Searching for ......

Wednesday, August 28, 2013

Seni Khat Atas Tembaga

Assalamualaikum alls.

Kali ni aku nak cerita pasal baik baik punya :3
It is khad. Or khat. Mana manalah.
Yang penting ia adalah tulisan jawi yang berbentuk bentuk and penuh dengan kesenian tu.
Very very seni okay.

Aku cakap ni macam aku terer tulis kan kan?
Sebenarnya tak pon. Aku cuma minat aje.
And bila aku try try hard, tak jadi jugak khad aku.
Takpelah. Aku duk jelah dalam dunia khad. Best tau. :D

So bla bla bla, sampailah ke tarikh 14 hingga 16 Jun 2013 yang lepas.
Aku join kelab khad IPG aku, PERSIS, pergi jalan jalan ke Johor.
Ek? Johor. Aah. :3
Kat segamat.

We learn how to make khad atas tembaga.
Menarik kan kan?

Meh aku citer cara cara dia.:D
First is kita kena beli lah barang barang yang diperlukan seperti tembaga, penukul ysng ditetapkan, paku pun yang ditetapkan, polisher, dan lain lain lah.
Buat begini.

Ni pic first.
Tampalkan design yang kita pilih atas tembaga yang telah di selotape tepinya.
Tujuan selotape tu supaya bucu tembaga yang tajam tidak memakan tuannya. T.T 

Then kami tunggu dia kering.
Esoknya, aku sambung kerejo. 
Aku ingat macam senang sebab semalam main gam gam je kan.
Sekali amekau.

Kau bayangkan, aku kena ketuk satu satu tau setiap inci kertas yang berwarna hitam or putih. 
Kita kena pilih.
Ada tiga step. Keras, sederhana and slow.

tuk tuk tuk ketuklah ekau.

Kau buatlah semua benda tu sampai patah riuk tulang kau. Aku ni buat sampai bengkak jari telunjuk tau sebab asyik terketuk aje
Titew akit taw T.T

Alhamdulillah ada Eqa Z yang sudi picit sikit sikit. Itu pun setelah dipaksa bhahaha
And bila lama noo x siap siap, aku tak leh paksa diri untuk terus mengetuk tembaga tersebut. Se aku jenjalan lah. And membayangkan hasil tangan aku akan jadi seperti ini :


Or ini :


Atau pun yang ini :


Kahkahkah. Tinggi makom kau Mak Sah.
Eh sorry lah camera tak lawa.
*aku rasa setiap kali entry aku ada gambar aku mintak maaf pasal gambar muehehe.

Alhamdulillah Pak Abib yang ni seorang yang sangat sempoi. Setiap step yang kita dah siap, feel free untuk jumpa dia. Dia akan ajar step by step okay.

And bila dah berejam rejam lamanya kita mengetuk akan tiba satu masa, Pak Abib kata, ha awak punya dah boleh bukak.
Wowowow. Umpama mimpi dalam mimpi weh.
Terus tak sakit jari telunjuk aku hahaa
Kenapa?
Sebab bila kita bukak baru kita Nampak seni tangan kita yang sangat membanggakan, bentuk tulisan yang dihasilkan and beberapa tempat kecacatan yang ada.

Lepas dah nampak mana part yang tak cantik tu. Aku pun dengan penuh semangat membetulkan kecacatan tersebut tanpa alas dengan kertas.
Time ni aku rasa semua peserta lebih yakin dan puas hati dengan kerja kerja yang telah dibuat selama beeberapa jam sebelum ni.
Serius semua nampak semangat.

Bila dah puas hati, kita kena buka selotape kat tepi tu ntuk kita polish tembaga tu.

Then jemur lagi supaya kering betul.

Lastly, bolehlah kita berposing dengan hasil kerja kita tu..  :)

-------
Alamak. ni post berbulan-bulan lamanya.
Aku post hari ni lah ek. hihi

For the pleasure of Allah <3

Bubyee.

Thank You!

