol penting tau sepanjang proses pregnancy nih.
So jom kita berkenalan
dengan PHYTOCOL-ST ya!
PHYTOCOL-ST ni product baru Shaklee tau tahun 2014 :)
APA ITU PHYTOCOL-ST
SHAKLEE?
Phytocol-ST ini adalah
makanan tambahan yang berasakan sterols dan stenol. Dan ia adalah bertujuan
bagi mengurangkan kolesterol jahat dalam badan secara semulajadi. Ia tidak menggunakan
sebarang bahan kimia ya.
APA PULA
PHYTOSTEROL, STEROLS DAN STENOILS NI?
·
Phytosterol ni adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam
plant cell membranes. Ia menyerupai kolesterol dalam badan manusia.
·
Dan apabila kolesterol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke
dalam sistem penghadaman badan kita.
·
Plant sterols dan stenols ni akan menghalang kolesterol jahat (LDL
kolesterol) dan akan merendahkan kolesterol jahat yang masuk ke dalam salur
darah manusia yang mana ianya boleh menyumbatkan salur darah.
APAKAH TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI?
Seseorang yang
mempunyai tahap kolesterol yang tinggi kebiasaannya akan mengalami tanda-tanda
berikut :
·
Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
·
Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan
muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
·
Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
·
Sering berasa sakit kepala.
·
Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak
berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
·
Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit.
·
Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
·
Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung
mula tersumbat.
BAGAIMANAKAH
PHYTOCOL-ST SHAKLEE BERFUNGSI?
- Dengan struktur yang sama seperti
kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam
penyerapan di dalam Usus.
- Ini bermaksud apabila kita mengambil
banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di
dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras
kolesterol LDL kita.
APAKAH KEBAIKAN DAN
MANFAAT PYHTOCOL-ST SHAKLEE?
- Membantu menghalang penyerapan kolestrol
dalam darah dan menurunkan paras LDL. Disarankan 2000mg fitosterol setiap
hari, 30min sebelum makan makanan berlemak.
- Jika diambil secara konsisten, paras LDL
menurun sebanyak 10% dan risiko serangan jantung berkurang sehingga 20%.
- Memperbaiki imun sistem. Fitosterol akan
meningkatkan keaktifkan T1 dan kurangkan keaktifan T2. T1 yang kurang
aktif menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. T2 terlalu aktif menyebabkan
alergi, kulit kering dan gatal, arthritis dan sebagainya.
- Meningkatkan keselesaan sendi.
- Membantu merangsang penghasilan insulin.
- Mengurangkan simptom prostate membengkak
seperti kerap buang air, tidak boleh mengawal air kencing, air kencing
berkurangan dan sebagainya.
APAKAH KEISTIMEWAAN
PHYTOCOL-ST SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN?
·
Dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan
bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
·
Fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk
merendahkan paras ldl kolestrol
·
Mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
·
Kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh nih
·
Tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan
SIAPAKAH YANG
MEMERLUKAN PHYTOCOL-ST?
Individu yang
mempunyai tahap koleterol yang tinggi dan mahu cara yang semulajadi untuk menurunkan
kolesterol mereka tanpa menggunakan dadah.
Jadi, for those yang
nak jaga tahap kolesterol, nak turunkan kolesterol, nak jaga kesihatan jantung atau
nak bagi parents hadiah supaya masalah kolesterol dapat dikurangkan, boleh
contact Aisyah terus and dapatkan PHYTOCOL-ST cepat tau!
Thank you for reading!
Vitalea For Children Sangat Membantu Perkembangan Anak Anda!
Assalamualaikum and Hai semua :)
Alhamdulillah Aisyah baru lepas sarapan,
sedapnyaaa goreng pisang yang I goreng tuuuu hihii. Alhamdulillah sangat selalu
dapat makan makanan jawarian ni sebab sepanjang preggy ni Aisyah asyik dan just
teringin makanan masakan jawa sahaja Alhamdulillah senang kerja orang nak
menjaga aku hahah.
Okay kali ni Aisyah nak cerita mengenai
Vitalea For Children! Supplement ni pun sebenarny baru bagi Aisyah sebab masih
baru menelaah mengenainya beberapa bulan sebelum ni. Itu pun sebab dah nak
dapat anak kan so I search over all untuk dapatkan maklumat pemakanan terbaik
untuk anak I.
So, untuk pengetahuan awak semua, Vitalea
ataupun MULIVITAMIN ni penting sangat untuk tubuh badan kita, that’s why
Shaklee buat dua jenis untuk dua golongan iaitu Vitalea Iron Formula dan
Vitalea For Children, berbeza dengan supplement lain, tak ada kanak-kanak punya
pun. Nampak tak betapa pentingnya multivitamin untuk badan kita semua lagi-lagi
di zaman ini?
So, APA ITU VITALEA FOR CHILDREN?
·
Ia adalah multivitamin
terbaik untuk kanak-kanak yang diperbuat daripada bahan semula jadi.
·
Mengandungi
19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak.
·
Menyediakan
150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi.
·
Memberi 100%
nilai harian vitamin C.
·
Vitamin B
yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia.
·
Berasaskan
phytonutrien semulajadi.
·
Manisan
semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti.
·
Kaya dengan
sumber nutrien antioksidan.
·
Diperkaya
dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri.
Tahukah Anda?
·
Dari
kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan
bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
·
Selepas umur
dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana
rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang
lain.
·
Pada umur
lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
·
Antara umur
11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku
dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.
APAKAH KEBAIKAN VITALEA FOR CHILDREN :
1.Membantu menguatkan dan mencerdaskan minda.
2.Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang
kuat.
3.Membekalkan sel badan nutrisi untyk
memastikan tubuh kanak-kanak sihat dan bertenaga.
4.Meningkatkan sistem pertumbuhan kanak
-kanak.
5.Melindungi fugsi saraf, kesihatan otot dan
jantung kanak-kanak.
6.Mengekalkan tekanan darah dan rentak jantung
yang normal.
7.Mengelakkan anemia dikalangan kanak-kanak.
8.Membantu meningkatkan selera makan
kanak-kanak dan melancarkan sistem pencernaan.
9.Mencegah penyakit begok(thyroid).
10.Membantu penyerepan zat dari makanan harian
kanak-kanak.
Dua-dua product ni untuk kanak-kanak.
Boleh baca mengenai Chewable Vita-C Plus di SINI.
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN VITALEA FOR
CHILDREN?
1.Kanak- kanak yang kurang minum susu.
2.Kanak-kanak yang tidak mahu makan.
3.Kanak-kanak yang cerewet dalam pemilihan
makanan.
4.Kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur dan
buah-buahan.
5.Kanak-kanak yang kerap demam, selsema dan
mudah jatuh sakit.
6.Semua kanak-kanak yang hidup di zaman ‘junk
food’ ini.
TESTIMONI VITALEA FOR CHILDREN
Jadi, sebagai ibu bapa of course kita
hendakkan yang terbaik untuk anak-anak kita betul tak? Bagi Aisyah tak salah
kalau kita melaburkan sikit wang untuk kesihatan dan kesejahteraan anak kita. Yelah
kalau anak sihat, ibu bapa juga yang happy kan :)
So for those yang sedang mencari supplement
tambahan untuk anak masing-masing, Aisyah memang reallyyyy recommanded this
product from Shaklee. Belum cuba belum tahu tau!
Untuk dapatkan maklumat lanjut and if you
bertanyakan apa-apa mengenai Vitalea For Children atau mana-mana supplement
Shaklee, boleh terus hubungi Aisyah melalui whatsapp untuk fast respond ya!
Thank you
for reading!
Tuesday, December 27, 2016
Vitalea Iron Formula Shaklee Multivitamin Kesayangan Saya!
Assalamualaikum and
Hai semua :)
Kali ni Aisyah nak
share lagi satu my fav ever supplement daripada Shaklee iaitu VITALEA IRON
FORMULA! Ni memang jujur sejujur-jujurnya Aisyah katakan, memang Vitalea banyak
bantu Aisyah Improve kesihatan diri tau.
Sejak 2013 Aisyah
amalkan Shaklee, salah satu yang memang akan ada dalam simpanan Aisyah adalah
VITALEA Shaklee ni tau. Sebab banyak sangat perubahan Aisyah dapat lepas
consume Vita lea Shaklee Alhamdulillah. Allah yang berkuasa beri kesembuhan.
Contoh paling ketara
kesan Vitalea kat Aisyah adalah :
·
HB dah tak pernah rendah walaupun sedang hamil. Semua orang pun tahu kan
Aisyah memang sejak kecil lagi memang ada HB low ni tapi Alhamdulillah sekarang
dah tak ada. Biasanya orang kurus-kurus macam Aisyah memang biasanya ada HB
low.
·
Kurang senggugut. Ia pun bantu Aisyah handle sakit senggugut dengan
lebih baik. Tak tahu nak cerita macamana sebab dah lama tak period (sebab
tengah preggy ni hehee). Yang penting sekarang kalau Aisyah senggugut jer terus
Aisyah makan nasik sikit buat alas perut, lepas tu terus telan Vitalea sebiji,
GLA Complex sebijik. Alhamdulillah lepas bangun tidur dah okay.
·
Mudah melawas. Ni pun best sebab Aisyah jenis kurang melawas sikit. Kalau
Allah nak bagi, time tu consume Vitalea, time tu juga rasa nak pergi toilet! Best
sangatt hehe
And kalau puasa pun
memang Aisyah pilih Vitalea untuk di-consume pagi-pagi untuk tenaga the whole
day untuk tahan bertenaga sampai ke petang.
Alamak banyak pulak ya
Aisyah bebel. Yelaaa tak tahan nak cerita kebaikan dia sebab memang Aisyah fall
in love sangat dengan Vitalea. So bagi you yang sedang mencari-cari multivitamin
terbaik, lengkap dan semulajadi (natural based), Aisyah memang recommanded
sangat Vitalea Shaklee nih!
First, APA ITU VITA
LEA SHAKLEE?
Satu jenis supplement
MULTIVITAMIN yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan
oleh orang dewasa.
APAKAH VITAMIN YANG
ADA DI DALAM VITALEA SHAKLEE?
·
Vita A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun
malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system
respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
·
Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut,
osteoporosis dan psoriasis.
·
Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi
darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem
produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
·
Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen,
meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema,
gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
·
Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan,
kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks,
anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
·
Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan
mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah
keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
·
Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata,
katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
·
Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang
peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine,
ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
·
Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga,
elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas,
anemia.
Vitalea dalam Set Rambut Shaklee -
Biasanya ia didatangkan dalam bentuk SET untuk kesan yang lebih maksimum.
·
Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera
makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal,
memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan,
diabetis, rabun.
·
Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut
beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
·
Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit,
keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah
jangkitan, percepat sembuhan luka.
·
Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa
sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah
osteoporosis / penyakit tulang lembut.
·
Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang,
mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan
akibat atritis, anoreksia.
·
Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ
kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan
fizikal, mengawal berat badan.
·
Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS
(senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan,
anemia.
·
Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf,
sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu
karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalaman.
·
Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan
rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
·
Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual
lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman
minda
KELEBIHAN MULTIVITAMIN
VITALEA SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN :
1. Vita-lea merupakan
vitamin pertama yang dicipta didunia pada tahun 1915. Nama asalnya ialah
Vitalize-Mineral. Ia dicipta oleh pengasas Shaklee iaitu Dr Forrest C. Shaklee.
Perkataan vita-min pun singkatan dari Vitalize-Mineral. Ha, so perkataan
vitamin yang kita hari ni tu asalnya dari Shaklee ya.
2. Setiap tablet
mengandungi 28 nutrisi lengkap diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran,
bukan daripada bahan sintetik ya.
3. Dua tablet Vita-lea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Tapi tak bermakna after amik Vita-lea
tak perlu makan dah. Makan jer makan biasa ya.
4. Tablet multivitamin
Vitalea paling pantas larut dalam air dan tubuh manusia.
Mineral didalamnya
mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan pantas oleh usus kecil. Kalau
tak percaya boleh try rendam Vitalea and satu lagi rendam mana-mana supplement
lain. Perhatikan mana yang aka habil terurai and ambil masa berapa lama. Aisyah
dah pernah buat and memang cepat sangat Vitalea larut.
5. Pengambilan Vitalea
Shaklee secara berterusan selama setahun mampu mengurangkan risiko jatuh sakit
sebanyak 65%. So, rajinkan diri ambil supplement sebab ia adalah salah satu
usaha kita jaga kesihatan.
6. Vita-lea merupakan
salah satu rahsia Tun Mahathir kekal sihat di usia emas. Pemimpin yang disegani
kawan dan lawan, lantang bersuara diperingkat antarabangsa rupa-rupanya
pengguna product Shaklee. Beliau mengamalkan sebiji Vitalea setiap hari
sejak muda.
7. Vita-lea Shaklee ada
iron element. So ia sangat disyorkan buat ibu hamil yang anemia dan mereka yang
mengalami luka pendarahan yang besar. Sebab tu penutup Vitalea berbeza dari
penutup botol Shaklee yang lain, ia lebih kedap kerana unsur iron @ zat besi mudah
teroksida.
8. Vitalea Shaklee telah
dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST
MULTI-VITAMIN didalam Public Interest pada tahun 2000.
9. Biasanya orang yang
malas-malas nak makan vitamin banyak-banyak akan mengambil Vita-lea, kerana dah
complete semua ada.
10. Vita-lea Shaklee
juga ada pottasium. Kekurangan pottasium dalam badan akan membuat kita sering
rasa dan suka nak mengunyah makanan ringan (food craving). So ia sangat
membantu orang-orang yang nak diet untuk elakkan food craving.
Vitalea dalam Set Kesuburan Shaklee
FUNGSI DAN MANFAAT
VITA-LEA IRON FORMULA SHAKLEE
Jika diambil setiap
hari, Vita-Lea Iron Formula Shaklee boleh:
1. Membantu dalam
mengekalkan kesihatan yang baik.
2. Membekalkan 19
vitamin dan mineral perlu.
3. Sumber kalsium
pembina tulang.
4. Bekalan harian
untuk vitamin B.
5. Mengandungi beta
karotena yang membantu
dalam mengekalkan
pertumbuhan,penglihatan dan
pembinaan tisu.
6. Mengandungi
kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
untuk kesihatan tulang dan gigi.
7. Menyokong jangka
hayat hati, usus dan kesihatan mata.
8. Biotin dan asid
pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
10. Meningkatkan
kecerdasan mental dan ketahanan
dari jangkitan.
11. Meningkatkan
kekuatan tulang dan sistem imunisasi badan.
12. Membantu fungsi
normal penghadaman dan selera makan.
13. Penting untuk
pertumbuhan sel dan pembiakan.
14. Memberikan
perlindungan kepada badan bagi
menentang kerosakan
akibat serangan radikal bebas.
15. Membekalkan
nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan
seharian.
16. Meningkatkan
kesihatan dan fungsi badan secara menyeluruh.
17. Melindungi
kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf.
18. Meningkatkan
kesihatan paru-paru, kolon dan prostat.
19. Menyokong
pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang.
20. Membekalkan
makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga.
21. Mengekalkan
tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal.
22. Mencegah penyakit
beguk (tirod).
23. Meningkatkan
penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia (amat
diperlukan oleh ibu hamil, ibu dalam pantang dan ibu yang menyusukan anak).
24. Membantu
memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan.
25. Membantu
meningkatkan kecerdasan minda.
26. Membantu
seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
SIAPA MEMERLUKAN
MULTIVITAMIN VITALEA IRON FORMULA?
• Individu dewasa yang mementingkan
kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
• Individu yang tidak lengkap diet
hariannya
• Individu yang ingin meningkatkan
sistem imun
• Remaja yang sedang membesar
• Wanita yang mementingkan
kesejahteraan kesihatan mereka
• Semua lelaki
• Wanita yang menopous
• Wanita yang sedang hamil
• Wanita yang ada masalah kesihatan
tertentu
• Wanita yang baru bersalin
TESTIMONI VITALEA SHAKLEE:
TESTIMONI VITALEA DALAM SET KEHAMILAN SHAKLEE
TESTIMONI VITALEA SHAKLEE DALAM SET KESUBURAN SHAKLEE
So di sini Aisyah nak galakkan sangat bagi mereka yang pregnant, yang ada darah rendah, pleaselah try Vitalea Shaklee. Inshallah you tak rugi sebab memang berbeza daripada sebelum you tak ambil Vitalea. Lagi pun pengambilan Vitalea penting juga untuk tumbesaran anak you tau.
Ada certain case ibu
hamil and menyusukan baby rasa nak pitam, pening kepala, betul tak? Haa tu
tanda-tanda kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian you all.
Aisyah tahu sebab Aisyah pun sama macam tu dulu.
So bagi yang nak
mendapatkan Vitalea Shaklee boleh terus hubungi Aisyah ya. I will guide you
with the best consultation. :)
Thank you for reading!
Subscribe to:
Posts (Atom)