Searching for ......

Thursday, October 9, 2014

Apa Yang Perlu Anda Sediakan Untuk Menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)?

Assalamualaikum,

Biasanya PBS (pengalaman berasaskan sekolah) sem yang lepas lepas, aku tak google macam mana nak pegi PBS, apa yang perlu kita buat masa PBS, apa yang penting untuk guru PBS. Sebab Unit 
Praktikum dah bagi taklimat sebelum kita gi sekolah. 

Tapi untuk PBS 4  ni aku macam tergerak lah nak type kat google, macam mana nak memulakan PBS  haha. Saja nak try.

Tapi malangnya, tak banyak pun. So aku nak share lah kot kot membantu adik adik akan datang. Haha walaupun aku tahu unit praktikum dorang dah terang banyak kali :p

Apa yang perlu dibawa ke sekolah pada hari pertama?

Kalau aku, aku siap siapkan baju tudung apa semua letak satu tempat. 
Supaya pagi pagi esok tak kelam kabut. 
Yelah, kat IPG start class kul 7.45 pagi, kat sekolah kul 7 pagi dah kena gi sekolah. 
Pastu sediakan beg. 
Pilih beg mana nak pakai. Biar nampak cunssss hehehe.


Dalam beg kena ada apa?

Pertama pen. Pen hitam is better. Sebab kebanyakan kerja kita kan berbentuk rasmi. Kadang-kadang guru besar cerewet. Warna pen pun boleh jadi isu. So better ambil langkah paling selamat, bawak pen hitam sebatang.  Lagi pun kalau kita bawak pen walaupun sebatang, ia menunjukkan kita ni bersedia.

Tapi tak kesah pun pen apa senanya. Ikut suka ko leh. Asalkan bawak je..

Jangan langsung tak bawak pen, siap pinjam gubeso lagi.  Memang………………..

Okay pastu bawak surat pemberitahuan yang korang nak datang sekolah tu. Bersedia je. Kengkadang sekolah ni tak perasan ipg kita dah hantar surat kat dia bagitahu kita nak buat PBS. Datang2 je gubeso tanya, awak datang untuk apa? Saya tak tahu pun?

So keluarkanlah surat tu. Biar rasa confident sikit berhadapan dengan gubeso yang kita pun tak tahu perangainya camana kan.


Pastu bawaklah kerja PBS yang ipg korang kasi tu.. tunjuk gubeso kerja apa yang kita kena settlekan sepanjang berada kat sekolah dia ni.. barulah kita yakin diri yeah aku banyak keje haha.

Lagi satu kalau kita tunjuk kerja kita, nampak lah busy sikit. Takdelah sepanjang hari kita kena relief kelas aje. At least sehari 1 jam je dia akan kasi. Tapi tengok jugak sekolah.. kita kena pandai susun ayat.

Oh ya,fasal relief. Jangan malas tau masuk kelas. Sebab setiap kali kita masuk kelas walupun kita tak mengajar, kita sebenarnya sedang belajar sesuatu. Belajar kawal kelas, belajar layan budak, belajar tarik perhatian dan banyak lagi.

Sebab teori ngan praktikal berbeza ya adik adik. Cuba aplikasi yang kita belajar tu. Berjaya ke tidok. Try lah

Pastu bawaklah kerja lain yang tak siap. Assignment ke apa. At least duk bilik guru nanti takde lah melongo termenung tengok cikgu cikgu sekolah tu berbual. Macam budak apa tah haha.


Lagi satu pesanan, kalau korang jenis berat mulut sejak azali, buat buatlah ramah mulut sikit masa PBS. At least senyum or beri salam pada senior2 guru yang lain.  Barulah kita menunjukkan akhlak yang nabi ajar. Akhlak baik. Ok? J

Tu je kot. Kepada adik adik PBS pengalaman berasaskan sekolah untuk bakal guru keluaran IPG, good luck J

For the pleasure of ALLAH
Thank you!
Assalamualaikum.



Tips Merancang Majlis Sambut Menantu Yang Ringkas

Assalamualaikum semua habuk habuk. Hehe

Lama tak update blog sebab banyak benda yang perlu diberi keutamaan.
So sekarang dah habis semua assignment bolehlah aku update apa yang patut dalam hidup aku.

