Searching for ......

Monday, July 9, 2018

Umrah Ramadhan Ilyasiddiqah (Part II Makkah)

Assalamualaikum

Sambung terus ye.. Hahaa

Pada hari kejadian nak pergi Makkah 26 Ramadhan, Lepas subuh tu kitorang gi jumpa Ust dan kawan Ilyas namanya Hafiz sebab nak gerak ke Makkah sesama.

Pergi sama2? Macam mana boleh kenal? Masa sebulan sebelum pergi tu, Hafiz tu pm saya kata nak pergi sekali boleh tak. Saya jawab boleh je nanti tanya Ilyas. Pastu saya tanyalah dia pergi sorang ke? Dia jawab tak,berdua, tapi dedua lelaki… hahaha maksudnya sis tetap seorang.. tiada kawan… Sepanjang musafir ini..

Sepanjang kami duk kat Madinah, kami memang tak jumpa pun Hafiz dan Ust tu.. Ilyas ada jumpa sekali sebab nak bincang pasal nak pergi Makkah tu, sis pulak memang jumpa diorang masa nak pergi Makkah tu lah....

Lagipun debor jugak kalau nak masuk Makkah ni berdua je hahaha orang kata ketat sangat nak masuk Makkah. Pintu banyak ditutup dan banyak sekatan jalan raya dan spotcheck dibuat.. so kitaorang takutlah jugak hahaa.. dan sis lagi berdebar bila Ilyas kata bermusafir ni lebih baik berjemaah daripada sorang.

Siapa pulak orang yang kata nak masuk Makkah susah? Ramai je yang cakap.. dengar-dengar.. dan ada sorang yang lagi mengukuhkan kenyataan tu dan membuat kitorang lagi gegerrrr hahaha. Siapa diaaaa?



Ini orangnya! Hahaha.. Ustaz Adam Maahad Johor siapa kenal? Sekarang ustaz dah jadi orang PPD kat Pontian tak silap. Ustaz Adam cerita macamana nak masuk Makkah tu ha lagi mendebarkan kitorang.. Padahal sebelum ni rasa boleh je pergi berdua.. tapi sebenarnya sis lebih kepada ikut saja suami.. Suami yang deborrr tu.. Hahah..

So pagi tu Ilyas ajak ziarah wada Nabi SAW… Sebelum keluar daripada Madinah.. Aduuuu sayunya masa ni, sedih sangat…. Solat 2 rakaat, beri salam pada Nabi lepas tu bye……

Salah satu pintu Masjid Nabi, jumpa lagi ye...


Dalam pada tu, kitorang tahan teksi, and request Uber.. Uber so slow and taka da pun. Not recommended.. hahaa.. teksi pulak ramai yang tak nak hantar ke Makkah sebab jauh dan harga murah kot tak berbaloi… pastu nak kata rezeki Allah hantar prebet sapu… Ada sorang mamat arab ni nak hantar kitorang ke makkah.. Harga SR600… Perjalanan Madinah ke Makkah macam dari johor ke Terengganu, tapi perjalanan atas highway kosong..  so naik bas 8 jam… naik kereta 5 jam… kami naik kereta prebet sapu ni 5 jam lah…. Prebet sapu pun tapi kereta mahallah… jenama Hyundai, warna putih and luas…. Alhamdulillah selesa…

Sepanjang perjalanan ke Makkah Alhamdulillah everythings is very okay.. sangat dipermudahkan… kitorang rasa sebab ada ust tu kot semuanya dipermudahkan… sekatan jalan? Tak ada.. lalulah depan polis.. Cuma tak kena sekat or check apa2 pun… check passport? Tak ada juga… sangat mudah…

Cuma yang kelakarnya…. Mamat arab yang bawak kitorang tu tak puasa… hahah.. masa tu 26 ramadhan… kitorang dalam keadaan ihram.. nak buat umrah… sekali orang yang bawak kitorang tu tak puasa… hahah… selamber je dia… tapi memang betul pun… sebab kami kan dalam keadaan bermusafir… boleh berbuka… dia pun bermusafir… boleh berbuka… Cuma lebih baik puasa lah… dia banyak kali ajak berbuka sama.. kami taknak… hahah… siap singgah kedai beli kopi,aiskrim hahha… berhenti lagi gi merokok pulak…

Okay on the way ke Makkah tu berhenti bir Ali, orang lelaki pakai ihram, sis dah pakai dah.. niat pastu zoommm ke Makkah….

Bersambung.....

Monday, July 2, 2018

Umrah Ramadhan Ilyasiddiqah 2018 (Part I Madinah)


Assalamualaikum ♥️


Alhamdulillah.. terpanggil untuk menaip kali ni setelah sekian lama menyepi walaupun sebenarnya curi-curi masa jugak ni. Tapi sebab entry kali ni special sangat sebab nak cerita pasal pengalaman umrah so kita ada kan jugak masa   And yang specialnya umrah kami ni adalah sebab kami uruskan berdua, pergi berdua, cuba survive berdua, semua urusan berdua, di bulan RAMADHAN and of course dengan bantuan Allah Yang Maha Esa..

Pergi umrah berdua hihiii....



Saya tak nak mention sangat pasal umrah diy or pergi tanpa agent dll tau sebab banyak pihak yang tak setuju and kurang selesa dengan umrah diy ni. Entry and cerita saya ni lebih kepada pengalaman kami sepanjang mengurus dan melalui proses2 tu bersama.. Saya tulis supaya kenangan tu kekal segar dalam ingatan gitu... Kalau lupa dah tua tua nanti boleh baca balik...  

Di sini saya juga tidak memberi sebarang galakan untuk kalian buat umrah sendiri or diy ni tau. Ni cerita kami sahaja. Galakan dorongan dan semangat tak dak na.. Kalau you all nak jugak pergi sendiri, silakan, takde masalah pun, tapi tiada kaitan dengan kami ya.. Kami cuma pernah pergi sendiri dan saya nak cerita pengalaman manis yang kami lalui.. Itu saja... 

Tapi memang betul pun, kalau you all nak mudah, nak senang, nak tenang, better pergi dengan agensi. Sebab memang dah settle semua, and memang okay pun pergi dengan agensi, so better pergi jelah dengan agensi.. 

Tapi kenapa kami pergi sendiri tanpa agent? Haaa… Bukan sebab acah-acah bagus tak nak guna agent… Tapi sebab kami buat keputusan untuk pergi umrah adalah sebulan sebelum tarikh bertolak.. Sangat lambat… Sangat last minutes.. Sebulan sebelum tu baru buat keputusan nak pergi.. So mana ada agensi yang available lagi… Memang ada sebab ada Tanya beberapa agensi… Tapi kami tak mampu nak pergi dengan harga tu… Sebab diorang pun kena belikan tiket flight untuk kami kan, confirm mahal sebab kena beli last minutes, time Ramadhan pulak tu.. Memang dah survey harga, sorang RM9000++, kalau dua orang dah berapa kan.. Memang idok dapatlah kami nak pergi berdua kalau harganya macam tu..


Ahh boring. Jom terus cerita pengalaman 😁

SEHARI SEBELUM

Hari Khamis 7 Jun bersamaan dengan our anniversary kali keempat, Hari ni agak busy. Banyak benda kena settle. Ameenah pulak kena gi check up doktor.. Alhamdulillah Allah permudahkan, aku dapat cuti CRK daripada GB yang agak ‘senang’ nak bagi cuti. Tapi bukan alasan nak pergi umrah tau, sebab Ameenah nak kena check up pasal berat dia kat paras merah hari tu.. 

So pagi tu pergi check up Alhamdulillah beratnya dah naik ke kawasan kuning... Balik tu rehat tidur dengan Ameenah, sambil hati kesedihan, kerisauan, nak tinggal anak esok 😭

Malam tu kami gerak balik Simpang Renggam, barang umrah semua bawak sekali, barang Ameenah tinggal bawak sikit2 je sebab kebanyakan memang dah bawak, persiapan rapi dan awal gitu untuk anak, sebab nevessss...

Malam tu tidur... dengan debaran... Esok pagi bangun... pun masih berdebar... Bangun.. Siap2... Ilyas suruh kejut Ameenah.. Kami tak nak tinggal anak kami dalam keadaan dia tak tahu/ tak sedar, sebab rasa macam menipu / memperdaya anak lah pulak cara tu...

8 JUN (HARI BERTOLAK)

Dia pun bangun, dengan happy.. Huaaa… Mama makin sedih... Tahan... Tahan.. Bawak Ameenah gi ruang tamu, cakap2 dengan dia sikit, Allah jaga Ameenah ye, Mama pergi umrah tau, 10 hari je.. Eh tak, 11 hari, Allah jaga Ameenah tau.. Ameenah jaga diri baik2 sepanjang Mama tak ada tau.. Of course sambil menangis2 😂 Ameenahnya happy je, dia tengok mata mama, apasal lah mama aku ni... 😂 

Akhirnya masa yang didebarkan itu telah tiba, kami sedang melalui waktu yang mendebarkan itu, waktu nak berpisah sementara dengan anak.. Mama nangis2 huaaa, papa bagi masa lama sangat pulakkk nak peluk cium bagai. Mama takleh lah kalau boleh nak blah cepat2 sebab takut dia pulak menangis. So cepatt jom bye bye.. Kereta pun bergerak.. Huaa bye Ameenah anak mama, mamapergi kejap je 11 hari nanti kita jumpa lagi tau… Ameenah senyum je sambil melambai-lambai… Dia sikit pun tak nangis… Alhamdulillah.. Okay bye… Kami pun menuju ke KLIA... Ali yang hantar kami... Nanti dia bawak balik kereta.. 

Sepanjang perjalanan mama nangis jugak sikit2, menghabiskan sisa sisa kesedihan tu.. Bukan sedih sebab takut diri sendiri diri rindu kat anak tau, tapi sedih macamana anak aku nanti, boleh tak dia tidur dalam buai sepanjang malam, boleh tak dia minum susu botol everytime nak susu, boleh tak dia kawan dengan Amru, ada tak orang nak peluk2 dia bagi kasih sayang sikit, camtulah.. Sedih… huhuuu...

Kita risau sedih pilu sebab anak kita baru masuk setahun, dah kena tinggal 10 hari.. Sepatutnya dia sentiasa dengan mama papanya lagi, tak boleh kena tinggal lagi sebab she is really baby... Tapi sebab panggilan Allah juga utama, mama kena qurbankan masa 10 hari dengan Ameenah.. Mama memang tak terfikir pun nak bawak sebab takut dia pulak sakit kat sana since kami pun first time and tak tahu macamana kat sana kan.. So memang peratus nak bawak Ameenah tu sangat rendahlah..

Lagipun memang target nak pergi umrah berdua ni tahun 2018, sebelum ada anak ramai dan sebelum Ameenah faham erti rindu dan pandai bercakap… Hahaa. Sebab kalau pergi masa Ameenah pandai cari mama mana mama… Lagi sedih hancus pilus hati… Kan… So memang kena pergi sekarang, 2018 Ameenah umur setahun. Hahaa.

So setelah drive hampir 3 jam, sampai KLIA singgah masjid dulu, Ilyas and Ali solat jumaat, after siap baru saya solat pulak.. And lepas tu terus Ali hantar kami ke airport dan kami pun bye bye membawa haluan masing2.. Flight pukul 5.15 petang (patutnya pukul 3.30 petang tapi sebab delay jadi 5 lebih, kitorang tahu awal sebab dia email dua hari sebelum). So kami sampai airport pukul 3, pergi tukar duit, beli air and makanan untuk berbuka sikit and terus terus pergi ke tempat yang kami kena pergi. Oh satu hal pulak masa tu Ilyas lupa nak jamak tadi. Kena masuk tempat nak berlepas tu sebelum pukul 4.45 petang. Azan pukul 4.47 😂

Haaaa deborrr hahah. Tapi mintak dengan penjaga2 gate kat situ semua Alhamdulillah okay je 😍  And kitorang jadi orang last masuk sebelum pilot tau  😂 And Alhamdulillah memang berlepas pun waktu yang ditetapkan and smooth je perjalanan apa semua. Kami naik Saudia Airlines, really recommended.. 👍 Best...

Hantar beg awal... Senang nak jalan2...


Kami ambil straight flight terus ke Madinah, tak nak ada tukar2 flight atau kena tunggu kat mana2 airport negara lain. And of course harga flight mahal sikit tau hehe. Kalau korang jenis ‘better murah tak kisah kena tunggu or tukar flight’ akan dapat tiket lebih murahlah.. Banyak lagi pilihan.. Tapi kami taknak, nak terus sampai Madinah.. 

Saudia Airlines... best..

So perjalanan kami 9 jam (Malaysia-Riyadh 8 jam) sambung (Riyadh - Madinah 1 jam). Oh ye masa ni tengah berpuasa kan, kami puasa lebih jam hari tu sebab flight kami menuju ke arah matahari. So kalau waktu Malaysia kami berbuka pada pukul 10 malam.. 😂

Amboi mengantuknya....

Tapi Alhamdulillah okay je semua sebab flight ni pun islamik.. Makan 2 kali atas flight, and boleh nak tengok movies.. Disediakan bantal selimut, tempat solat pun ada, so everything is okay sangat. I love Saudia.. Dulu masa kecik pergi umrah pun naik Saudia heheh.. Tapi zaman tu nama dia Saudi Arabia Airlines.. Sekarang dia pendekkan jadi Saudia je.. Mana tahu? Tahu sebab tengok logo dia sama.. hihii...

Dah sampai...ambil beg....


SAMPAI MADINAH!

Alhamdulillah SYUKURRR… Allah bagi peluang kami menjejakkan kaki di bumi Madinah. Special sangat Madinah ni adalah sebab jasad Nabi SAW ada di sini. Tak sabar nak sampaikan salam pada Nabi, super exciteddd!

Kami sampai Airport King Abdul Aziz Madinah waktu malam... 9 malam di sana (2 pagi di Malaysia).. Rasa teruja sangat untuk memulakan langkah.. Cewah, siap target ni sampai kita terus pergi Masjid Nabawi nak taraweh bersama imam malam tu jugak. Hahaa.

Ni Airport King Abdul Aziz, Madinah.. Cantik...


Tapi nanti dulu, settle dulu hal-hal duniawi yang perlu hehe. Sampai airport kami sangatlah teruja, airport tu memang tenang, cantik, bersih canggih dan buat kita macam kat hometown 😍

Kami sampai tu kami tak kelam kabut. Kami rilex, duduk dulu and plan nak buat apa next ni. Okay husband kata kita beli sim card dululah. So simcard yang kami beli adalah Mobily. Mobily antara yang recommended, Alhamdulillah senang nak cari kat mana2 pun ada kalau nak topup and line pun ok apa semua.. Pastu kami sebenarnya plan nak solat dulu kat sini, depan airport tu ada masjid besar, teruja nak solat kat situ. Lagi pun suami kata dia nak tunggu line ada sebab nak guna Uber, so better solat dulu.

Belakang suamiku tu adalah masjid...


Tetapi........ bila keluar je daripada airport nak ke masjid tu masyallah subhanallah hebatnyaaaa panas dia... 😭 Suhu 45 darjah masyallah. Serius rasa macam berjalan di atas bara... Panas, nak bernafas pun rasa susah tau.. huhuuu. Tapi suami cool je, dia bertenang, sis macam terkejut tau tak sangka panasnya macam tu. Mungkin satu lagi sebab sis asyik risau pasal panas je, ha Allah bagi rasa kejap. Masyallah!!

Disebabkan rasa panas yang tak tertahan tu sis ajak suami terus ke hotel, sebab sis memang tak tahan.. sungguh... So kami tak sempat tunggu Uber, terus tahan teksi and pergi menuju ke Hotel.. Teksi RM80 dapat kurang SR70.

Pastu sampai bilik sis kena tegur/tarbiah dengan suami sebab tak sabar.. hahah.. Dia cakap.. Patutnya awak kena bersabar, panas kena sabar.. jangan merungut kata panas panas.. Saya plan nak naik Uber, dah awak kata panas panas, takpelah terus gi jelah hotel naik teksi. Kita naik teksi SR70, kalau tak, boleh try naik Uber.. Nak tengok harga dia berapa.. Hahaa okaylah.. sorry sis tak buat lagi... Lesson learned!

Takpelah ada lah hikmah dia tu kita naik teksi tak naik uber.. Seronok masa mula2 naik teksi tu, tengok pemandangan Madinah... Best. Pemandu tu pun pandai cakap2 bagitahu kami ini apa itu apa. Seronok. 😍

So sampailah di hotel kami Hotel Mawaddah Annur..

Bilik kami di Madinah.. Ada 3 katil... 
Sis pakai niqab sis bawa dari Malaysia, tapi sis tak suka niqab jenis ni... Tak sesuai dengan sis...
Dalam hati ada rasa tak suka, terus Allah bagi hilang.. Hahaa.. 
Dapatlah sis beli purdah biasa, purdah Malaysian kegemaran sis.. hehee..
Masa ni first time nak pergi Masjid Nabawi.. hihi


Hotel ni okay tak? Alhamdulillah. Pengurusan hotel ONZ. Jarak hotel ONZ. Everything is ONZ dengan hotel ni tau. Love sangat. Eh kecuali satu. Socket dia jenis lama so kena pi cari socket yang boleh masuk dengan suis dia tu. YANG LAIN SEMUA ONZ.

Lagi pun hotel ni memang hotel yang okay. Means bukan hotel bajetlah. 3 hari hampir SR1000 harganya. Ada tab mandi, tuala, sabun shampoo semua ada. Peti ais memang of course lah kan. And makanan pun ada disediakan. So everything is okaylah berbanding hotel Mekah kami (nanti kami cerita).

Hotel kat Madinah ni cuma tempat persinggahan kami je sebenarnya sebab kami banyak berada di masjid berbanding di hotel. Lagipun 3 hari je kan kami kat Madinah..So takdelah berlama-lama sangat kat dalam hotel. Berbeza dengan hotel kami kat Mekah.

NAK PERGI MASJID NABAWI FIRST TIME!

So sampai je hotel mandi jap susun barang, kami decide nak pergi masjid.. dekat je masjid 400m dari hotel, so jalan kaki je.. Sampai masjid... subhanallah.. subhanallah.. subhanallah.. Tu je perkataan terlintas masa mula2 masuk kawasan masjid nabawi.. waktu tu pukul 2 pagi ++... Punya ramai umat manusia macam bukan waktu malam untuk tidur.. Sampai aku rasa tak tahu nak buat apa and nak pergi mana. Sebab memang manusia melimpah ruah keluar dataran masjid. Kebanyakan orang tengah solat. Masa tu tengah solat tahajud berjemaah.. Tempat pun tak ada, so aku teruskan je berjalan..

Pastu jalan punya jalan tetiba ternampak tempat air!! Nampak orang minum and ambil wuduk kat situ. Dalam hati terus happy gila AIR ZAMZAM! Laju2 aku gi tempat tu, minum minum minum minum. Basuh muka minum lagi lagi lagi! Hahaha! Sampai 6 cawan direct aku minum tau. Punyalah terujaaaa 😍 Siap isi air dalam botol kecilku apa semualah. Hahaa.. Sedang aku minum2 tu ternampak pintu masjid. Oh! Ini pintu masjid. Maksudnya aku belum masuk masjid. Yang punya manusia ramai tadi dataran luar masjid je, aku belum masuk lagi. Masyallah nak masuk nak masukk nevessss. Laju2 aku jalan, sambil perhatikan sekeliling. 

p/s: Rupanya air tu bukan air zamzam tau sobs... Kalau air zamzam dia ada tulis zam zam water...

Oh ya, aku dan suami berpisah bila masuk kawasan masjid nabawi ni sebab kawasan lelaki and perempuan berbeza. So kami berjanji akan jumpa di pintu pagar nombor 15 (pintu paling dekat dengan hotel kami) kalau nak balik bilik or nak jalan2 bersama. Selain daripada tu memang kami bawa haluan masing2..

Time nak masuk masjid tu, aku nampak semua orang yang nak masuk masjid tu mesti kena spotcheck dengan perempuan berkerudung hitam litup, ku fikir oh itu polis masjid. Dorang tak nampak macam polis pun sebab dia pakai serba hitam, pengenalan dia cuma tagging je.. Mata pun x nampak apatah lagi benda lain. Dia pakai tudung and purdah yang sambung terus dengan jubah and tangan apa semua. Memang menutup aurat sangat, rasa teringin nak pakai.. 

Tapi masalahnya aku tak tahu apa yang dia check. Mengikut fikiran dan telahan ku dia mesti check phone kot sebab dengar2 sekarang memang strict tak boleh bawak phone untuk yang perempuan. So laju2 aku amek phone, masuk dalam kocek baju kat bahagian dada. Yang bestnya Alhamdulillah semua jubah ibu dah buatkan kocek Doraemon heheh.. TQ ibu!

So start first day aku masuk masjid nabawi memang aku akan simpan hanset dalam kocek doraemon.. Sebab hanset penting untuk aku, aku ke mana-mana sorang kan.. kena contact Ilyas kalau nak jumpa. So memang penting.. Tak boleh kena ambil hahaa.. 

Hari last baru aku tahu oooo rupanya bukan phone yang dia check dalam beg tu, tapi MAKANAN! Hahah.. Ingat ni asrama ke tak boleh bawa phone hihiii. Dia tak benarkan bawak makanan masuk dalam masjid sebab tak nak masjid kotor.. Kalau nak makan duk kat luar, dataran tu luas and ramai pun orang.. Dont worry...

My place... Antara dua sejadah tu.. hahah... Kalau tak bawa sejadah kat sini memang susah, sebab uols senang2 je kena halau.. Macam sis ni padahal sis duduk sini dulu, tapi sebab orang datang bawa sejadah dia bentang luas2 so tempat sis jadi sekecil itu sahajalah.. hahaa.. So memang lepas lepas tu sis bawa mesti sejadah.. Tipsnya mesti bawa sejadah besar ya kalau nak masuk masjid.. #tips

So kat Madinah kami lalui hari2 kami dengan penuh pengisian.. Solat doa solat doa, puasa of course.. Sebab kami 3 hari je kat sini tu yang pulun lah buat amalan kat sana.. Seronok... Masa tak terbuang. Rasa full je hati jiwa masa semualah ♥️

My first sahur di Masjid Nabawi.. Kurma ni orang sedekah.. Tq sis..


Seronok lagi satu sebab hotel dekat.. So memang pergi balik pergi balik masjid no hal.. Sesekali sebelum sampai hotel tu singgah jap shopping hehehe.


MEMBURU RAUDHAH (9,10,11 JUN)

Haa pasal Raudhah... Untuk Ilyas memang Alhamdulillah sebab hampir semua solat fardhu dia dapat solat kat raudhah.. Hebatnya.. Untuk aku pulak, ujian sikit.. Sebab perjalanan aku untuk masuk raudhah tu tak semudah orang lain.. sobsob.. sampai aku lama fikir and bermuhasabah diri, kenapa laaah aku ni, apalah masalah kat aku ni sampai belum dapat masuk raudhah lagi ni... huhuu sedih tau 😭

Hari first memang tak dapat lah nak que sebab nak rehat dulu. Belum rehat dari malam tadi sampai tu kan, sampai subuh. So lepas subuh balik hotel tidur jap. So untuk hari pertama tiada trip ke raudhah la untuk aku sebab perempuan boleh masuk sekali atau 2 kali je masa bulan ramadhan ni. Lepas subuh sekali lepas zuhur sekali. Kadang lepas zuhur tak buka pun untuk perempuan..



Pintu kayu ni lah yang memisahkan kawasan perempuan dan laluan ke raudhah. Kalau nak pergi raudhah make sure uols tunggu di depan pintu2 kayu macam ni, kalau tak tunggu sini maknanya perjalanan uols ke raudhah jauh lagilah tu... 
Dan jangan tunggu kat kawasan tidak berkapet seperti di atas, sebab nanti nak dekat2 waktu raudhah dibuka, macam tuuu je korang kena halau dengan penjaga gate, akhirnya pergi belakaaaang sekali..
Gambar ni sis ambil dari karpet barisan pertama... Means sis duduk atas karpet hehe.. #tipsumrahsiddiqah

So the next day memang dah aim, nak masuk raudhah.. Sis datang kul 7 pagi, nak masuk kul 8 lah gitu.. tunggu punya tunggu punya tunggu… Takde pun tanda2 nak bukak. Tunggu nak masuk Raudhah ni bukan tunggu 5 minit  15 minit macam tunggu bas tau. Tunggu paling cepat dan jarang-jarang orang dapat adalah 1 jam. Kalau time Ramadhan macam ni at least 3 jam menunggu.. Pastu manusia ramai berasak-asak pula tu… So memang kena banyakkan sabar dan amal.. Jangan tunggu saja, better bawa sejadah and quran.. Jadikan ia 3 jam yang bermakna… #tipsumrahsiddiqah

Sejadah menjadikan ibadat kita kat sini lebih tenang dan selesa.. Ingat, make sure bawa sejadah yang besar.. Penat boleh tidur sekali atas sejadah kita tu, inshallah selesa dan selamat.. Tak ada siapa akan kacau atau halau... hihiii #tipsumrahsiddiqah


Dah kul 10 pagi tiba2 penjaga pintu kata tak buka sekarang, tunggu after zuhur. Ok fine.. Takpelah… Kita pun tunggu lah nak masuk lepas zuhur.. Tadi pukul 8 pagi sampai 12 tengahari menunggu, tak dapat masuk… Huhuu sambung lagi tunggu dengan penuh harapan…So after solat zuhur tunggu lagi… Manusia makin ramai berebut… Tunggu punya tunggu depan pintu nak ke Raudhah tu dia tak bukak jugak.. Sampailah pukul 2 petang... Akhirnya diorang kata tak bukak untuk perempuan hari ini.. Esok baru bukak. Perghh sedihnyaaaa rasa masa tu. Bebetul sedih... Menangis semahunya aku huhuuu. Tunggu dari pukul 8 pagi sampai pukul 2 petang depan pintu nak masuk Raudhah tu.. akhirnyapenjaga gate kata esok pagi baru buka... nangissss……..  😭

