Searching for ......

Monday, July 21, 2014

My Very First Ramadhan With Habiby.

Assalamualaikum semua.
Lama dah aku nak menyanyah tapi asyik tak sempat aje. Kesian kan mak jemah.
Dah la internet asyik habis kuota aje. Maklumlah mak jemah suka tengok baju baju cantik kat istagram. Tu yang laju je habis tu sobss

So today kita cerita fasal romadon.
Tahun ni romadon aku lain sikit. Eh lain banyak.
Sebab dah berhusband. Cocuwit

Apa bezanya romadon ku yang ada husband dengan tak de husband?

Banyaaak.

Yang pertama dan yang paling penting sekali adalah husband akan jadi seorang yang paling memotivasikan diri kita untuk buat amal. Syok ngat :’)
Start sebelum romadon lagi dia selalu ingatkan. Jangan sia siakan romadon. Buat sehabis baik. Buat sehabis baik. Jangan buang masa!
So aku ni sikit sikit terkesanlah dengan kata kata habibi tadi. So ada zuq yang lebih kuat untuk gunakan romadon sehabis baik..

Keduanya adalah iftar bersama. Ni bestttt :D
Itew sukeeee hehehe

Setiap petang weols akan berbuka bersama. Tapi tak makan kat luar pun. Jimatuuun mihmihmih
Kitorang akan berjumpa di sebuah kelas berdekatan dengan masjid (supaya mudah suami aku cabut lari pabila dia mendengar iqomat kihkihkih) seawal 6.00 petang. Awal sangat kan perancangannya. Haha. Tapi biasanya pukul 6 tu baru nak siap siap hehehe.

So kitorang akan jumpa kat kelas tu dan akan mulalah usrah haha. Ada la beberapa pengisian hati dan rohani untuk kami. Contoh macam mesyuarat famili or mengaji or mengulang or membaca tafsir or apa apa je. Bebual pun masuk. Bergelak pun boleh selit.

Usrah sangat kaaaan..

Makan pulak? Haa ni best.

Suamisiddiqahbaikhati beli lauk. Aku masak nasik dan buat air.
Aku sukaaa. Sebab dapat jugak aku berkhidmat untuk suami di bulan romadon ni ye dak.

Biasanya aku akan buat air panas untuk husband. Supaya perut dia selesa dan tak lemah badan bila nak solat taraweh panjang panjang nanti. Kalau air sejuk aku rasa macam lemah otot otot segala. tapi kadang kadang beli jugak air sejuk..

Feeling?

Aku macam tak jangka la jugak yang aku akan berbuka dengan style masak memasak dan makan sesama kat dalam kelas cenggitu. Gaya syurga sangat kan.
Dulu sebelum kahwin tak terfikir pun. Of course kita akan fikir kita nanti bila romadon nak buka ngan hubby mesti kena keluar setiap hari makan kat luar dan bertaraweh bersama imam imam besar di masjid masjid besar kan. Macam zaman zaman ngan kawan kawan dulu kan..

Tapi lepas kahwin ni lain sikit lah. Aku tak kisah pulak.Aku rasa aku happyhappyhappy je makan kat kelas tu. Rasa lebih berbaloi. Kenapa ek. Tak tahu lah haha.
Maksudnya kat sini, after kahwin pemikiran kita akan lebih terbuka dan rasional. Keinginan pun lebih sederhana. Tak macam zaman memuda dulu. Agaknya lah.

Ketiga sebab aku dah tak keluar keluar lagi dengan kawan. Semua dengan suamiiii aje. Dulu kan aku kuat jalan. Sekarang tak. Sebab? Entah. Aku selesa macam ni. Ada kebaikan dan ada jugak keburukan dia. Tapi tak apalah. Berdikit dikit kita belajar ye dak.

So dah beberapa romadon berlalu. Sedih rasanya. Sebab? Sebab aku tak mampu buat sehabis baik pun. Semua sekerat sekerat. Aku harap Allah tetap memandang aku dengan pandangan kasih sayang. Ameen.

Raya pun seminggu je lagi. Raya yang dinanti dengan penuh debar. Sebab ada suami. Alhamdulillah syukur. I sayang u husband. I love u.

Dah la. Bebila kita post lagi. Aku nak tidoq awal lah. Esok nak bangun awal. Jumpa husband wakiwakiwa gurau bha.


Okay Thank You And Bye bye

FOR THE PLEASURE OF ALLAH

No comments:

Post a Comment