Searching for ......

Thursday, December 22, 2016

MEAL SHAKES : MANFAAT DAN KELEBIHAN

Assalamualaikum and Hai semua :)

Okay, untuk kali ni Aisyah nak share mengenai Meal Shakes Shaklee. Mesti yuo guys pun pernah dengar kan? Sebab dia macam adik beradik jugaklah dengan si ESP tu. Cuma specialist dia berbeza dengan ESP. kena tahu tu, tak boleh main lenjan je taram mana-mana sebab kalau salah ambil nanti effect yang diidamkan tu pun entah ke mana. Betul tak?

Masa mula-mula join Shaklee dulu kawan Aisyah ada yang nak consume this supplement untuk NAIKKAN BERAT BADAN. So ini salah satu function Meal Shakes ya. Takpe dalam entry ni Aisyah akan terangkan mengenai details Meal Shakes ok :)


Apa itu Meal Shakes Shaklee?

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein.

Meal Shakes juga merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta sarat dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.


Antara MANFAAT DAN KEBAIKAN MEAL SHAKES SHAKLEE adalah :

1. Menyediakan Hidangan yang Lengkap
Ia membekalkan 24 jenis vitamin penting bermula dari vitamin A sehingga Z mineral dan  mineral surih. Kekurangan mineral dalam badan seseorang akan memberikan kesan kepada penyerapan vitamin dan membuatkan enzim menjadi tidak aktif. Ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut.

2. Meal Shakes Untuk Fungsi Tumbesaran Yang sihat
Ia mengandungi sumber biotin, asid folik dan di perkaya dengan sumber kalsium & magnesium yang sangat di perlukan untuk membina tulang serta sel-sel dalam proses pembesaran kanak-kanak.

3.  Menyediakan Bekalan Nutrien Utama Untuk Sel-Sel
Kaya dengan sumber protin, tidak mengandungi unsur laktosa dan ini dapat membantu dalam pembentukkan kuku, rambut, kulit, organ, darah dan sel-sel vaksin. Meal shakes juga bagus untuk meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak.

4. Anti Oksidan
Vitamin yang mempunyai komponen anti-oksida iaitu yang mengandungi sumber vitamin A, C, E, Zinc, selenium mampu melawan penuaan. Tahukah anda bahawa kanak-kanak juga terdedah kepada unsur-unsur radikal bebas yang mana boleh melemahkan sel badan.

5. Mencantikkan kulit wajah
Meal Shakes mengandungi sumber vitamin B Complex, Zat Besi & Copper dimana ia bagus untuk pembentukkan sel-sel darah merah yang sihat. Dan ini mampu membuatkan kulit anak anda sihat & cantik.

6. Detoksifikasi
Meal Shakes diperkaya dengan sumber serat laut yang membantu untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan dari dalam kolon & perut. Sebab itu Meal Shakes mampu atasi masalah sembelit kanak-kanak.

7. Rasa yang enak dan sesuai buat golongan muda & tua
Rasa dia memang sedap! Rasa and bau Meal Shakes memang sangat menyelerakan iaitu french vanilla! Tapi ia tak ada pewarna or perasa tiruan tau. So memang tak ada masalah untuk kanak-kanak ke preggy mummy ke orang tua ke nak consume sebab ada rasa ubat dan sebagainya, TIADA :)
Tapi sebenarnya Meal Shakes Shaklee ni bukan untuk kanak-kanak jer tau. Orang dewasa pun boleh consume, cuma cara jer berbeza-beza. Tu yang nak kena take note tu tak boleh sembarangan ya.

 


Kelebihan Meal Shakes Shaklee

·         Membantu perkembangan minda dan IQ kanak-kanak
·         Menambah selera makan anak-anak
·         Membantu menyelesaikan masalah sembelit
·         Mengatasi masalah selalu selsema dan asma
·         Pilihan terbaik untuk mereka yang tak boleh consume supplement berbentuk tablet atau capsule
·         Amat sesuai untuk kanak-kanak obesiti
·         Mengurangkan eczema kanak-kanak dan orang dewasa
·         Boleh jadi makanan segera seisi keluarga untuk breakfast or sahur
·         Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sehingga warga tua

So, Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

  • Bayi bermula 1 tahun ke atas
  • Kanak-kanak yang sedang membesar
  • Anak-anak yang kurang selera makan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Ibu menyusukan anak yang ingin menguruskan badan
  • Orang dewasa yang selalu tak sempat breakfast
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga emas
TESTIMONI MEAL SHAKES SHAKLEE





Okay dah clear pasal Meal Shakes? I am sure semua orang memang memerlukan Meal Shakes ni untuk pemakanan seimbang dan sihat. Untuk diri kita juga kan.. :)

Boleh hubungi Aisyah untuk pertanyaan lanjut ya :)











Wednesday, December 21, 2016

LECITHIN SHAKLEE : MANFAAT, KELEBIHAN DAN TESTIMONI

Assalamualaikum and Hai semua...

Bercakap tentang Lecithin Shaklee ni Aisyah sukaaa sebab masa mula-mula jual Shaklee 3 tahun lepas, ramai customers Aisyah order this supplement untuk slimming set. 

Antara yang paling laku keraslah orang kata sebab tugas POPULAR lecithin ni memang PEMECAH LEMAK. Lagi berkesan jika diseiringkan dengan pengawalan makanan yang konsisten dan senaman yang sederhana setiap hari.


Tapi, masa tu Aisyah masih tak tahu yang lecithin ni memang sangat sangat membantu ibu menyusu yang mengalami masalah BENGKAK SUSU! Sekarang ni dah tahuuu sebab YA ALLAh memang orang akan cari Lecithin Shaklee untuk menyelesaikan masalah tuh! Alhamdulillah memang boleh surutkan sakit bengkak susu tu tau.

Sekarang Aisyah belum try lagi Lechitin Shaklee sebab Aisyah tak ada masalah berat badan. Tapiii nanti dah deliver baby nak consume Lecithin sebab ia memang elok untuk ibu menyusu :)

Okay takpe jom kita sembang pasal Lecithin Shaklee.

Apa itu Lecithin Shaklee?

Lecithin Shaklee merupakan antara hot stuff produk Shaklee. Ia adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak yang ada dalam darah, seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Macam Aisyah cakap tadi, ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. And paling eksklusifnya, Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya, bukan daripada haiwan or bahan sintetik ya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. SO THE BEST LECITHIN IS FROM SHAKLEE :)

APA KANDUNGAN LECITHIN?

Tadi pun Aisyah dah mention bahawa Lecithin Shaklee berasaskan kekacang soya. So setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.
Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Dalam Lecithin Shaklee ada Kolina. APA FUNGSI KOLINA?

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.

Okay dah jelas tak pasal Lecithin Shaklee? Best tak? Best kan..

Biasanya ia didatangkan dalam bentuk set untuk kesan yang lebih maksimum.
Ini antara set slimming yang Aisyah tawarkan :)


Now, APA MANFAAT LECITHIN?

1. Melindungi hati kita.
Ia menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.

2. Memecahkan lemak dan kolestrol
Bertindak sebagai pembersih salur darah, dan pengambilannya juga membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.

3. Melangsingkan dan menghalang obesiti.
Ha ni masalah orang Malaysia! Makin ramai yang obesiti betul tak? Sebelum badan menunjukkan tanda-tanda nak ke arah obesiti tu baik cepat-cepat ambil langkah pencegahan. Kalau kita ambil Lecithin Shaklee ni dalam kuantiti yang betul, makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku tanpa sebarang risiko penyakit sebab ianya seimbang dengan tubuh badan kita. Lecitin semakin cepat membantu jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian secara konsisten. Jangan nak senang je ok untuk sihat :)

4. Mencantikkan otot dan kulit.
Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

5. Memperbaiki alergi
Ia mampu menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin parah seperti penyakit kulis seperti dermatitis dan alergi.

6. Menghalang kejadian batu karang
Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan dalam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak sebagai pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.

7. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
Kolina yang ada dalam Lecithin Shaklee berfungsi sebagai penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Ia membantu sel otak berkembang, dan ia juga penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg Lecithin sehari utk memulihkan sistem ingatan.



Secara details dan mudah fahamnya, KEBAIKAN LECITHIN SHAKLEE adalah :

(1) Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 – 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.

