Searching for ......

Tuesday, December 20, 2016

TIPS DAN PENGALAMAN USAHA UNTUK MENGANDUNG / HAMIL / PREGNANT

Assalamualaikum and Hai semua :)

Kali ni Aisyah rasa nak share pengalaman Aisyah masa TTC dulu.. Tak tahulah cerita saya ni boleh dikategorikan sebagai TTC ke idok.. Sebenarnya Aisyah telah berkahwin semasa study degree. My husband is my classmate hehe. And semua sudah maklum kan bahawa IPG tidak membenarkan pelajar perempuan mengandung semasa dalam pengajian.

So Aisyah kahwin 2014. Kena sabar and tak payah berusaha untuk dapat baby sampai tahun 2016. Dalam dua tahun jugak.. And kitorang enjoy our life jerlah masa ni. Tak fikirlah nak ada baby sebab perjanjian pengajian di IPG kan.


Cinta hati : Ilyas dan Aisyah 

So bila dah masuk semester last Jun 2016 kami dah merancang, boleh ni kalau nak mengandung sebab dah nak habis belajar..

So bulan 6 Aisyah rasa dah bersedialah ni nak preggy. Sebenarnya husband tak kasik lagi. Sebab dia takut kita ada alahan ke apa, tak leh attend class or tak leh fokus AR aka Thesis. Dia tak confident lah kan sebab risau. Walaupun bukan dia yang tanggung, isteri tersayang dia yang tanggung (cewaah =P)

Tapi Aisyah tak. Aisyah rasa tazzabar. Dah lama kot I bersabar. Hahaa. And rupanya bila kita dah kahwin, perasaan nak jadi ibu tu memang datang sendiri. Ada lah kadang-kadang dalam setahun lebih kami berkahwin tu Aisyah rasa macam sedih je... Sebab nak baby. Hahaa. But my husband selalu pujuk, sabar, rilex, cool, okay okay sob sob.

So cerita pasal TTC atau usaha untuk hamil Aisyah ni, start bulan Jun 2016 lah. Masa tu cuti semester nak masuk semester 8 (last sem). Tapi masa cuti tu kami khuruj kat Sarawak 10 hari. Balik dari Sarawak lah kami usaha doa tawakkal.

Tapi yang sedihnya, bulan Julan 2016, Aisyah datang haid. Sob sob sodehnyo. So masa tu kami rasa macam : Eh susah jugak nak dapat baby ek. Kalau dari dulu tahu, baik kita usaha doa tawakkal dari first day kahwin jer.

Tapi Allah menentukan segalanya.. Disebabkan bulan Julai tu baby tak lekat lagi, Aisyah pun rasa : Ooo, aku kena TTC nih. Tak boleh sambil lewa, takut makin lambat dapat zuriat. So banyaklah benda Aisyah buat and amalkan sepanjang TTC pendek Aisyah ni..

Okay kat bawah ni Aisyah akan senaraikan apa yang Aisyah buat k. Mostly Aisyah amalkan dalam masa yang sama.

1. AMBIL SUPPLEMENT

Ini memang pertama yang Aisyah buat, sebab saya adalah consumer and distributor Shaklee. So Aisyah juga tahu mana yang elok ambil untuk kategori masalah Aisyah ni. Saya sebenarnya mengalami masalah period cycle tak teratur. So susah lah nak tahu hari subur yang sebenar. Cerita mengenai masalah ni adalah dalam entry INI.

Antara supplement yang memang Aisyah amalkan :

  • VITA C
  • VITA LEA
  • B COMPLEX
  • ESP


So bila rancang nak preggy ni Aisyah tambah :

  • GLA COMPLEX


Alhamdulillah Aisyah memang puas hati amalkan Shaklee lagi-lagi GLA Complex bila merancang untuk hamil ni, dengan izin Allah, period cycle Aisyah jadi teratur and cantik, senang nak baca hari subur. 

Bagi Aisyah sendiri, supplement memang penting untuk sesiapa yang merancang untuk hamil, sedang hamil dan semasa berpantang (tapi kalau masa berpantang tu uguys nak amalkan jamu pun okay, mana mana pun boleh asalkan ada something yang bertugas untuk membaiki dalaman kita). Tapi maksudnya supplement penting masa rancang nak pregnant sebab semakin awal kita amalkan pemakanan yang baik , semakin tinggi peratusan kita untuk hamil. Sama ada lelaki atau pun wanita, kesuburan kedua-duanya sangat berkait rapat dengan pemakanan.

Pasangan yang merancang untuk hamil (trying to conceive) sebenarnya perlu mengambil berat dan menjaga faktor pemakanan semenjak beberapa bulan sebelum mencuba untuk hamil. Dengan diet yang seimbang selain daripada meningkatkan peluang untuk hamil, peluang lebih cerah untuk melahirkan bayi yang sihat.

And at least kalau kita ambil supplemet, sedikit sebanyak membantu badan kita lebih kuat, sihat, macam tu jugak dengan rahim kita. Dah la benda tu duk kat dalam badan, tak ada sesiapa tahu macam mana keadaan dia. Allah pun cakap, apa yang ada dalam rahim tu rahsia Allah kan. 

So pengambilan supplement ni salah satu ikhtiar kita jaga rahim kita semoga Allah bagi sihat, subur dan kurniakan zuriat keturunan yang soleh solehah. Ameen. 

2) BUAT MINUMAN SUSU KAMBING + KURMA

Banyak resepi yang kita dengar and baca mengenai minum susu kambing campur kurma ni kan. So ni resepi yang saya guna :

Bahan Yang diperlukan : Kurma dan Susu Kambing Segar.


Caranya : Masukkan 1 gelas susu kambing ( tak silap saya, kami guna susu kambing Wildan jer, bukan yang fresh) dalam blender, lepastu suami dan Isteri ambil segenggam kurma ( suami Aisyah ambil segenggam besorrr hahaa sebab dia suka kurma, Aisyah ambil sikit jer asalkan segenggam =P ). 

Kemudian selawat 3 kali dan baca doa Nabi Zakaria semasa menggenggam kurma tu. Lepastu buang biji kurma, dan masuk kan kurma-kurma tu ke dalam blender yang ada segelas air susu kambing tadi. And then blend sampai sebati dan tuang dalam gelas. Bahagi dua sama rata, and minum dalam masa yang sama.

Kami buat tau nih hehee. Inshallah kalau Allah nak bagi baby, semoga anak kami jadi anak yang soleh dan solehah ya. Ameen.

3. AMALKAN MINUMAN SUSU KAMBING + PATI KURMA + MADU

Ini Aisyah amalkan setiap pagi. Campuran sebenarnya banyak tau sebab Aisyah malas nak buat dua tiga kali air, sebab kena minum ESP jugak kan. So ini resepi air Aisyah every morning :

ESP + PATI KURMA + MADU + SUSU KAMBING WILDAN + AIS KETUL + AIR MINERAL =SHAKE SHAKE, MINUM


4. AMALKAN PATI DELIMA GULSAN


Ni Aisyah tak ada masalah untuk amalkan sebab memang suka air delima, rasa macam minum Rebena jer. Resepi yang aisyah guna :

PATI DELIMA + AIS + AIR.

Kalau rasa nak minum manis-manis, Aisyah ADD MADU, tak guna gula :)

6. AMALKAN DOA UNTUK DAPAT ZURIAT.

Antaranya :

·         Surah al-Imran, ayat 38
·         Surah al-Anbiya, ayat 89
·         Surah Maryam
·         Surah Luqman
·         Surah Yusuf


Aisyah dah start dah baca semua ni sebelum pregnant lagi tau so secara tak langsung kita akan rasa positif dan bersangka baik je dengan Allah – Ya aku akan dapat zuriat sendiri, Allah akan bagi kejap lagi :)

7. BANYAKKAN BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH

Banyakkan berdoa, letakkan hati semasa berdoa, sungguh-sungguh minta dah YAKIN Allah pasti akan bagi, cuma lambat atau cepat je. Kalau mampu hari-hari buat solat Tahajud, solat Hajat, solat Taubat, solat Dhuha. 

8. BANYAKKAN ISTIGHFAR

Ada seorang Ustaz cakap mungkin sebab kita banyak dosa Allah tangguhkan hajat kita tuh. So banyakkan istighfar. Aisyah tak ingat pulak Aisyah amalkan betul-betul ke tak, tapi tips ni memang jadi list dalam amalan yang Aisyah rancang untuk TTC tu.

So Aisyah memang amalkan all in one ni, tak tahu mana satu kaedah yang jadi asbab Aisyah hamil. Mungkin Allah memang dah nak bagi waktu tu, tak payah buat apa-apa pun lekat, kan? Semua kita tak tahu, semua rahsia Allah. Kita just berusaha doa tawakkal. 

Alhamdulillah bulan Ogos 2016 Aisyah dah sah pregnant, and bulan September 2016 Aisyah buat buku, baby dah 9 minggu tak silap. Kalau tak silaplah ye hehee. 

Itu ajelah sharing daripada Aisyah. Harap-harap ia membantu awak-awak yang sedang ber-TTC and sedikit sebanyak dapat beri semangat supaya jangan putus asa and teruskan berusaha berdoa dan bertawakkal bersungguh-sungguh ya :)

Aisyah doakan semua wanita diluar sana yang sedang berusaha untuk hamil AKAN BERJAYA HAMIL DALAM MASA TERDEKAT, AMEEN.

Thank You for Reading!

No comments:

Post a Comment