Alhamdulillah.. sekarang dua-dua belah majlis dah selesai. 
Majlis kat rumah mertua 19.9.2014. Ingat ni siddiqah haha. (sebab biasanya tarikh2 ni aku lupa)

Majlis rumah aku ringkas kan? 
Tapi majlis kat rumah mertua aku lagi ringkas. 
Lagipun semua benda umi dan  abi (mertua aku) settle kan. 
Dah la umi abi wanita bekerjaya. So memang busy dan banyak benda lah klu nak buat berdua aje.

Majlis kat terengganu dibuat hari jumaat. Kenapa jumaat? Sebab sabtu untuk rehat. Esoknya hari ahad aku dah kena masuk sekolah untuk PBS hehe.


Majlis hari jumaat kan, makanya masa yang ada singkat. Start orang datang kul 11 pagi. Makan damai pun pukul 11 pagi. Memang ngam2 makan terus gi sembahyang jumaat. Alhamdulillah.. Masa orang lelaki gi sembahyang jumaat, kaum perempuan boleh berehat sat haha. Penat bekerja kat dapur semuanya. Aku pulak boleh berbual lama sikit ngan kawan-kawan yang datang dari jauh nuh. 

Alhamdulillah.. after kul 2.30 petang start balik orang datang makan jamuan. Sampailah kul 4 petang. Solat asar dan brsurailah majlis. 

Ni aku bagi sikit tips untuk sesiapa yang nak buat majlis kahwin simple and sempoi hehe.

Tips Membuat Majlis Kahwin Yang Simple
-         

Ni masa majlis aku. Tapi aku tak de dalam gambar ni.
Ni semua budak IPG aku, budak Batch. :)


Pertama bagitahu dulu parents kita nak buat majlis simple and apa sebab sebabnya. Contoh macam aku, aku bagitahu terus aku nak majlis yang simple sebab utamanya adalah aku student dan kami tak dapat bantu banyak dalam persiapan majlis nanti. Maksud aku bantu dari segi kewangan lah. Pastikan point tu penting dan munasabah. Ok?
-          
And lepastu pastikan parents terima. Cakaplah baik-baik, sebab tak semua parents boleh faham dan boleh terus terima. Doa siang malam.. solat hajat, solat tahajud, solat taubat. Pastu doa penuh harap, insyallah Allah permudahkan. Tapi, kalau parents jenis tak boleh terima jugak, jangan jadi anak derhaka. Ikut cakap parents. Gembirakan mereka.. ikut jelah.. Insyallah adalah tu kebaikannyaa.. J
-          
Pastu masa wedding pulak, apa yang perlu ada untuk majlis yang simple adalah khemah untuk orang makan-makan, pelamin sebagai tempat ambil gambar, meja makan damai dan bilik pengantin yang cantik dihias. Itu je yang penting.

Bagi aku jemput ramai-ramai takde masalah. Jangan takut makanan tak cukup. Rezeki dari Allah. Kita niat je nak bagi orang makan, ikhlas. Insyallah cukup.. sebab ada sesetengah orang tak nak jemput orang ni orang tu sebab takut makanan habis, tapi akhirnya banyak makanan yang terlebih dan terbuang. Sayangkan? Atau pun kalau takut tak cukup, lebihkan duit kat makan jamuan orang daripada hiasan-hiasan untuk bilik ke diri ke pelamin tu. Simple kan lagi part hiasan-hiasan tu.
-         
2 pasang pengantin dengan 2 orang adik aku :p


Okay, part baju pulak. Disebabkan aku buat baju sendiri masa nikah and majlis kat rumah aku hari tu, jadi baju tu ada kat aku lagi. Re-pakai jer hehe. So di sini aku cadangkan korang buat jelah baju sendiri. Buat simple je jubah kembang tu, letak bunga-bunga sikit dah nampak macam gaun islamik sebab tak ketat haha. Jangan buat baju susah susah sangat. Macam aku, aku ada buat 22 design baju. Satu jenis gaun betul. satu lagi jenis jubah kembang yang macam aku cakap tadi. Aku buang baju gaun tu lebih kurang lapan bulan. Komain kan sebab rasa macam princess sangat bila pakai gaun tu. Nak nak warna putih lak tu, lagi lah aku teruja nak jadikan baju tu baju utama dalam perkahwinan aku. Baju jubah kembang tu pulak aku buat ye tak ye je. Asal siap. At last, sema orang cakap baju jubah kembang tu lagi cantik dan lawa. Sian gaun fairy tale aku haha. Maksudnya kat sini, korang buat baju simple je. Dah nampak cantik. Just nice.. just nicee..
-          
Part bilik pengantin. Umi belikan kami cadar warna krim yang dapat free langsir. Dalam RM100+ dah dapat dah. Nampak macam tak cantik. Umi pun beli cadar baru yang lain. Warna pink.  Tapi aku pilih krim tu sebab aku bila pasang cantik. Just nice.. cadar pink bagi kak ipar aku guna kat mesir J so maksudnya jangan risau, beli yang simple je jangan over over. Cantik jugak..


Saja letak

-         
Part pelamin. Buat sendiri. Tak reti? Takpe nanti aku ajar dalam satu entry lain haha.
-         
Makan jamuan. Ni penting sebab niat kita ajak orang memang nak bagi makan kan. Amek je catering. Jangan amek mahal-mahal. Pilih pakej yang murah je. Satu kepala rm7  pun ada lagi. Ada nasi, lauk ayam, lauk daging, sayur acar, buah, air, and bubur. Bubur penting daripada nasik tu senanya sebab biasanya orang yang dapat majlis kita ni dah makan majlis orang lain dulu sebelum tu. Mungkin dah makan nasi kat 3 buah rumah. Tak kan kat rumah kita nak sumbat nasi jugak kan. So mungkin diorang akan makan bubur aje.. J
-        
  Makan damai biasanya mak cik mak cik sedara je yang masak. Kumpulkanlah sedara and mintak tolong dorang masakkan. Sebab kalau guna catering mahal sikit.. tapi meja makan damai amek pakej ngan khemah sekali senang so bila dia pasang khemah, siap sekali dengan tempat makan damai.. Sebab meja makan damai ni penting. Bagi aku lah. Kenapa? Nanti aku cerita dalam entry lain haha. Sorryyy takut entry ni panjang sangat..


So nilah benda yang kita kena fikir dulu kalau nak buat majlis simple. Kalau korang nak buat simple of kos persiapan semua korang yang buat sendiri kan.. kalau hire orang, kena upah orang tu, duit lagi. Kalau kita yang buat, kita penat, boleh tidur kehkehkeh

So ada apa-apa nak tanya boleh tanya kat comment tu. Kot kot ada yang tertinggal ke. Good luck ye semua bakal pengantin. Semoga Allah permudahkan. Aku saja menulis tentang ni sebab aku dah lalui. Apa salahnya aku kongsi. Dapat jugak aku ingat balik majlis aku haha

So, Alhamdulillah majlis ambut menantu kat Terengganu selesai dengan baik. Aku bagi pihak mertua mohon ampun dan maaflah kepada semua yang hadir termasuk keluarga aku sendiri, jiran-jiran, kawan-kawan, kalau ada apa-apa kekurangan yang disengajakan atau tak disengajakan sepanjang majlis berlangsung..

For the pleasure of Allah.

Assalamualaikum And Thank You For Reading!


Tuesday, August 5, 2014

Baju Nikah / Tunang Untuk Disewa ! (updated)

Assalamualaikum semua.

Selamat hari raya maaf zahir batin untuk tahun 2014. Tahun ni raya pertama kita beraya dengan husband. Kita kahwin bulan Jun hari tu. 7 Jun 2014. Alhamdulillah dah 2 bulan kahwin.

So kita nak sewakan baju kahwin kita. Sebab? Sebab sekali je pakai. Sayang la sebab kos buat mahal. So better bagi orang lain pakai pulak. Sebab kita nak pakai balik memang idok le kan.

So jom kita tengok :)

VEIL 

Manik jahitan tangan. 
Warna pink cair.




contoh saya pakai :


Tengok veil kita tu. tu kalau dikembangkan. 

Labuh dia dari tepi :-)  ni pulak tak kembangkan. Kita letak kat belakang terus.. 


Tengok manik dia, cantik. Tersusun rapi. Masa gambar ni diambil, crown dah jatuh kat air terjun masa photoshoot. So tak nak nampak kosong, kita kedepankan veil ni and pinkan dengan jarum. Nampak cantik je manik2 tu kan kat atas kepala tu :-) 



Seterusnya baju Gaun Princess Jowo kihkihkih (name given by husband tingtong)

Gaun Princess Jowo


Baju gaun ni di design oleh saya dan adik saya Nur Sakinah. 
Hantar tailor 2 kali bagi nak kemaskan. 
Kami menggunakan 8 bulan untuk pastikan baju ni betul betul jadi cantik.
So baju ni sangat berharga la bagi aku. Aku nak pakai semulaaaaaaa T.T
Okay baju ni ala ala princess senanya nak dibuat. 
Tak tau lah korang nampak macam princess ke korang nampak macam aku pinjam baju orang kat atas tu haha sodeh T.T

Lagi gambar ,






Lepas tu ada baju jubah kembang warna pink belacan. Tapi baju melayunya kami tak sewakan. 

Jubah kembang sambal belacan 

Ni jubah kembang dan veil. Tudung tak masuk ya.. Sebab tudungnya susah nak pakai, so macam takyahlah sewakan.. 

Lagi gambar jubah kembang , 






Baju melayu putih untuk nikah pun ada. Tapi tak ada gambar sebab belum pakai. 

Baju melayu nikah 

Belum pernah dipakai ye yang ni. Sebab husband aku tak sempat tukar jubahnya hari tu. 

Warna putih. 
Saiz s lebih kurang
Tinggi dalam 167 cm


So ni je yang boleh kami tolong. Ada yang tanya nape tak jual terus? Sebab nanti kena hantar baliklah apa kan. 

Jawapan saya : 

Tak boleh dear.. Sayang baju2 ni semua..  And sebab aku yang buat sendiri baju2 ni, aku sayang lebih lagi lah.. Kalau boleh nak pakai hari2 baju mantin :p 


Ok. sebarang pertanyaan boleh wasap or mesej kita 0137711430 terima kasih :)



For the pleasure of Allah

Thank You
Assalamualaikum :-) :-) :-) 



Thursday, July 24, 2014

Kenapa Rancangan Hari Raya Semuanya Sedih Ni?

Assalamualaikum.

Okay guess what? Petang ni aku balik rayaaaaa yeyyyyyhhh hehehehe
Balik raya. Pastu balik rumah ada apa?
Sebenarnya taka da apa pun.. sama aje..
Cuma happy hapy happyyyyyyy hihihi
Mungkin sebab kasih saying kot. :’)

So last day at IPG. Sedih sikit lah.. sebab sayang nak tinggalkan romadon kat IPG ni. Banyak kenangan. Huhu
Budak budak kelas ni ha lagi lah. Over excited woooo. Semua pakat pakai baju lawa lawa. Abes kelas pagi je cabut gi stesen bas. Bijoknye anak mak.

So kawan kawan, I wish u happy time hari raya. Ya kita perlu bergembira di hari raya. Sebab hari raya aidilfitri adalah hari untuk meraikan kemenangan kita berpuasa selama sebulan. Tak kan meraikan dengan kesedihan kan.

Yang terbalik kotnya sekarang ni apa tau dak. Cerita cerita kat tv semuaaaa pakat dok sedih sedih. Contohnya ea salam romadon terakhir la, dosa ibu lah, ampun tak terbalas la, dosa sebelum aidilfitri lah apa lah.
Eh lupa nak cakap, semua tajuk tajuk ni aku reka sendiri je, aku membayangkan tajuk tajuk cerita sedih je la mampu. Tengok aku tak mampu. Tak nak tengok pun.

Aku teringat masa kecik kecik dulu, cerita hari raya kelako kelako belako.
Start dari malam raya ada cerita mak timah balik raya lah, senario lari raya lah apa lah. Semua ni tajuk rekaan ye. 
Aku nak maksudkan begini, kan best kalau mood tengah happy kita tengok cerita kelako. Kan? Kan?

Ke aku je rasa gitu haha

So pada pandangan aku, di hari raya yang bahagia ini, di hari kemenangan ini, baiklah kiranya semua tv tv Malaysia menyediakan cerita yang ceria ceria, gembira gembira. Jangan la cerita sedih sedih. Tak semangat dn nak raya.

Maksud aku, bukan hiburan tau ni. Artis menyanyi nyanyi ke apa. Ni tak bagus. Laghaaaa
So, ini hanya lah pandangan seorang warga Malaysia. Jangan saman saya. Aaaa

Ok. Sekian. Assalamualaikum J



Monday, July 21, 2014

My Very First Ramadhan With Habiby.