Aku pun pulang dengan hampa, sedih dan keliru. Aku rasa takut pun ada sebab rasa macam kenapalah Allah masih tak bagi aku masuk Raudhah ni... apakah dosaku.. huhuu

Balik tu memang kecewa. Hari kedua kat Madinah tu memang agak bad day. Semuanya menyedihkan.. tak tahu nak cerita macam mana.. tapi memang hari tangisan lah hari tu.. balik bilik nangis2.. minta2 maaf dengan suami hahaaa.. Dalam masa yang sama aku mengumpul kekuatan untuk tunggu nak masuk raudhah lebih awal hari esok.. Harap2 ada sinar buatku.. cewah...
Walaupun hari tu hari kesedihan, tapi malam tu suami menggembirakan hatiku yeyy. Jalan jauh jugak nak cari nasi. Tq husband.. menggembirakan hati isteri.. bawak makan, jalan2, shopping2 sikit and dapat cincin yeyh 😍 Lagipun memang belum berbuka tadi, suami gi masjid, sis solat dalam bilik je sebab bad mood and day kan hahah... Lagi satu sebenarnya kitorang tak tahu makanan hotel sediakan hahaha. Ingatkan untuk orang yang under agent je... So kalau korang pergi sendiri nanti better check dulu dengan pihak hotel makanan tu untuk korang sekali ke tidak ye… #tipsumrahsiddiqah

MY LUCKY DAY (RAUDHAH)

So hari esoknya aku datang kat kawasan menunggu nak masuk ke raudah tu lebih awal. Aku sampai masjid aku nampak pintu-pintu kayu tu dah dibuka, berdebarnyaaa nak masuk nak masukkkk. Aku sampai tu aku terus tanya pengawal, raudhah? Naam, intazir intazir (ya tunggu2 dengan suara garang). Huhuuu. Padahal aku nampak ada jemaah2 perempuan arab kat depan tu kenapa tak boleh pergi sanaaa, berdebar.... Garang tau penjaga gate ni kalau dia kata LA memang orang tak berani lawan, kecuali orang arab yang gagah2 tu.

Okay since dia tak kasi masuk so aku rilex dulu. Minum air zamzam and isi air dulu, kemudian aku jenguk lagi. Mana tahu aku terlepas apa2 kan. Si penjaga perhatikan aje.. Pastu aku nampak sorang makcik ni macam Malaysian, aku pun tegurlah, nak pergi raudhah ke? Pastu dia jawab dengan cara ganas dan bukan bahasa melayu, tak tahu apa dia cakap hahah. Tekejut aku, ingat Malaysian, sorry makcik 😂Maybe dia pun stress kena tunggu situ padahal pintu dah buka kan...

Dalam hati, aku kena ikut makcik ni nampak macam okay je lagipun muka dia memang Asian so boleh jadi kawan ni. Sedang aku perhatikan dia tiba2 meluru berlari ke hadapan melepasi pintu kayu tu! Masyallah!! Berdebar sangat!

Aku apa lagi terkejut dan ikut lariiii!!! Hahahah. Aku ikut pergi melepasi pintu kayu tu 😂 Alhamdulillah berjaya lepas, pengawal pintu tak perasan kami meloloskan diri hahah.. Sampai kat bahagian depan belah sana tu aku terberhenti. Rupanya bukan terus jumpa raudhah, ada satu lagi pintu kayu kita kena lepas. Ya Allah.. Aku ingat kalau dah lepas menunggu kat satu pintu kayu je dah boleh jumpa raudah.. Rupanya tidak.. kita kena melepasi 2-3 pintu kayu yang memang bebetul sama, sampai kita tak tahu kita kat fasa berapa.. Rupanya yang aku tunggu semalam tu kat fasa 1, ya Allah memang kesian sungguhlah orang kat fasa 1.. Sebab orang kat fasa 2 pun tak semestinya dapat masuk Raudhah, apatah lagi orang kat fasa 1.. Huaa sadiss...

Aku solat subuh kat situ and terus tunggu dengan harapan yang saaaangat tinggi. Ya Allah bagilah aku masuk raudhah hari ini ya Allah... Sedih sayu sangat masa ni, hati memang dupdapdupdap... Subuh dalam pukul 4 pagi lebih, siap solat dalam pukul 5 lebih... Aku terus menunggu depan pintu dengan penuh pengharapan... Tunggu punya tunggu.... Tiba2 dalam dalam pukul 6 gitu satu pintu kayu dibuka!


Masyallah masyallah!! Terus meluru sekalian manusia macam ombak pantai menghempas deras, berlari menuju ke raudah.. Aku pun ikut sama, berhimpit2 dengan mak mak arab, turki, nigeria yang besar-besar tu dan orang2 dari negara lain. Aku masuk group Mak2 Arab tau bukan Asian or Malaysian Indonesian so memang kena fight sendiri untuk dapat tempat. Memang sangat berasak-asak, tapi aku rasa masih okay, tak sampai sesak nafas ke kena tumbuk ke siku ke. Mungkin sebab aku kurus so senang nak menyelit.

Menuju ke arah raudah sambil aku menangis2 sayu pilu sedihhh. Aku berlari2 anak sambil zikir bismillahi tawakkaltu Ala Allah kuat kuat banyak2 kali. Berharap hanya pada Allah untuk aku jumpa Nabi ni. Ya Allah sampaikanlah aku ke raudhah...

Alhamdulillah! Tak sangka dapat masuk 😭 Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macamana. Rasa legaaaa dan terharuuuu sangat dapat masuk raudhah menziarahi Nabi saw. Macam tulah apa yang aku rasa. Nampak je karpet hijau terus aku beri salam pada Nabi SAW, Umar RA dan Abu Bakar RA. Lepas beri salam aku terus bentang sejadah dan solat hajat dua rakaat. Alhamdulillah walaupun orang berasak-asak tapi aku dapat solat dengan tenang dan sempurna, tanpa kena ada2 keburukan. Kalau masuk raudhah better doa dalam sujud ya jangan dah siap solat tadah tangan kalau tak memang kena tolak, tumbuk, tendang dan halau. #tipsumrahsiddiqah

Aku masuk raudah sekejap je, sempat beri salam pada nabi, solat 2 rakaat sujud lama sikit dan berdoa sekejap, tu je. Pastu manusia makin ramai bertolak bertampar, ada makcik depan aku tu kepala kena tendang weh masa tengah sujud. Huuuu haru...

Alhamdulillah lega!!! Allah bagi aku masuk raudhah! Nangis2 lega... Ya Allah terima kasih sangat.... Huhuu... Suasana nak masuk raudhah time Ramadhan dan bukan Ramadhan adalah sangat berbeza tau.. Aku bersyukur Allah pilih aku ziarah Nabi dan buat umrah time muda mudi ni ya Allah Alhamdulillah sangat...


Aku habis solat je aku kena tolak makin ke tepi tepi dan tepi.. Sampai hujung agak lengang sikit aku pun nak solat lagi lah kan since ada ruang. Aku nak bentang je sejadah, tengok karpet colour merah.. Hahahaa maksudnya aku sudah terkeluar daripada kawasan raudhah... Okay bye raudhah... Tak ada rezeki nak solat lagi kat raudhah... Cukuplah tu 2 rakaat kan.. Hahaa.. Tak jadi solat, angkat sejadah dan terus berjalan....

Ni aku share gambar-gambar di Madinah.. Rindu....

Sebelum keluar hotel... hihiii

Dalam lift pun jadi... Hehehe suami layan je...

Siling masjid.. Ni kawasan nak masuk raudhah...

Ni kat dataran Masjid Nabawi...

Kubah dibuka waktu pagi...

Ni ketika kubah tu ditutup...


Keadaan dataran Masjid Nabawi ketika malam.. Malam pun panas tau so kipas yang berair tu menyejukkan sikit suasana malam... Yang tiang-tiang tu adalah payung yang sedang ditutup... 

Ni lah pintu 15 tempat kami bertemu... hehee..

Sebagai penutup Part I, sis bagi hadiah dengan selfie sis ye.. kihkih... 
Sis pakai purdah macam ni, baru sis selesa...


Okay nanti kita sambung part II ya sebab umrahnya belum settle lagi and cerita pasal Makkah pun belum lagi... hihii.. Jumpa lagi.... Terima kasih sudi membaca.. Assalamualaikum...