Assalamualaikum allss.
Sekarang ni aku tengah penat dan lenguh sebab lama sangat
bekerja kat dapur.
Aku tak tahu kenapa hari ni aku begitu lama berada di dapur.
Mungkin kerana aku memasak pelbagai jenis lauk pauk
antaranya sotong masak kuah merah, ikan dan ayam juga di masak merah, tempe goreng,
ikan masin pelbagai rupa, kuih cara dan juice carrot susu?
Ohh, bukan.
Mungkin kerana aku menunggu sotong yang masih
sangat keras untuk lembut kerana baru sahaja dikeluarkan daripada peti ais
bahagian beku. Sangat keras ye semua.
So aku sempat lah snap beberapa pic kot kot rajin nak
menulis.
Yeah, I writing now. I want to write about how do make kuih cara.
Aku buat yang simple je tau.
Janganlah bandingkan dengan mak
cik timah yang jual kat pasar malam tu. Tak acilah beb. Dia buat tetiap hari,
memey lah power.
Aku setakat try and error boleh lee..
Ini rupa kuih cara ye adik adik.
Aku tangkap gambar tak guna flash sebab aku lupa BB aku pun ada flash.
And tak bukak lampu. Lupa. Sorrylah ye.
Okayy..
Mula-mula buatkan inti dia. Buatlah macam biasa, tumis
dulu..
Gunakan daging kisar and serbuk kari. Tak perlu letak santan ea..
Kalau
nak sedap lagi, bagi dia lebih pedas, manis
and masin.
And ni bahan nak buat kuihnya :
2 cawan air.
2 cawan tepung.
1 cawan susu cair.
Garam.
2 biji telur.
Pewarna kuning telur.
Kau ambek sume ni masukkan dalam blender then blender jelah. Senang
kan kan? Hehehe
Ohhh, gambar ni cukup memalukan aku. Bhahaha
Apsallah kau two point o sangat ahhh cameraaa T.T
Colour sebenar : oren yang pekat dan nampak lazat serta berasap asap.
Gebang lebih
Begini sahaja...
Gambar ni aku malu nak masukkan sebenarnya.
Tapi untuk kemaslahatan sejagat, ahhh masukkan ajelah.
Ni atas api tengah di masak ni. Kalau boleh tutup time masak tu supaya sebati.
Abaikan ye hitam hitam dan sepah sepah keliling pinggang tu heheehee
Tu sebenarnya tepung yang dah geseng geseng sitik hasil masakan kuih cara sebelum yang ini.
Api biar kecik kecik gilau tau. Supaya anda tidak kuciwa melihat kuih pertama anda, seperti saya :')
Taraaaaa! Siap sudah. Tu aku terbalikkan sikit supaya nampak belakang dia.
Pehh sedap gilau makan panas panas weh.
Tapi hati hati dengan bekas kuih ni. Panas. Sangat sangat.
Aku sahaja sudah beberapa kali diserang hendap :')
So, siapa teringin makan banyak banyak jom lah kita buat sesama. Sebenarnya kuih ni lagi best and sedap kalau kita hiriskan daun sup and lada merah halus halus and masukkan dalam inti dia. Pehh serius beb.
Kan aku kata jangan bandingkan aku dengan mak cik timah. :p
Okay lah. Dah azan asar. Selamat men'try. <3
For the pleasure of Allah.
Thank You!
No comments:
Post a Comment