Shawl Labuh Keluaran Syarai

Assalamualaikum..
Lama dulu sebelum raya, aku ada tolong kawan aku jual shawl.
Yang bestnya shawl ni ada jenis-jenis yang labuhhh.
Kainnya pun sedap sangat, selesa.

Bagi aku tunjuk gambar lah senang.

See? Labuh kan?
Memang best kain dia.
Cuba tengok colour dia. 
Sebelah dalam lain dengan yang luar. 
Satu plain satu lagi bercorak. So, ikut kesukaan lah nak guna mana-mana belah pun. :D

#sorry la tangan model kena pegang atas sebab I tak guna pin pun, takut rosakkan tudung tu :p


Tengok tudung ni, aku pakai plain kat luar, then aku keluarkan siit bahagian yang bercorak. 
Lawa kan kan hehe

Ni corak kat luar. 
Sorry serabut sikit.



Ni colour pich cair gitu. 
corak pattern sekarang. 

Okayy, ni aku terbalikkan dia.. 


Ni hijau aku letak luar. 

Ni aku terbalikkan dia.
Jadi ungu plain kat luar. 

Ni hijau kat atas..

Ni hijau kat bawah..


Okayy ni dah malas ahaha. 
Tapi tudungnya tetap lawa kan?
Pich dia agak pekat pekat gitu..

#untuk pengetahuan, semua shawl ni tak jarang okay. Diulangi tak jarang. 

Aahaa, she is my partner.
Comel jerr orangnya..
Siti Nursyahirah or syaroo..

So, tudung tudung tadi harga semua berbeza sebab tengok material kain dia..
Then kelabuhan dia..
Kalau nak yang saiz biasa pun banyak..

Siapa-siapa minat, boleh komen then kita ngobrol-ngobrol k. :p

For the pleasure of Allah :)

Okayy, bubyee. 
Thank You!


Thursday, June 27, 2013

Kebaikan Seaweed Untuk Kecantikan

Assalamualaikum you all.

Oh yeah.
Bersemangat bila cerita tentang kecantikan bagai.
Tapi bila nak suruh amalkan pui pemalas hahahah
Okay stop.

Nak dijadikan cerita bla3, ibu dan ayah pun pulang dari Sabah.
Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan.
Biasalah budak kan, bila orang balik rumah bawak beg besau besau pun dia sibuk selongkar cari barang or hadiah yang best best ^^
*Ek? Budak? Bolehlah..

Aku selongkar punya selongkar, maka terjadilah perbualan seperti berikut..

Ibu : Carik apa tu?
Aku: Apa apalah. Jajan ke..
Ibu: Ibu ada belikan hadiah special kali ni cuba buka . . .
Kina: Ibu, apa ni?
Ibu: Haa, tu laa. Seaweed..

WHACCCC? SEAWEED? OGOSHHH I WANT ITTTTT!!!

Hahaha
Kau tau tak, aku baruuu je usha blog blog orang, then jumpa blog ni. Dia cerita pasal seaweed gak? Fehhhhhh. Serius rezeki beb.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Maka, hiduplah aku dan Markonah pada hari itu sebagai orang yang saaaangat bahagia bhahaha

Memula kitorang dengar penerangan ibu.
And sebenarnya aku telah pun baca tentang seaweed ni dalam blog Lyana.
So bila dapat untuk sendiri punya pakai
Wuwuwuw exited tau titeww
So, aku telan semua jenis seaweed.
Ada hijau, ungu and kuning,
Tapi the most wanted sekarang ni yang colour purple.

This is yang colour kuning..


And ni colour ungu..
The most wanted yaw :p

Ni colour hijau.

Sebenarnya aku ada tangkap pic sendiri, tapi time aku tulis ni pic nya dekat laptop aku. And laptop aku pada orang. ouhhh belit

Ummm ummm,

Macam ni lah ye, aku nak terangkan sesatu apa khasiat dia pun aku tak reti sangat.
Bacalah sendiri dari blog Liyana ni.


Sebab aku tanya ibu sama je jawapannya ngan jawapan blog tu. Hehew
And macam tu jgak lah aku buat.
Semoga santek sesama la ek kita.
Ameen.. -feeling blessed :p

And untuk pengetahuan, kalau kak Lyana ni cool je makan seaweed ni, aku pulak sebaliknya. Aku dengan sedaya mungkin bersusah payah, bertegang otot, bertungkus lumus, bermati matian, and semua ber lah untuk menelan seaweed ni.. T.T

Aku rasa sebab aku buat dari proses awal kan, so aku nampak, rasa, pegang, bau dan semua semua tu lah yang menyebabkan aku agak payah nak telan.
Sekali aku nak telan 3456 kali aku nak termuntah.
Tapi setakat ni tak dibiarkan ia keluar dari mulut lagi lah, sebab membayangkan penat lelah aku memproses seaweed tadi muehehe.

Lagi lagi time duk IPG. Aku malas lah nak heaven macam kat rumah kan.
So aku campur je semua seaweed tu, jadikan satu.
Cukuplah terseksa sekali sehari. T.T
tapi aku tak tahulah effect dia apa nanti.
Kak Lyana kalah ke, atau kalah Kak Lyana. :p

Tapi serius benda ni bagus.
Ciptaan Allah kan..
Confirmlah..

And tak silap I kan, Simply Siti guna seaweed jugak kot.

Oh ye, ini sangat penting! JANGAN LUPA LETAK BEBANYAK PANDAN TIME MASAK OKAYY?
You all akan tau kenapa bahahahaaaaa *evil laugh

So, tu jelah.
Semoga bermanfaat lah ek :3

For the pleasure of Allah.

Bubyee.

Thank You!

Wednesday, June 12, 2013

Resepi Kuih Cara / Talam Berlauk

Assalamualaikum allss.

Sekarang ni aku tengah penat dan lenguh sebab lama sangat bekerja kat dapur. 
Aku tak tahu kenapa hari ni aku begitu lama berada di dapur.

Mungkin kerana aku memasak pelbagai jenis lauk pauk antaranya sotong masak kuah merah, ikan dan ayam juga di masak merah, tempe goreng, ikan masin pelbagai rupa, kuih cara dan juice carrot susu?

Ohh, bukan. 
Mungkin kerana aku menunggu sotong yang masih sangat keras untuk lembut kerana baru sahaja dikeluarkan daripada peti ais bahagian beku. Sangat keras ye semua.

So aku sempat lah snap beberapa pic kot kot rajin nak menulis. 
Yeah, I writing now. I want to write about how do make kuih cara.

Aku buat yang simple je tau. 
Janganlah bandingkan dengan mak cik timah yang jual kat pasar malam tu. Tak acilah beb. Dia buat tetiap hari, memey lah power. 
Aku setakat try and error boleh lee..

Ini rupa kuih cara ye adik adik.
Aku tangkap gambar tak guna flash sebab aku lupa BB aku pun ada flash.
And tak bukak lampu. Lupa. Sorrylah ye.


Okayy..
Mula-mula buatkan inti dia. Buatlah macam biasa, tumis dulu.. 
Gunakan daging kisar and serbuk kari. Tak perlu letak santan ea.. 
Kalau nak sedap lagi,  bagi dia lebih pedas, manis and masin.

And ni bahan nak buat kuihnya :
2 cawan air.
2 cawan tepung.
1 cawan susu cair.
Garam.
2 biji telur.
Pewarna kuning telur.

Kau ambek sume ni masukkan dalam blender then blender jelah. Senang kan kan? Hehehe

Ohhh, gambar ni cukup memalukan aku. Bhahaha
Apsallah kau two point o sangat ahhh cameraaa T.T
Colour sebenar : oren yang pekat dan nampak lazat serta berasap asap.
Gebang lebih

Begini sahaja...

Gambar ni aku malu nak masukkan sebenarnya. 
Tapi untuk kemaslahatan sejagat, ahhh masukkan ajelah.
Ni atas api tengah di masak ni. Kalau boleh tutup time masak tu supaya sebati.
Abaikan ye hitam hitam dan sepah sepah keliling pinggang tu heheehee
Tu sebenarnya tepung yang dah geseng geseng sitik hasil masakan kuih cara sebelum yang ini.
Api biar kecik kecik gilau tau. Supaya anda tidak kuciwa melihat kuih pertama anda, seperti saya :')

Taraaaaa! Siap sudah. Tu aku terbalikkan sikit supaya nampak belakang dia.
Pehh sedap gilau makan panas panas weh. 
Tapi hati hati dengan bekas kuih ni. Panas. Sangat sangat.
Aku sahaja sudah beberapa kali diserang hendap :')

So, siapa teringin makan banyak banyak jom lah kita buat sesama. Sebenarnya kuih ni lagi best and sedap kalau kita hiriskan daun sup and lada merah halus halus and masukkan dalam inti dia. Pehh serius beb. 

Kan aku kata jangan bandingkan aku dengan mak cik timah. :p

Okay lah. Dah azan asar. Selamat men'try. <3

For the pleasure of Allah.

Thank You!

Tuesday, June 11, 2013

Novel Review : Dan Sepi Pun Berlalu By Fauziah Ashari

Assalamualaikum alls.

Lately, aku manyak rajin maa mengemas this blog. Sebab nanti bila balik IPG dah tak bukak dah sebab line lemah lembut disana. Tsk tsk
It’s okay lah. Aku nak cerita pasal novel pulak ni.

Siapa peminat tegar novel start zaman dedulu mesti tahu pasal novel Pergilah Sepi by Fauziah Ashari. Kan kan?
Masa tu aku muda lagi, darjah 6 and that’s my first novel.
Aku sangat suka okay novel tu. Sangat suka. Aku tak tahulah apa faktornya, mungkin sebab first time baca kan.. so, bestlah.

Masa tu aku pinjam kawan je.. so, bila nak pi beli sendiri, sampaaaai sekarang aku cari novel Pergilah Sepi takdok. Taklah kuciwa sangat, cuma macam teringin gitu nak baca.
Usaha selamat 7 tahun aku berhasil apabila aku ditemukan dengan novel ini!
Sorry, aku tak taulah nape sejak kebelakangan ini camera two point o (2.0) aku ni makin kabur :3
Takpeee, asalkan ada gambar kan BB ^^


Ya Allah! Muehehe.
Alhamdulillah. Finally I got it. Aku beli kat pesta buku, PWTC.

Tajuk dia Dan Sepi Pun Berlalu.
Sebenarnya, aku beli sebab dia ada cerita pasal Syafiq and Afiqah lagi, iaitu watak dalam cerita Pergilah Sepi tu. So, aku fikir takpelah kan, baca sambungan je pun okay lah.

And bila aku sampai bilik aku selak, selak.
Eh eh? Samoooo. 
Rerupanya buku ini adalah gabungan antara Pergilah Sepi dan lanjutan kisah depa…
Ooooo, maksudnya cerita Pergilah Sepi ada jugaklah dalam buku ni. 
Maybe ramai sangat kot yang minat cara penulisan kak Fauziah ni awal awal lagi. 
Sebab Pergilah Sepi novel first dia. Tu yang buat baru lagi.

Kenapa aku minat cerita ni? Padahal banyaaak je genre cerita yang sama macam novel ni iaitu kahwin paksa rela kakaka
Aku rasa aku minat sebab watak Afiqah yang cool and tak melebih lebih. 
Certain novel watak hero or heroin  mesti over dari segi kecantikan or perangai dll.. 
Aku tak minat. Aku suka yang biasa biasa aje.

So, sesapa yang minat gilau kat novel Pergilah Sepi and cari kat kedai tak jumpa jumpa boleh lah pergi kedai sekarang and grab this book muehehe.

And siapa nak pinjam aku pun boleh jak ;)

Tu jek lah.

For the pleasure of Allah.

Thank You!