(2) Kenapa org yang nak kurus suka Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

(3) Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan. Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

(4) Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

(5) Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

(6) Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, germs, bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida. Lagi 13 Khasiat dan kelebihan Lecithin Shaklee !

(7) Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

(8) Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

(9) Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

(10) Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang & sistem penghadaman.

(11) Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

(12) Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

(13) Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE . BILE ni fungsinya ialah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan. Antara Testimonial Lecithin Shaklee: “Hilang 2kg walaupun tak konsisten ambil Lecithin”

Apakah perbezaan dan kelebihan Lecithin Shaklee berbanding produk lain di pasaran?

·         Diekstrak daripada kacang soya organik yang bukan GMO.
·         Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol.
·         Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus, dan lemak tak tepu.

Siapakah yang perlu mengambil LECITHIN SHAKLEE?

·         Ibu yang sedang menyusukan anak.
·         Mereka yang ingin kurus.
·         Mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi.
·         Mereka yang mempunyai masalah diabetes, strok dan buah pinggang.
·         Mereka yang mengalami inflamasi seperti gout.
·         Mereka yang sukar tidur.


TESTIMONI LECITHIN SHAKLEE




So untuk anda yang tercari-cari product yang mengeluarkan Lecithin TERBAIK, Aisyah memang sarankan Shaklee sebab sebab produk ini telah dijamin bahawa sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Produk-produk yang dihasilkan juga TIDAK mengandungi parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat [SLS], natrium lauryl eter sulfat [SLES] dan propilena glikol. Ia juga tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis dan perisa tiruan.




Okay semua, sebarang pertanyaan dan order boleh terus contact Aisyah di whatsapp for fast respond okay. Inshallah Aisyah akan guide uguys with the best consultation :)

Aisyah 011-22099034

TIPS / TANDA AWAL KEHAMILAN BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA

Assalamualaikum and Hai semua..

Entry kali ni best sikit sebab ia adalah antara pengalaman paling manis dalam hidup Aisyah hehee. Mengetahui yang Aisyah telah berbadan dua memang seronok, rasa macam tak percaya pun ada.
Sebenarnya, nak jadi ibu nipun ada instinct tau. Tak tahulah sebab Aisyah memang sedang berusaha dan menunggu ke, atau memang instinct tu hadir pada semua ibu.

Aisyah memang ada rasa : aku rasa aku pregnant ni kot.. And Alhamdulillah memang betul rupanya.
Memang ada rasa tu. And antara sebabnya adalah wujud beberapa tanda awal kehamilan yang terjadi pada Aisyah, mengikut ilmu yang Aisyah tahu and bacaan dari Google hehee.

Masa ni dah preggy dalam 3 bulan -/+ macam tulah tak berapa ingat.
Time ni nak jalan-jalan Alamanda, macam biasa.. Suami saya memang suka ajak gi Alamanda..



1. Keletihan

Aisyah student masa nih. Pergi kuliah jam 7.30 balik kuliah area waktu asar gitu. Kehidupan memang packed sebenarnya. Busy dan sibuk dan meletihkan. Malam pulak Aisyah ada class mengajar Iqra dan Al-Quran kanak-kanak di sebuah surau di Putrajaya. Jadi memang penat. Tapi biasanya im enjoying je my life. Takde rasa terbeban or penat sangat pun sebab memang tu life kita kan.
But tiba-tiba rasa keletihan tu melampau-lampau lah pulak. Rasa nak tidur je. Aisyah rasa benda ni after internship. Alhamdulillah AFTER hahaa. Alhamdulillah suami memng best, tak kisah pun. So Aisyah tidur jelah kalau rasa letih tu.

Tapi masa ni tak tahu lagi sebab pregnant, Cuma agak-agak je tapi tak pasti, so layan jelah tidur tu. Tak fikir apa pun. Cuma bila dah tahu memang pregnant, habis semua kerja rumah Aisyah tinggal hahaa sian suami. Sebab letih sangat.. Dia balik class sebagai student and sebagai cikgu, dua dua dia kena buat kerja rumah. Thank you husband! Hihii

2. Perubahan pada payudara

Ini pun Aisyah perasan jugak. Baca ni :
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, namun jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih tinggi sedikit.

3. Sering buang air kecil

Ini Aisyah tak sure sebab I am Shaklee consumer kan so of course minum air banyak. Dan sudah tentunya akan buang air pun banyak hahaa. Tak tahulah yang masa awal pregnant Aisyah kerap buang air kecil sebab yang mana satu.

Yang pastinya Aisyah tak pernah or sangat jaranglah (kang tak pernah tertipu pulak kan hehee) pergi tandas semasa lecturer sedang bercakap or semasa tengah kuliah. Tapi masa awal preggy ni Aisyah pergi tandas masa kuliah! Pelik nih! Mesti ada sesuatu.. :)

3. Kram perut / Sakit perut

Yup ini Aisyah rasa sangat. Sakit perut nilah yang menyebabkan Aisyah macam sure je Aisyah preggy. Tapi yang bercak-bercak darah ke apa tu Aisyah tak alami. Yang kram ni memang kerap. Sampai risau tau takut keguguran ke apa nauzubillah T.T Alhamdulillah tak da pape, yela sebab Aisyah memang merancang untuk hamil kan masa ni, so memang take care sangat pada diri sendiri hehe.

4. Kuat makan

Yup Aisyah rasa cravingggg jer nak makan apa-apa benda pun. Tapi takde spesifik benda apa. Contohnya takdelah terbayang cheese cake ke apa. Cuma kalau nampak makanan or waktu rehat dah nak dekat I was like wuwuwuwuuuu tazzabarssss nak pergi kantinnn nak makan nasikkkk!

Nasik je pun sebenarnya. Hahaa. Lauk pun lauk hari-hari sama. Tapi Aisyah tak kisah, yang penting AKU NAK MAKANG! Hehe

5. Tidak datang haid

Yeyy tak datang haid! Hahaa. Ini memang penentuan lah sama ada pregnant ke tak. Sebab 4 tanda terawal tadi kita alami sebelum tarikh period kita datang. So tak sure lagi..

Tapi Aisyah and husband memang kiraaa hari nak period ni tau. Tunggu punya tunggu, sampai hari sepatutnya period. Tapi tak period pulak. Ahh sudah, memberi harapan kepada kami! Hahaa

Aisyah tak nak bagi harapan pada diri sendiri and suami so Aisyah cakap kat suami : Maybe hormon kot lambat sikit period... Atau mungkin lambat sikit sebab cycly period Aisyah memang tak betul kan dari dulu..

Tapi tunggu punya tunggu, tak datang jugak haha. Dah dekat seminggu. Ahh sudah.. Ini dah macam bagi harapan menggunung tinggi nih!

6. Ujian kehamilan POSITIF!

Mula-mula tak sabar tau nak buat ujian air kencing. Baru lambat sehari dua. Tapi kakak ipar, Kak Aida nasihatkan better tunggu dulu, lewat seminggu macam tu baru check sebab biasanya kalau awal sangat tak jelas.

So kami tunggulah sampai 7 hari tepat. Masa tu hari jumaat. Hari tu kelam kabut sangat. Kuliah, lepas tu ada jamuan dengan mentor kami kat kedai Nasi Arab jauuuh nuu kat mana entah lupa. Luar bangi yang pasti. Sebelum tu kena belikan hadiah dulu untuk mentor. So sangat tergesa-gesa.
Nak dijadikan cerita, hari hujan, jalan licin, bawak kereta agak laju. Seperti yang telah Allah takdirkan, kami excident kat highway, langgar mercedes tak silap. Wawawaa pandai husband pilih kereta mahal ye =P

So urusan balai polis apa semua, balik sampai rumah tu tak seperti yang kita rancang. Sampai rumah after isyak. Penat sangat dari pagi sampai malam badan bekerja. So Aisyah decide untuk buat test tu pagi esok jelah sebab takut shock ke kecewa ke apa kan.

So esok paginya hari Sabtu, Aisyah check after Subuh, Alhamdulillah dua line merah :)

Terus bagitahu kakak ipar, Kak Aida, and dia tolong check kan dah berapa minggu mengikut tarikh pertama period pada last period Aisyah bulan lepas. Alhamdulillah usia kandungan dah 5 minggu. Alhamdulillah yeyy! Tak sangka sebab ingatkan kosong je rupanya dah 5 minggu ada makhluk Allah dalam rahim Aisyah :)

Lusanya hari Ahad, Aisyah and hubby pergi klinik swasta buat pengesahan, ya memang 5 minggu sudah Alhamdulillah terima kasih ya Allah..

So Alhamdulillah lagi sekali sebab Aisyah tak mengalami masalah yang kritikal or susah sepanjang dari awal kehamilan. Antara perkara biasa yang orag kata MESTI KENA, tapi Aisyah TAK KENA adalah :

·         Mengidam
·         Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
·         Deria rasa berubah
·         Mabuk hamil pagi

Alhamdulillah tak ada pulak tanda-tanda ni pada Aisyah. Syukur ya Allah kau permudahkanlah urusan aku sampai aku bersalin normal nanti ya Allah, sampai menyusukan anak dan seterusnya ameen..

Okay itu ajelah yang Aisyah dapat kongsi mengikut pengalaman yang Aisyah lalui. Saja Aisyah share mana tahu ada yang search – TANDA AWAL KEHAMILAN, dan yang sewaktu dengannya ke kan macam Aisyah dulu hehe.

Semoga entry ini membantu and Semoga kalian juga dapat merasai nikmat mengandungkan zuriat sendiri. Ameen..

Thank you for reading!


Tuesday, December 20, 2016

RESEPI IKAN KELI MASAK CILI PADI MENYENGAT

Assalamualaikum and Hai :)

One of my favvvv recipe! 
Okay resepi ni khas untuk anak-anak dara yang baru nak belajar masak, and kakak-kakak yang nak masak simple tapi sodap yak mat ok. Senang jer cara dia, guna akal sendiri pun boleh jadi hehe.

Bahan-bahan :
  • Ikan keli 
  • Bawang besar dua biji
  • Bawang putih 4-5 ulas
  • Cili padi kampung (sebab nama dia menyengat so kena letak banyaklah, dalam segenggam hehe)
  • Tomato sebiji atau dua biji.
  • Air asam jawa


Cara -caranya :

Basuh ikan keli bersih-bersih. 
Kalau saya, saya suka potong and buang kepala.

Lumurkan ikan keli dengan tepung gandum macam gambar ni.
Tujuannya supaya hilang bau dan hanyir. 
Biarkan dalam 10-15 minit.


Sambil-sambil tu sediakan bahan di atas, bawang besar, bawang putih dan cili kampung.


Tumbuk semua bahan di atas. 
Kalau nak blend pun boleh tapi saya suka tumbuk, lebih berasa :)

Sedikan tomato. Saya suka potong kecil macam ni. 

Lepas tu basuh ikan keli daripada tepung tadi, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.
Lepas tu goreng garing-garing.

Kemudian, tumiskan bahan-bahan tadi. 
Masukkan garam. Tunggu sampai garing,

Dah pecah minyak boleh masukkan tomato. Gaul.


Sediakan air asam jawa sikit.

Lepas tumisan dah naik bau, tomato dah masak, masukkan ikan keli dan gaul rata.
Kemudian masukkan air asam jawa yang telah disediakan tadi, gaul rata lagi.
Dan siap, boleh dimakan!

Senang jer kan? Bolehlah tengah hari nanticuba resepi ikan keli masak cili padi ni.

Selamat mencuba dan selamat berjaya.

Thank you for reading!




TIPS DAN PENGALAMAN USAHA UNTUK MENGANDUNG / HAMIL / PREGNANT

Assalamualaikum and Hai semua :)

Kali ni Aisyah rasa nak share pengalaman Aisyah masa TTC dulu.. Tak tahulah cerita saya ni boleh dikategorikan sebagai TTC ke idok.. Sebenarnya Aisyah telah berkahwin semasa study degree. My husband is my classmate hehe. And semua sudah maklum kan bahawa IPG tidak membenarkan pelajar perempuan mengandung semasa dalam pengajian.

So Aisyah kahwin 2014. Kena sabar and tak payah berusaha untuk dapat baby sampai tahun 2016. Dalam dua tahun jugak.. And kitorang enjoy our life jerlah masa ni. Tak fikirlah nak ada baby sebab perjanjian pengajian di IPG kan.


Cinta hati : Ilyas dan Aisyah 

So bila dah masuk semester last Jun 2016 kami dah merancang, boleh ni kalau nak mengandung sebab dah nak habis belajar..

So bulan 6 Aisyah rasa dah bersedialah ni nak preggy. Sebenarnya husband tak kasik lagi. Sebab dia takut kita ada alahan ke apa, tak leh attend class or tak leh fokus AR aka Thesis. Dia tak confident lah kan sebab risau. Walaupun bukan dia yang tanggung, isteri tersayang dia yang tanggung (cewaah =P)

Tapi Aisyah tak. Aisyah rasa tazzabar. Dah lama kot I bersabar. Hahaa. And rupanya bila kita dah kahwin, perasaan nak jadi ibu tu memang datang sendiri. Ada lah kadang-kadang dalam setahun lebih kami berkahwin tu Aisyah rasa macam sedih je... Sebab nak baby. Hahaa. But my husband selalu pujuk, sabar, rilex, cool, okay okay sob sob.

So cerita pasal TTC atau usaha untuk hamil Aisyah ni, start bulan Jun 2016 lah. Masa tu cuti semester nak masuk semester 8 (last sem). Tapi masa cuti tu kami khuruj kat Sarawak 10 hari. Balik dari Sarawak lah kami usaha doa tawakkal.

Tapi yang sedihnya, bulan Julan 2016, Aisyah datang haid. Sob sob sodehnyo. So masa tu kami rasa macam : Eh susah jugak nak dapat baby ek. Kalau dari dulu tahu, baik kita usaha doa tawakkal dari first day kahwin jer.

Tapi Allah menentukan segalanya.. Disebabkan bulan Julai tu baby tak lekat lagi, Aisyah pun rasa : Ooo, aku kena TTC nih. Tak boleh sambil lewa, takut makin lambat dapat zuriat. So banyaklah benda Aisyah buat and amalkan sepanjang TTC pendek Aisyah ni..

Okay kat bawah ni Aisyah akan senaraikan apa yang Aisyah buat k. Mostly Aisyah amalkan dalam masa yang sama.

1. AMBIL SUPPLEMENT

Ini memang pertama yang Aisyah buat, sebab saya adalah consumer and distributor Shaklee. So Aisyah juga tahu mana yang elok ambil untuk kategori masalah Aisyah ni. Saya sebenarnya mengalami masalah period cycle tak teratur. So susah lah nak tahu hari subur yang sebenar. Cerita mengenai masalah ni adalah dalam entry INI.

Antara supplement yang memang Aisyah amalkan :

  • VITA C
  • VITA LEA
  • B COMPLEX
  • ESP


So bila rancang nak preggy ni Aisyah tambah :

  • GLA COMPLEX


Alhamdulillah Aisyah memang puas hati amalkan Shaklee lagi-lagi GLA Complex bila merancang untuk hamil ni, dengan izin Allah, period cycle Aisyah jadi teratur and cantik, senang nak baca hari subur. 

Bagi Aisyah sendiri, supplement memang penting untuk sesiapa yang merancang untuk hamil, sedang hamil dan semasa berpantang (tapi kalau masa berpantang tu uguys nak amalkan jamu pun okay, mana mana pun boleh asalkan ada something yang bertugas untuk membaiki dalaman kita). Tapi maksudnya supplement penting masa rancang nak pregnant sebab semakin awal kita amalkan pemakanan yang baik , semakin tinggi peratusan kita untuk hamil. Sama ada lelaki atau pun wanita, kesuburan kedua-duanya sangat berkait rapat dengan pemakanan.

Pasangan yang merancang untuk hamil (trying to conceive) sebenarnya perlu mengambil berat dan menjaga faktor pemakanan semenjak beberapa bulan sebelum mencuba untuk hamil. Dengan diet yang seimbang selain daripada meningkatkan peluang untuk hamil, peluang lebih cerah untuk melahirkan bayi yang sihat.

And at least kalau kita ambil supplemet, sedikit sebanyak membantu badan kita lebih kuat, sihat, macam tu jugak dengan rahim kita. Dah la benda tu duk kat dalam badan, tak ada sesiapa tahu macam mana keadaan dia. Allah pun cakap, apa yang ada dalam rahim tu rahsia Allah kan. 

So pengambilan supplement ni salah satu ikhtiar kita jaga rahim kita semoga Allah bagi sihat, subur dan kurniakan zuriat keturunan yang soleh solehah. Ameen. 

2) BUAT MINUMAN SUSU KAMBING + KURMA

Banyak resepi yang kita dengar and baca mengenai minum susu kambing campur kurma ni kan. So ni resepi yang saya guna :

Bahan Yang diperlukan : Kurma dan Susu Kambing Segar.


Caranya : Masukkan 1 gelas susu kambing ( tak silap saya, kami guna susu kambing Wildan jer, bukan yang fresh) dalam blender, lepastu suami dan Isteri ambil segenggam kurma ( suami Aisyah ambil segenggam besorrr hahaa sebab dia suka kurma, Aisyah ambil sikit jer asalkan segenggam =P ). 

Kemudian selawat 3 kali dan baca doa Nabi Zakaria semasa menggenggam kurma tu. Lepastu buang biji kurma, dan masuk kan kurma-kurma tu ke dalam blender yang ada segelas air susu kambing tadi. And then blend sampai sebati dan tuang dalam gelas. Bahagi dua sama rata, and minum dalam masa yang sama.

Kami buat tau nih hehee. Inshallah kalau Allah nak bagi baby, semoga anak kami jadi anak yang soleh dan solehah ya. Ameen.

3. AMALKAN MINUMAN SUSU KAMBING + PATI KURMA + MADU

Ini Aisyah amalkan setiap pagi. Campuran sebenarnya banyak tau sebab Aisyah malas nak buat dua tiga kali air, sebab kena minum ESP jugak kan. So ini resepi air Aisyah every morning :

ESP + PATI KURMA + MADU + SUSU KAMBING WILDAN + AIS KETUL + AIR MINERAL =SHAKE SHAKE, MINUM


4. AMALKAN PATI DELIMA GULSAN


Ni Aisyah tak ada masalah untuk amalkan sebab memang suka air delima, rasa macam minum Rebena jer. Resepi yang aisyah guna :

PATI DELIMA + AIS + AIR.

Kalau rasa nak minum manis-manis, Aisyah ADD MADU, tak guna gula :)

6. AMALKAN DOA UNTUK DAPAT ZURIAT.

Antaranya :

·         Surah al-Imran, ayat 38
·         Surah al-Anbiya, ayat 89
·         Surah Maryam
·         Surah Luqman
·         Surah Yusuf


Aisyah dah start dah baca semua ni sebelum pregnant lagi tau so secara tak langsung kita akan rasa positif dan bersangka baik je dengan Allah – Ya aku akan dapat zuriat sendiri, Allah akan bagi kejap lagi :)

7. BANYAKKAN BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH

Banyakkan berdoa, letakkan hati semasa berdoa, sungguh-sungguh minta dah YAKIN Allah pasti akan bagi, cuma lambat atau cepat je. Kalau mampu hari-hari buat solat Tahajud, solat Hajat, solat Taubat, solat Dhuha. 

8. BANYAKKAN ISTIGHFAR

Ada seorang Ustaz cakap mungkin sebab kita banyak dosa Allah tangguhkan hajat kita tuh. So banyakkan istighfar. Aisyah tak ingat pulak Aisyah amalkan betul-betul ke tak, tapi tips ni memang jadi list dalam amalan yang Aisyah rancang untuk TTC tu.

So Aisyah memang amalkan all in one ni, tak tahu mana satu kaedah yang jadi asbab Aisyah hamil. Mungkin Allah memang dah nak bagi waktu tu, tak payah buat apa-apa pun lekat, kan? Semua kita tak tahu, semua rahsia Allah. Kita just berusaha doa tawakkal. 

Alhamdulillah bulan Ogos 2016 Aisyah dah sah pregnant, and bulan September 2016 Aisyah buat buku, baby dah 9 minggu tak silap. Kalau tak silaplah ye hehee. 

Itu ajelah sharing daripada Aisyah. Harap-harap ia membantu awak-awak yang sedang ber-TTC and sedikit sebanyak dapat beri semangat supaya jangan putus asa and teruskan berusaha berdoa dan bertawakkal bersungguh-sungguh ya :)

Aisyah doakan semua wanita diluar sana yang sedang berusaha untuk hamil AKAN BERJAYA HAMIL DALAM MASA TERDEKAT, AMEEN.

Thank You for Reading!