Sambung terus ye.. Hahaa
Pada hari kejadian nak pergi Makkah 26 Ramadhan, Lepas subuh tu kitorang gi jumpa Ust dan kawan Ilyas namanya Hafiz sebab nak gerak ke Makkah sesama.
Pergi sama2? Macam mana boleh kenal? Masa sebulan sebelum pergi tu, Hafiz tu pm saya kata nak pergi sekali boleh tak. Saya jawab boleh je nanti tanya Ilyas. Pastu saya tanyalah dia pergi sorang ke? Dia jawab tak,berdua, tapi dedua lelaki… hahaha maksudnya sis tetap seorang.. tiada kawan… Sepanjang musafir ini..
Sepanjang kami duk kat Madinah, kami memang tak jumpa pun Hafiz dan Ust tu.. Ilyas ada jumpa sekali sebab nak bincang pasal nak pergi Makkah tu, sis pulak memang jumpa diorang masa nak pergi Makkah tu lah....
Lagipun debor jugak kalau nak masuk Makkah ni berdua je hahaha orang kata ketat sangat nak masuk Makkah. Pintu banyak ditutup dan banyak sekatan jalan raya dan spotcheck dibuat.. so kitaorang takutlah jugak hahaa.. dan sis lagi berdebar bila Ilyas kata bermusafir ni lebih baik berjemaah daripada sorang.
Siapa pulak orang yang kata nak masuk Makkah susah? Ramai je yang cakap.. dengar-dengar.. dan ada sorang yang lagi mengukuhkan kenyataan tu dan membuat kitorang lagi gegerrrr hahaha. Siapa diaaaa?
Ini orangnya! Hahaha.. Ustaz Adam Maahad Johor siapa kenal? Sekarang ustaz dah jadi orang PPD kat Pontian tak silap. Ustaz Adam cerita macamana nak masuk Makkah tu ha lagi mendebarkan kitorang.. Padahal sebelum ni rasa boleh je pergi berdua.. tapi sebenarnya sis lebih kepada ikut saja suami.. Suami yang deborrr tu.. Hahah..
So pagi tu Ilyas ajak ziarah wada Nabi SAW… Sebelum keluar daripada Madinah.. Aduuuu sayunya masa ni, sedih sangat…. Solat 2 rakaat, beri salam pada Nabi lepas tu bye……
Salah satu pintu Masjid Nabi, jumpa lagi ye...
Dalam pada tu, kitorang tahan teksi, and request Uber.. Uber so slow and taka da pun. Not recommended.. hahaa.. teksi pulak ramai yang tak nak hantar ke Makkah sebab jauh dan harga murah kot tak berbaloi… pastu nak kata rezeki Allah hantar prebet sapu… Ada sorang mamat arab ni nak hantar kitorang ke makkah.. Harga SR600… Perjalanan Madinah ke Makkah macam dari johor ke Terengganu, tapi perjalanan atas highway kosong.. so naik bas 8 jam… naik kereta 5 jam… kami naik kereta prebet sapu ni 5 jam lah…. Prebet sapu pun tapi kereta mahallah… jenama Hyundai, warna putih and luas…. Alhamdulillah selesa…
Sepanjang perjalanan ke Makkah Alhamdulillah everythings is very okay.. sangat dipermudahkan… kitorang rasa sebab ada ust tu kot semuanya dipermudahkan… sekatan jalan? Tak ada.. lalulah depan polis.. Cuma tak kena sekat or check apa2 pun… check passport? Tak ada juga… sangat mudah…
Cuma yang kelakarnya…. Mamat arab yang bawak kitorang tu tak puasa… hahah.. masa tu 26 ramadhan… kitorang dalam keadaan ihram.. nak buat umrah… sekali orang yang bawak kitorang tu tak puasa… hahah… selamber je dia… tapi memang betul pun… sebab kami kan dalam keadaan bermusafir… boleh berbuka… dia pun bermusafir… boleh berbuka… Cuma lebih baik puasa lah… dia banyak kali ajak berbuka sama.. kami taknak… hahah… siap singgah kedai beli kopi,aiskrim hahha… berhenti lagi gi merokok pulak…
Okay on the way ke Makkah tu berhenti bir Ali, orang lelaki pakai ihram, sis dah pakai dah.. niat pastu zoommm ke Makkah….
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment