Assalamualaikum and hai semua π
Alhamdulillah hari ni Aisyah happyyy sebab banyak benda Aisyah dapat settled! π And Alhamdulillah ayah pun dah selamat sampai rumah ❤️
So today nak cerita pasal my today! Hehee. Okay. Pagi tadi saya bangun dah berfikir- fikir sikit apa perlu saya buat for today. I mean benda yang berkualiti. And I chose nak siapkan full entry mengenai Supplement Shaklee kat my blog.
So after menelaah phone and mengaji, dalam jam 6.50 pagi saya terus gi dapur and buat sarapan pilihan hati I iaitu pisang goreng π Ibu masak nasi goreng. Okay lah lepas settled je sarapan saya terusss masuk bilik semula and mulakan misi menyiapkan entry Shaklee ni ha.
Alhamdulillah dapatlah menulis dengan seronoknya. Seronokkk sebab rasa macam yeyy today is my day! Hehee π
Dalam jam 8.30 pagi macam tu tetiba dapat call. Dari Sri Jaya!. Ohemgi, dia nak suruh I gi belajaq qeta kaaaa??? Ibu Ali dah lah takde kat rumah ni sebab hantar Embah gi hospital buat check up kaki, ottoke ottoke.
Okaylah takpe I angkat phone dulu. And betuuul!. Pukul 10 pagi ada free. Kerani tanya boleh datang tak sebab ada kosong π
And I pun jawab : Boleh tapi tak ada orang hantar saya..
Then kerani tu pun sambung : Eh tak apa. Kami boleh ambil. Tapi boleh tak Aisyah tunggu kat bus stop depan masjid tu?
Aku pun terkejut lah haaa?? Kena gi jalan kaki keee, secara spontan aku terjawab : Saya tak nak lah.. (hahaa sesuka hati engko aje ye π)
And Alhamdulillah masa tu Kina tengah lepak kat bilik saya. Dia dengar perbulan tu so Alhamdulillah Kina offer Faiz hantar.. Alhamdulillah settled. Yeyyh Alhamdulillah πππ
Memula tu fikir taknak pergi belajar kereta lah today sebab ibu tak ada, and saya dah siapkan jadual untuk hari ni kan. Tapi fikir balik, pergi jerlah. Tannguh-tangguh tak elok kan and kena gi jugakkan. Best apa belajar kereta kat situ. Cikgu best pengurusan best. Nikmat apakah lagi yang aku dustakan?
Hahaa so saya pun decided okay pergi jerlah. Chill jer π
Lepas beberapa minit tu tetiba Sri Jaya call lagi, saya ingat dia nak batalkan. Rupanya dia cakap macam ni : Maaf Aisyah, awak ada tak surat kebenaran doc and surat husband tu sebab kalau tak ada awak tak boleh belajar lagi ni.. (sebab saya preggy)
Saya pun jawab : Ala yeke. Belum sebab bla bla bla... tapi surat kebenaran suami dah ada.
So lepas dia bincang and tanya boss dia tu, dia pun jawab : Okaylah bawak ya surat tu nanti.
Ok fineeee!!! Kejutan elektrikkk! Hahaa sebab sebenarnya belum siap tapi saya yakin saya boleh siapkan HARI NI! Belezuppp saya siapkan SURAT RASMI KEBENARAN SUAMI BENARKAN ISTERI BELAJAR MEMANDU!
Alhamdulillah lah saya ni bakal guru and dah biasa jugalah buat surat2 rasmi or uruskan hal2 surat menyurat ni Alhamdulillah! Memang belezupp. Time tu saya type, time tu cari wayar printer, time tu print, type tu photostat rekod kesihatan yang lepas! Fuh Alhamdulillah selesai pasal surat 10 minit sebelum masa belajar yang dijanjikan! π
Tapi Alhamdulillah saya sebenarnya suka kerja saya tadi hehee. First sebab secara educatednya saya menggunakan surat rasmi dan juga dapat sertakan bukti kesihatan yang baik untuk kukuhkan dalil dalam surat tu hehee. Good idea jugak tadi hihii
Good job Aisyah! You did very well ❤️
And Alhamdulillah sampai sana jer terus serah surat tu and after baca-baca mereka benarkan saya belajar memandu kereta yeyyh Alhamdulillah again!
And Alhamdulillah jugakkk belajar kereta hari ni pun best, tak stress, enjoy amd senang faham konsep. Hehee aku ni kalau tak faham konsep memang susah nak lekat dalam otak sikit heee. Harapnya lepas-lepas ni pun every single thing is okayyy Ameen.
Dalam masa 2 jam saya belajar kereta 5 perkara saya dapat hari ni π
1. Parking sisi
2. 3 penjuru
3. Bukit
4. Selekoh Z
5. Selekoh S
Alhamdulillah Allah mudahkan. TQ Cikgu Masral ππ
For your info, sebenarnya berat jugak nak belajar kereta time preggy ni sebab memang guna tenaga habis-habisan. Tapi kena kuat jugaklah. Bila lagi saya nak ambil lesen ni betul tak? Daripada dah masuk third trimester baiklah aku buat sekarang. And after deliver or sebelum agaknya inshallah kami akan dipostingkan ke sekolah so masa tu dah kena guna lesen kereta hokeyyy π Lagipun Inshallah saya akan cubaaa sedaya upaya menggunakan kekuatan lengan time belajar kereta ni. Tak guna kekuatan perut. Keselamatan diutamakan! Inshallah I can do it!
Semoga Allah permudahkan urusanku untuk lulus dapat lesen memandu dengan mudah, lancar dan tak ada apa2 benda buruk berlaku, Ameen!
Alhamdulillah setakat hari ni macam juga hari-hari selalunya, saya berasa gembira dan berpuas hati dengan hasil kerja saya sepanjang hari.. And untuk hari ni saya gembira sebab :
1. Dapat siapkan satu entry Shaklee sebelum pergi belajar memandu.
2. Dapat siapkan surat kebenaran suami dengan sangat berjaya dan educated π
3. Dapat makan nasik sebelum pergi belajar memandu walaupun rushing gilaaa tapi ibu tetap utmakan anak ibu ok π
4. Dapat buat RPM dan RSM sekali jerrr hihiii taklah I buang masa kat situ jer.
5. Dapat belajar 5 benda kat litar hari ni.
6. Dapat tulis nota mengenai pergerakan dalam litar.
7. Dapat naik bukit dengan BERJAYA SEKALI!
Okay tu jerlah yang boleh diimbas buat masa ni hehee. TQ diri sendiri and Alhamdulillah ya Allah for today.
Esok must be a better day for me OKAY AISYAH ASSIDDIQAH?. Inshallah be better from yesterday. ❤️
Tu jerr nak cerita hehee.
Thank you for reading!
No comments:
Post a Comment