Searching for ......

Friday, January 20, 2017

Certain Day Talking : Tangguh dulu 40 hari.

Assalam and Hai semua 😁

Alhamdulillah setelah sekian lama Aisyah fokus kat blog, lately dalam 2-3 minggu Aisyah langsung tak dapat bukak apatah lagi menulis kt blog nih. Nak tahu sebab apa?

Sebab papa baby dah balik 40 hari πŸ˜‚

Alhamdulillah syukur balik dengan selamat dan keluar dengan gembira. Bahaa.

Kenapa balik awal? Kata 4 bulan?

Ha ni lah citer dia. Sebenarnya memang rancang 4 bulan. Dah siap semua benda dah sebenarnya. Tinggal beli tiket flight jaaa. Tapiiii tetiba ditangguhkan hasrat kejap sebab kami belum dapat tarikh yng sah untuk interview SPP. So nak pergi IPB pun rasa macam was was sebab takut kena panggil interview on the spot.

So langkah selamat, habiskan dulu 40 hari and tunggulah tarikh interview tu. And Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, dalam masa kurang seminggu, keluar sudah tarikh interview SPP Mama and Papa baby. Alhamdulillah 😊

Kami interview di JB 14 Februari ni. Bilik sama sesi sama. Tapi maybe group lain sebab ada lagi 18 orang sesi sama ngan kami so macam sure jugaklah tak segroup. Okay jugak kot hahaa. Sebab Ilys powerrr πŸ˜…

Okay itu satu Allah bagi nikmat. Alhamdulillah 😊

So dah tahu tarikh interview lah kan. Lebih kurang sebulan dari tarikh sekarang. So kami bincang2 inshallah Abang Ilyas akan ke IPB jugak after interview SPP, ikut jemaah 4 bulan. So niat nak keluar 4 bulan. Tapi kalau ada panggilan posting terus balik Malaysia inshallah.

So doa-doakanlah yng baik-baik ye. Mama and baby inshallah okay je 😊

Mama lagi suka Papa gi khuruj sekarang sebab memang tengah free kan. Rugi je duduk rumah entah buat apa lah agaknya. Or busy-busy pasal dunia. Malas nak fikir dunia ni banyak sangat benda yng menyerabutkan. Betul tak? Hahaa

So sementara ada peluang dan ruang ni baiklah jauhkan diri jap dari dunia. Hehee. Nanti dah kerja dah sibuk fikirlah banyak2 ye dunia tu sampai tak laratttπŸ˜‚

Okay itu sahaja coretan isteri Ilyas Rusman untuk hari ni. Papa gi Markaz ni Mama tengh tunggu papa balik, harap2 dia taknak makan sebab Mama malas nak gi dapur malam2.

Ohye lagi satu. Ni ada masa lapang ni sebab husband gi Markaz, Kina tengok bola so memang aku duk biliklah jawabnya 😊

Tapi setuju tak kalau Aisyah cakap : Bila ada husband di sisi komain busy, banyak benda tak sempat nak buat. Setuju tak? Entah apa entah yang busynya tapi memang banyak bendalah tak boleh siap. Contoh paling simple yang tak boleh buat tu adalah : blogging πŸ˜‚

Sekian. Kesian πŸ˜…

Okay tu jerlah. Thank you for reading! ❤️

Wednesday, January 11, 2017

Certain Day Talking : Lulus QTI Test!

Assalamualaikum and Hai semua :)

Alhamdulillah setelah beberapa lama Aisyah menyepi, hari ni muncul balik hihii. Alhamdulillah Aisyah dah habis belajar 16 jam kereta tu ha, and tadi baru lepas Test QTI. Test QTI ni adalah test sebelum Test JPJ. Kalau kita tak lulus time QTI, maka tak bolehlah ambil Test JPJ huaaa sadis kan sekarang?

Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan Allah, doa suami dan ibu bapa, Aisyah lulus QTI tadi hehe. So bolehlah reward diri sendiri ni ha dengan menulis blog sambil makan coklat yang baru beli tadi, Aisyah habiskan RM30 untuk beli coklat hehee.

So perancangan seterusnya adalah :

1. Mahirkan kereta

Oh ye lupa nak kabo, Aisyah lulus QTI dengan syarat tambah latihan hehee. Maksudnya kena belajar lagi sejam. Lepas tu baru boleh Test JPJ.

2. Belajar untuk interview SPP

Ha ni agak liat sebenarnya hehe. Almaklumlah Aisyah mana pernah duduk rumah masa study kan, so suasana rumah memang tak membantu langsung untuk Aisyah study. Sebab sejak form one sampai degree study bukan di rumah. So memang tak biasa sangat sangat belajar kat rumah.

Any way tu bukan alasan. Kena study ok Aisyah?

3. Focus Shaklee

Yes of course lah kena fokus sebab iols minat hihii. Nak penuhkan lagi blog dengan info Shaklee, nak belajar lagi tentang Shaklee, and nak buat sales banyak-banyak so Aisyah bolehlah reward diri sendiri dan baby setiap bulan hihii.

Bulan ni Aisyah dapat beli beberapa barang hasil reward diri jual Shaklee, antaranya beg baby yang cantik comelll, product Tropika untuk baby, napkin sweedle all in one baby yang mahal hahaa. Dan ada lagi lah beberapa, tak tulis semua.

Okay itu jer perancangan untuk kali ini. Have a nice day sumorang :)


Thank you for reading!

Friday, January 6, 2017

Review Cerita Sein Dan Luna

Assalam..

Saja lah nak bagitahu, cerita ni memang tak bertamadun betul..

Tak berkualiti plus tak elok lah cerita macam ni, Dah kahwin pun masih tergila-gilakan pasangan masa sekolah dulu. Isteri kat rumah tak jaga, tak cinta.

Haramnya lahai..Tolonglah buat cerita real sikit.. Bertamadun sikit..

Kita ni dah terdedah dengan ajaran islam, dah terdedah dengan ilmu-ilmu, tapi cerita kita masih ditakuk yang lama.

Bagi saya secara peribadi, cerita macam ni tak patutlah dibuat, ditayang. Sebab ia merendahkan lagi martabat seorang lelaki tu ha. Lagi -lagi suami.

Kalau cerita macam ni ditayangkan, dibiasakan dengan orang Melayu Malaysia, nanti masyarakat kita rasa biasa dengan perkara tu, masyarakat kita rasa tak apa dengan perkara tu.

Nanti ramailah suami-suami yang buat perangai macam tu, isteri-isteri tiru perangai macam tu, yang kononnya BOLEH dan BETUL tu.

Oh sooo cannot! 😰 Sepatutnya bukan macam ni cerita yang dihasilkan oleh orang Melayu Islam. Tak ada ilmu, tak ada nilai. Yang ada apa? CINTA CINTA CINTA. Ya Rabbi..

Ini bukan cinta yang sebenarnya. Ini adalah cinta yang salah. Contoh paling simple. Sein tu, apa hal dok terhegeh-hegeh lagi dengan Luna padahal dia dah kahwin dah dengan Wardah. Kesian Wardsh akhirnya dimatikan macam tu aje. Padahal Wardah tu baik. Yang dimenangkan Cinta Sein dan Luna tu. Ya Rabbi, orang lain pun bercinta jugak tapi takdelah jahil sangat macam jalan cerita ni πŸ˜‚

Nak marah siapa pun tak tahu. Tapi macam tulah. Sampai ke lasssst si Sein tu kata masih cinta masih cinta. Sama jugaklah Luna. Dik, realiti plis. Huhuu. Sungguh mengecewakan akak.
Cerita melayu islam, tapi tak ada nilai islam melayunya tu, sedih.

Okay itu saja lah luahan Sein dan Luna I nih.

Sekian...




Thursday, January 5, 2017

Melindungin Masa Instruksional (MMI)

Assalamualaikum :)

Persediaan SPP.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?

MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan.

2. Adakah MMI satu dasar baharu?

MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional. MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak KPM.

3. Apakah perlu MMI di sekolah?

MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep ”Guru Mengajar dan Murid Belajar”.

4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?

Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI.

5. Apakah faedah MMI kepada murid?

Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

6. Siapakah urus setia MMI?

  • Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran
  • Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik
  • Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik
  • Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
  • Pimpinan sekolah


7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?

JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK Kurikulum.

8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di luar sekolah?

MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah.

9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah pihak pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai aktiviti tersebut?

Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan keperluan dan keutamaan peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan boleh menyertai aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid sepanjang ketiadaannya di sekolah.

10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu menyediakan pelbagai bentuk laporan?

MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI dengan berkesan.

11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?

Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.

12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?


Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru- guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.


GOOD LUCK FOR INTERVIEW!

Apa itu Program j-QAF?

Assalamualaikum semua :)

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bermula tahun 2005. 

Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.Kecuali program TASMIK dan KEM BESTARI SOLAT yang diadakan di luar jadual waktu sekolah. Namun Program Tasmik boleh dilaksanakan dalam waktu persekolahan dengan syarat tidak mengganggu P&P lain dan waktu subjek lain tidak dikurangkan. Semuanya di atas budi bicara pentadbir.

Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF :

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

* Menguasai bacaan dan tulisan jawi
* Khatam al-Quran
* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF :

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’an

Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF:

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.
Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

3. Model Tasmik

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

4. Model Bahasa Arab


Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

5. Model Bestari Solat

Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.



GOOD LUCK FOR INTERVIEW!

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini

Assalamualaikum :)

Persediaan SPP (nota)


Perdana Menteri - Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri
  1. Datuk Abdul Rahman Dahlan
  2. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (Hal Ehwal Agama)
  3. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
  4. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
  5. Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim
  6. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
  7. Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri
  8. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
  9. Dato' Sri Azalina Binti Othman Said

Timbalan Menteri
  1. Dato' Razali Bin Ibrahim
  2. Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki (Hal Ehwal Agama)
  3. Datuk Seri S K Devamany
Kementerian Kewangan
  • Menteri I: Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
  • Menteri II: Datuk Johari Bin Abd Ghani
  • Timbalan Menteri : Datuk Othman Aziz
  • Timbalan Menteri : Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
  • Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed
  • Timbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat

Kementerian Luar Negeri
  • Menteri: Dato’ Sri Anifah Bin Aman
  • Timbalan Menteri: Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican

Kementerian Pertahanan
  • Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein
  • Timbalan Menteri: Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Menteri I: Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed
  • Menteri II: Dato' Seri Ong Ka Chuan
  • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan
  • Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
  • Timbalan Menteri : Datuk Chua Tee Yong

Kementerian Pengangkutan
  • Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
  • Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi

Kementerian Kesihatan
  • Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
  • Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya

Kementerian Pendidikan
  • Menteri: Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid
  • Timbalan Menteri: Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
  • Timbalan Menteri: Senator Tuan Chong Sin Woon

Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh
  • Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Kerja Raya
  • Menteri: Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof
  • Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
  • Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
  • Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Menteri: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
  • Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  • Menteri: Dato’ Mah Siew Keong
  • Timbalan Menteri: Datuk Datu Nasrun Mansur

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek
  • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
  • Timbalan Menteri: Tuan Nogeh Anak Gumbek

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim
  • Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
  • Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Kementerian Sumber Manusia
  • Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
  • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib

Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
  • Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Kementerian Belia dan Sukan
  • Menteri: Encik Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
  • Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/L Murugan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Menteri: Tan Sri Noh Omar
  • Timbalan Menteri: Datuk Halimah Binti Mohd Sadique

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  • Menteri: Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin
  • Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Menteri: Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
  • Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Menteri: Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Bin Tun Said Keruak
  • Timbalan Menteri: Dato' Jailani Bin Johari

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
  • Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
  • Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin

Baca paling latest di SINI. 


GOOD LUCK FOR INTERVIEW!


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Assalamualaikum semua :)

Persediaan interview SPP saya.

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari segi sistem pendidikan negara.

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:

1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.




17 Inisiatif Utama: 

1. Transformasi pendidikan vokasional, termasuk kolaborasi sekolah vokasional dengan industri
2. Penjajaran kurikulum dengan standard antarabangsa
3. Peningkatan kemahiran guru dalam TIMSS dan PISA
4. Peluasan LINUS 2.0 merangkumi literasi Bahasa Inggeris
5. Peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa guru Bahasa Inggeris
6. Piagam Guru termasuk pakej kerjaya dan instrumen penilaian kompetensi
7. Pelaksanaan pelan induk CPD baru
8. Piagam Pemimpin Sekolah termasuk NPQEL, laluan kerjaya dan menambahbaik Tawaran Baru
9. Sekolah Transformasi Daerah, termasuk School Improvement Programme (SIP + SISC ) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
10. Penjenamaan semula Matrikulasi dan Tingkatan 6
11. Peningkatan enrolmen dalam program pendidikan inklusif termasuk infranstruktur supaya lebih mesra untuk berkeperluan khas
12. Penyediaan 1BestariNet dan perisian ke sekolah
13. Pengintegrasian data pendidikan untuk penghasilan satu sistem data untuk menambahbaikan dashboard
14. Pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB)
15. Penstrukturan semula organisasi (KPM)
16. Pengukuhan kurikululm Pendidikan Islam, Moral dan Sivik
17. Perombakan dan penjenamaan semula program RIMUP

8 Inisiatif Tambahan: 

18. Peningkatan enrolmen ke prasekolah berkualiti
19. Pelaksanaan HOTS dalam kurikulum, pentaksiran dan latihan
20. Transformasi IPG untuk meningkatkan kualiti latihan guru
21. Pelaksanaan sarana penglibatan ibu bapa , komuniti dan sektor swasta
22. Penyemakan semula nisbah guru-murid bagi SKM
23. Penyediaan dan pelancaran portal dan perpustakaan video eGuru
24. Pengagihan semula RM1 bilion dan pengurangan pembaziran
25. Naik taraf infranstruktur asas bagi memenuhi standard

Nota kaki : Sebagai makluman, 6 inisiatif PPPM telah dicapai dalam 100 hari pelaksanaannya. Italic adalah berkaitan guru. Banyak juga istilah baru yang belum difahami oleh Cikgu Norazimah..hehe



Good luck for interview!


Rancangan Malaysia Kesepuluh

Assalamualaikum:)

Nota untuk interview SPP.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.

Lima teras

RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah:

  1. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama
  3. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
  4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara


Intipati RMK10

  • RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.
  • Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
  • Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.
  • RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.
  • Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.
  • Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.
  • Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

10 Premis utama

  1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
  2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
  3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
  4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
  5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
  6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
  7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
  8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
  9. Menghargai khazanah alam sekitar.
  10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.


5 teras strategik

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.


Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

Baca lagi di SINI.

Good luck for interview! :)

Certain Day Talking : My Focus

Assalamualaikum and Hai semua 😊

Aisyah baru balik dari pasar Rabu kat Ayer Hitam Johor ni. And ada singgah2 juga kedai untuk cari keperluan IV SPP nanti. Alhamdulillah syoknyaa menyopping! Hahaa dah lama tak gi shopping2 ngan ibu macam tadi.

So here Aisyah nak menetapkan My Focus for January 2017 iaitu :
πŸ’š Persiapan dan lulus temuduga SPP
πŸ’š Belajar dan lulus ujian memandu kereta

Tuu jerrr tak nak target banyak sangat nanti tak tercapai! So good luck for myself. What about you?

Thank you for reading!

Tuesday, January 3, 2017

Certain Day Talking : Two Nervous For This Month!

Assalamualaikum and Hai semua 😊

Alhamdulillah Aisyah baruuu je balik dari class belajar memandu Sri Jaya. Alhamdulillah everything is ok. Baru first time bawak kat jalan raya. Okay lah tak cuak sangat sebab ada pengalaman and bawak kereta sekolah memandu kan so memang semua orang tak boleh marah I kalau I slow or lambat 😝

Tapi yang kurang bestnya hari ni adalah enjin kereta selalu mati πŸ˜‚ Allah.. Rasa tak pus hati untuk pembelajaran hari ni. Ada lah dalam 7-8 kali mati enjin. Kalau exam JPJ ni memang dah lama out πŸ˜‚

Tapi yelah kan. Dalam dunia ni tak semua benda kita nak, kita dapat. Tak semua benda kota target, kita dapat. So chill jelah. Biasalah tu.. ❤️

Rilex.. You can do it Aisyah Siddiqah. Kejap lagi okay lah tu. 😊 Doa banyak2 k..

And lepas balik class tadi, bukak phone, and dapat berita kawan2 SJKC Alhamdulillah semua dah lulus interview SPP. Alhamdulillah tahniah you all πŸ˜πŸ‘

And tetiba Aisyah rasa takut pulak.. What about me? What about my husband? What about others?

Sebenarnya difahamkan geng SK macam kami ni akan diinterview pada bulan Januari 2017 bersama geng SJKT. Dalam minggu kedua atau ketiga macam tulah. Doakan ea. Semoga ia BENAR BELAKA. Dan semoga kami SEMUA LULUS CEMERLANG AND DAPAT POSTING DI TEMPAT YANG DIPILIH OLEH MASING-MASING, Ameen.

Risau. Takut. Risau. Takut. Now dah 3hb Januari. Belum habis baca pun buku SPP tu. Husband macam mana pulak? Huhuu. Inshallah everythings gonna be OKAY!

Okay kalau takut je tak guna kan. Kena ada next step, strategy dan lain-lain.

So untuk waktu terdekat dalam bulan Januari 2017 target Aisyah ialah :

πŸ’ Buat persediaan IV SPP.
πŸ’ Belajar kereta bersungguh-sungguh.

You can do it! Mama you can do it! Untuk masa terdekat ni sila fokus dua perkara ni ajer. Ketepilan yang lain dulu.

And jangan lupa DOA. You cant do anything without ALLAH k so sangat berusaha membabi buta. Mesti doa banyak2 ya!

Good luck Mama. You can do it!

Thanks for reading!


Monday, January 2, 2017

SET KECANTIKAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua :)

Okay untuk entry kali ni Aisyah nak fokus on supplement untuk kulit also known as Set Kecantikan Shaklee!

So sebenarnya ada pelbagai supplement yang boleh awak semua amalkan untuk dapatkan kulit yang sihat. Cuma kena tahu spesifik masalah awak je, but dont worry kalau pasal tak tahu nak pilih yang mana boleh contact Aisyah sebab Aisyah memang belajar tentang supplement Shaklee and Aisyah pun ada pengalaman sendiri dan customers untuk Aisyah kongsikan.

Okay tak kulit kitorang? Hehee Okaylah kan 
Kami consumer Shaklee. Cuma tegar dengan tak tegar je.
Aisyah consume macam-macam, Sakinah tu pulak ESP jer :)

So untuk first ni Aisyah terangkan dulu SUPPLEMENT SHAKLEE MANA YANG BERKAIT RAPAT DENGAN KECANTIKAN?

  1. Vivix
  2. Collagen Powder
  3. ESP
  4. Vitamin C
  5. Vitamin E
  6. B Complex

And ada juga certain case yang memerlukan :



But still, dont worry sebab memang you tak perlu ambil semua. Boleh click pada nama supplement di atas untuk tahu details k.

So secara ringkas Aisyah terangkan fungsi and peranan satu persatu vitamin tu ya.


Peranan Vivix dalam kecantikan kulit :
  • Lebih muda dan berseri
  • Renew sel setiap hari
  • Memperbaiki DNA


Peranan Collagen Powder dalam kecantikan kulit :
  • Kulit mendapat kelembapan yang cukup
  • Kulit kelihatan lebih anjal & tegang
  • Otot dan tulang lebih kuat dan sihat
  • Sendi yang sihat
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • Mengurangkan keradangan
  • Memberi tenaga
  • Tidur yang lebih lena
  • Membantu proses detoks hati untuk membuang toksin
  • Memulih penyakit saraf (membina semula lapisan protin pada saraf)


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel


Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit


Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat


