Assalamualaikum
Masa nak pergi
Sabah hari tu , kitorang sekelas semuanya takut tak cukup duit duduk kat sana. Yela,
kami mana biasa gi merentas-rentas laut ni. Rasa macam tiket pun dah mahal,
makan macam mana pulak lah nanti T.T
Mana tahu
tetiba ter-pergi kedai makan yang mahal ke, atau kena troll dengan peniaga
cenderahati ke. Siapa tahu kan.
Belanja selfie ngan Nina dululah.
Rasa setahon tak cakap, ea Nina kehkehkeh
Balqish ngan Ara, Tenyummm
Bila dah settle hal Sabah, kira-kira duit, eh banyak lagilah. Jom buat jamuan kehkehkeh. So bincang punya bincang, kami semua bersetuju untuk buat majlis makan-makan dengan pensyarah. Sebab sebelum –sebelum ni kami buat jamuan semuanya simple aje, sama ada tak ada pensyarah atau pun ada tapi jemput naqib naqibah sahaja.
Rezeki lebih tahun ni, alhamdulillah dapat jemput semua lecturer yang ajar kami sem ni dan sponsor-sponsor rehlah ke Sabah hari tu.
Busy nya tuan rumah siapkan makanan untuk lecterur. Maceh tuan rumah :)
Aik tengok pinggan macam kosong ja, buat-buat makan ja ka?
Cenderahati untuk lecturer :)
Sejadah dengan frame gambar kami hehe
Dan menu yang dipilih kali ni best. Hehe. Semua beria pilih menu sebab nak menggunakan baki wang sepuas hati hahahah
So antara makanan yang kami sediakan adalah :
Nasi.
Makan dengan lauk ayam merah dan daging masak blackpepper.
Makan dengan lauk ayam merah dan daging masak blackpepper.
Ayam merah tu tempah.
Daging blackpepper dimasak oleh kak ngah kami, Kak Teha. Serius sedap T.T
Laksam
Laksam pun buat sendiri oleh Kak Teha dan konco-konconya..
Lamb chop and Chicken Chop
Diuruskan oleh hubby kita ngan kawan-kawannya. Tapi yang paling beria sekali hubby kita lah sebab memang feveret dia ever. Mula-mula tu siap rancang nak bakar sendiri! Tapi tengok balik masa, memang tak dan. So, tempah kat The Grato.
Ha yang ni special sebab AJK buat-buat busy yang sediakan. Disebabkan rumah dia dekat, so Nasya sponsor. Sedap syaaa, nak lagi hehehe
Pudding Castard
Sedappp sebab pekat dan banyak ais.
Nugget + Sosej + Fries
Alhamdulillah rezeki Allah bagi
Cara basuh tangan adalah begini dan begini, terang si tuan rumah
Antara lecturer yang hadir memeriahkan majlis kami..
Suasana happyyy
Ada yang buat-buat busy,
ada yang buat-buat tak nampak orang busy
hehehe saja ja
Aku tak masak langsung.
Sebab aku bahagian buat video montaj dengan bahagian pengacaraan with hubby.
Senang je buat , malam tu buat malam tu siap.
Cuma terkilan sikit sebab tak tolong langsung kat dapur haha pemalas ngat u ni
Aku bukan apa, tapi aku sedarlah diri jugak. Setiap kali ada masak-masak, aku mesti bukan tukang masaknya.
Tak tahu kenapa.
AJK melayan lecturer ngehngeh
Nak cakap pemalas of kos aku tak mengaku hahaha
Tapi sku rasa aku memang tak pandai merewang sangat.
Sebab kalau dah ada ramai orang aku terus jadi tikus je haha sebab semua benda macam tak tahu je nak buat
Padahal kat rumah biasa je buat (ayat selamatkan diri)
Malulah jugak. Sebab patutnya aku jadik master.
Orang kata dah kawen mestilah lebih power di dapur hehe
Tapi tak pelah. Aku memaafkan diri sendiri ngehngehngeh
Dap ngat ye Qila
Oh ya, tujuan jamuan ni sebenarnya nak mintak doa pensyarah-pensyarah. Semoga kami dapat jawab exam dengan baik, dan dapat keputusan pun baik. Sebab sem ni macam scary sikit subjeknya. Ngeee. Macam tak confident je nak confidentkan diri.
Insyallah, aku doakan semoga kita semua beroleh kejayaan. Ameen
So, bagi nampak entry ni berfaedah, meh aku bagi tips untuk buat jamuan yang simple dan bermakna macam Majlis Mohon Restu ni.
Selfie sebelum solat jemahat
Cheeseeeeeeeeeeeeeeee :)
Macam Mana Nak Buat Majlis Yang Ringkas Tapi Bermakna?
1. Kerjasama
Semua kena ada perasan NAK buat majlis ni. Dan of kos kena satu hati. Semua orang kena happy membuat kerja untuk majlis yang nak dianjurkan. Ada ke yang tak happy kalau jamuan hehe :)
2. Pembahagian tugas
Bahagikan tugas jangan tugas yang skema-skema je macam AJK kebajikan, AJK kebersihan. Dia pun nanti tak tahu nak buat apa. Bagi nama AJK spesifik sikit contohnya AJK tuang air, AJK berbual dengan pensyarah, AJK penerangan jenis makanan dan AJK buat-buat busy (Nasya) hahaha
3. Komitmen
Maksudnya buat kerja sendiri bagi settle dulu. Contoh aku kena bahagian montaj, siapkan dulu montaj baru boleh tolong part lain.
4. Saling tolong
Contohnya semalam dah siap video, aku tolong Asmaa’ bahagian cenderahati pulak.
5. Ikhlas
Kalau kita ikhlas nak bagi orang makan, mesti kita rasa happyyy sangat bila tengok orang makan. Kita tak makan pun takpe. hihi
Last sekali, proses basuh membasuh oleh rijal perkasa
Jamuan ni aku rasa sebagai penutup sem ni untuk kami sekelas.
Pasni fokus exam exam exam yahhhhh!
Terima kasih usrah 4.06.
we love we. wewewewe
Doakan kami ye, kalian yang membaca :)
Ohya, gambar senanya banyaaaak lagi yang cantik-cantik dan best2. Tapi sekarang tak kumpul lagi, so aku malas nak tunggu lama2, nanti aku tak buat entry ni haha. Sorryyy
For the pleasure of Allah
Thank You
Assalamualaikum