Assalamualaikum semua.
Lama dah aku nak menyanyah tapi asyik tak sempat aje. Kesian kan mak jemah.
Dah la internet asyik habis kuota aje. Maklumlah mak jemah suka tengok baju baju cantik kat istagram. Tu yang laju je habis tu sobss

So today kita cerita fasal romadon.
Tahun ni romadon aku lain sikit. Eh lain banyak.
Sebab dah berhusband. Cocuwit

Apa bezanya romadon ku yang ada husband dengan tak de husband?

Banyaaak.

Yang pertama dan yang paling penting sekali adalah husband akan jadi seorang yang paling memotivasikan diri kita untuk buat amal. Syok ngat :’)
Start sebelum romadon lagi dia selalu ingatkan. Jangan sia siakan romadon. Buat sehabis baik. Buat sehabis baik. Jangan buang masa!
So aku ni sikit sikit terkesanlah dengan kata kata habibi tadi. So ada zuq yang lebih kuat untuk gunakan romadon sehabis baik..

Keduanya adalah iftar bersama. Ni bestttt :D
Itew sukeeee hehehe

Setiap petang weols akan berbuka bersama. Tapi tak makan kat luar pun. Jimatuuun mihmihmih
Kitorang akan berjumpa di sebuah kelas berdekatan dengan masjid (supaya mudah suami aku cabut lari pabila dia mendengar iqomat kihkihkih) seawal 6.00 petang. Awal sangat kan perancangannya. Haha. Tapi biasanya pukul 6 tu baru nak siap siap hehehe.

So kitorang akan jumpa kat kelas tu dan akan mulalah usrah haha. Ada la beberapa pengisian hati dan rohani untuk kami. Contoh macam mesyuarat famili or mengaji or mengulang or membaca tafsir or apa apa je. Bebual pun masuk. Bergelak pun boleh selit.

Usrah sangat kaaaan..

Makan pulak? Haa ni best.

Suamisiddiqahbaikhati beli lauk. Aku masak nasik dan buat air.
Aku sukaaa. Sebab dapat jugak aku berkhidmat untuk suami di bulan romadon ni ye dak.

Biasanya aku akan buat air panas untuk husband. Supaya perut dia selesa dan tak lemah badan bila nak solat taraweh panjang panjang nanti. Kalau air sejuk aku rasa macam lemah otot otot segala. tapi kadang kadang beli jugak air sejuk..

Feeling?

Aku macam tak jangka la jugak yang aku akan berbuka dengan style masak memasak dan makan sesama kat dalam kelas cenggitu. Gaya syurga sangat kan.
Dulu sebelum kahwin tak terfikir pun. Of course kita akan fikir kita nanti bila romadon nak buka ngan hubby mesti kena keluar setiap hari makan kat luar dan bertaraweh bersama imam imam besar di masjid masjid besar kan. Macam zaman zaman ngan kawan kawan dulu kan..

Tapi lepas kahwin ni lain sikit lah. Aku tak kisah pulak.Aku rasa aku happyhappyhappy je makan kat kelas tu. Rasa lebih berbaloi. Kenapa ek. Tak tahu lah haha.
Maksudnya kat sini, after kahwin pemikiran kita akan lebih terbuka dan rasional. Keinginan pun lebih sederhana. Tak macam zaman memuda dulu. Agaknya lah.

Ketiga sebab aku dah tak keluar keluar lagi dengan kawan. Semua dengan suamiiii aje. Dulu kan aku kuat jalan. Sekarang tak. Sebab? Entah. Aku selesa macam ni. Ada kebaikan dan ada jugak keburukan dia. Tapi tak apalah. Berdikit dikit kita belajar ye dak.

So dah beberapa romadon berlalu. Sedih rasanya. Sebab? Sebab aku tak mampu buat sehabis baik pun. Semua sekerat sekerat. Aku harap Allah tetap memandang aku dengan pandangan kasih sayang. Ameen.

Raya pun seminggu je lagi. Raya yang dinanti dengan penuh debar. Sebab ada suami. Alhamdulillah syukur. I sayang u husband. I love u.

Dah la. Bebila kita post lagi. Aku nak tidoq awal lah. Esok nak bangun awal. Jumpa husband wakiwakiwa gurau bha.


Okay Thank You And Bye bye

FOR THE PLEASURE OF ALLAH