Searching for ......

Friday, October 24, 2014

IPG Life : Kenangan Jamuan Mohon Restu PISMP 4.06


Assalamualaikum

Masa nak pergi Sabah hari tu , kitorang sekelas semuanya takut tak cukup duit duduk kat sana. Yela, kami mana biasa gi merentas-rentas laut ni. Rasa macam tiket pun dah mahal, makan macam mana pulak lah nanti T.T

Mana tahu tetiba ter-pergi kedai makan yang mahal ke, atau kena troll dengan peniaga cenderahati ke. Siapa tahu kan.


Belanja selfie ngan Nina dululah. 
Rasa setahon tak cakap, ea Nina kehkehkeh


And alhamdulillah tak terjadi masalah kewangan kat sana. Kami siap diberi elaun makan setiap orang RM50 dan duit minyak untuk hari pertama ditanggung oleh our beloved papa En Razak. So sesiapa yang memang tak nak keluarkan duit sesen pun untuk makan kat sana, boleh gunakan RM50 tu cukup-cukup untuk tiga  hari kat sana. Memang boleh cukup.


Balqish ngan Ara, Tenyummm


Bila dah settle hal Sabah, kira-kira duit, eh banyak lagilah. Jom buat jamuan kehkehkeh. So bincang punya bincang, kami semua bersetuju untuk buat majlis makan-makan dengan pensyarah. Sebab sebelum –sebelum ni kami buat jamuan semuanya simple aje, sama ada tak ada pensyarah atau pun ada tapi jemput naqib naqibah sahaja.

Rezeki lebih tahun ni, alhamdulillah dapat jemput semua lecturer yang ajar kami sem ni dan sponsor-sponsor rehlah ke Sabah hari tu.


Busy nya tuan rumah siapkan makanan untuk lecterur. Maceh tuan rumah :)




Aik tengok pinggan macam kosong ja, buat-buat makan ja ka?



Cenderahati untuk lecturer :) 
Sejadah dengan frame gambar kami hehe



Dan menu yang dipilih kali ni best. Hehe. Semua beria pilih menu sebab nak menggunakan baki wang sepuas hati hahahah

So antara makanan yang kami sediakan adalah :

Nasi. 
Makan dengan lauk ayam merah dan daging masak blackpepper.
Ayam merah tu tempah.
Daging blackpepper dimasak oleh kak ngah kami, Kak Teha. Serius sedap T.T

Laksam
Laksam pun buat sendiri oleh Kak Teha dan konco-konconya..


Tangan model itu penting ya 


Lamb chop and Chicken Chop

Diuruskan oleh hubby kita ngan kawan-kawannya. Tapi yang paling beria sekali hubby kita lah sebab memang feveret dia ever. Mula-mula tu siap rancang nak bakar sendiri! Tapi tengok balik masa, memang tak dan. So, tempah kat The Grato.



Coslow
Ha yang ni special sebab AJK buat-buat busy yang sediakan. Disebabkan rumah dia dekat, so Nasya sponsor. Sedap syaaa, nak lagi hehehe

Pudding Castard
Sedappp sebab pekat dan banyak ais.


Nugget + Sosej + Fries


Alhamdulillah rezeki Allah bagi



Cara basuh tangan adalah begini dan begini, terang si tuan rumah



Antara lecturer yang hadir memeriahkan majlis kami..


Suasana happyyy
Ada yang buat-buat busy,
ada yang buat-buat tak nampak orang busy 
hehehe saja ja


Aku tak masak langsung.

Sebab aku bahagian buat video montaj dengan bahagian pengacaraan with hubby.
Senang je buat , malam tu buat malam tu siap.
Cuma terkilan sikit sebab tak tolong langsung kat dapur haha pemalas ngat u ni
Aku bukan apa, tapi aku sedarlah diri jugak. Setiap kali ada masak-masak, aku mesti bukan tukang masaknya.
Tak tahu kenapa.



AJK melayan lecturer ngehngeh


Nak cakap pemalas of kos aku tak mengaku hahaha
Tapi sku rasa aku memang tak pandai merewang sangat.
Sebab kalau dah ada ramai orang aku terus jadi tikus je haha sebab semua benda macam tak tahu je nak buat
Padahal kat rumah biasa je buat (ayat selamatkan diri)

Malulah jugak. Sebab patutnya aku jadik master.
Orang kata dah kawen mestilah lebih power di dapur hehe


Tapi tak pelah. Aku memaafkan diri sendiri ngehngehngeh


Dap ngat ye Qila 


Oh ya, tujuan jamuan ni sebenarnya nak mintak doa pensyarah-pensyarah. Semoga kami dapat jawab exam dengan baik, dan dapat keputusan pun baik. Sebab sem ni macam scary sikit subjeknya. Ngeee. Macam tak confident je nak confidentkan diri.
Insyallah, aku doakan semoga kita semua beroleh kejayaan. Ameen

So, bagi nampak entry ni berfaedah, meh aku bagi tips untuk buat jamuan yang simple dan bermakna macam Majlis Mohon Restu ni.



Selfie sebelum solat jemahat
Cheeseeeeeeeeeeeeeeee :)


Macam Mana Nak Buat Majlis Yang Ringkas Tapi Bermakna?


1.       Kerjasama

Semua kena ada perasan NAK buat majlis ni. Dan of kos kena satu hati. Semua orang kena happy membuat kerja untuk majlis yang nak dianjurkan. Ada ke yang tak happy kalau jamuan hehe :)

2.       Pembahagian tugas

Bahagikan tugas jangan tugas yang skema-skema je macam AJK kebajikan, AJK kebersihan. Dia pun nanti tak tahu nak buat apa. Bagi nama AJK spesifik sikit contohnya AJK tuang air, AJK berbual dengan pensyarah, AJK penerangan jenis makanan dan AJK buat-buat busy (Nasya) hahaha

3.       Komitmen

Maksudnya buat kerja sendiri bagi settle dulu. Contoh aku kena bahagian montaj, siapkan dulu montaj baru boleh tolong part lain.

4.       Saling tolong

Contohnya semalam dah siap video, aku tolong Asmaa’ bahagian cenderahati pulak.

5.       Ikhlas

Kalau kita ikhlas nak bagi orang makan, mesti kita rasa happyyy sangat bila tengok orang makan. Kita tak makan pun takpe. hihi


Last sekali, proses basuh membasuh oleh rijal perkasa 



So alhamdulillah semuanya berjalan semutttt sekali. Semut is smooth.
Jamuan ni aku rasa sebagai penutup sem ni untuk kami sekelas.

Pasni fokus exam exam exam yahhhhh!

Terima kasih usrah 4.06.
we love we. wewewewe

Doakan kami ye, kalian yang membaca :)


Ohya, gambar senanya banyaaaak lagi yang cantik-cantik dan best2. Tapi sekarang tak kumpul lagi, so aku malas nak tunggu lama2, nanti aku tak buat entry ni haha. Sorryyy

For the pleasure of Allah
Thank You
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment