Assalamualaikum..
Seperti biasa..
Aku memang sangat suka dengan petua tradisional.
Or boleh dikatakan addict.
Tapi time malas susah sikit lah heheh
Kina selalu dia rajin kan, so aku boleh lah malas-malas
sebab dia akan buatkan untuk aku jugak.. :)
So aku baca-baca dekat internet.
Biar aku kongsikan
Sebab aku pun dah buat.. :)
Petua Mencerahkan Kulit Muka
Bagus cara ni kata kak Petua dalam blog dia.
Caranya :
1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis
Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan
air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.
kak Petua : Bagi saya, resipi ini cukup berkesan. Saya
sendiri telah mencubanya dan mendapati kulit wajah saya lebih cerah dan berseri
sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri!
So, you all cubalah :)
Nanti insyaAllah kulit jadi comey macam ni :D
Pelembab Muka.
Bagi saya sendiri pelembab muka ni penting sebab muka saya
jenis muka tak berminyak. So, saya telah cuba petua ini. Dan jawapannya best !!
Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menggunakan
pelembab semulajadi ini :
Bahan-bahan :
1) Kobis yang dikisar dengan pengisar dan ditapis serta
diambil airnya sahaja
2) Madu lebah (jangan terlalu banyak kerana ia akan
menyebabkan kulit wajah mengelupas jika anda mempunyai kulit sensitif seperti
saya)
Caranya :
Kobis yang telah dikisar dan diambil airnya tadi akan
dicampur dengan madu lebah. Kacau sehingga sebati, kemudian basuh muka dengan
ramuan ini. Biarkan ia kering diwajah selama lebih kurang 5-10 minit sebelum
dicuci dengan air suam-suam kuku.
Okay, selamat men'try'.
Nanti jadi syor lah kawan-kawan k. :)
For the pleasure of Allah
Byee.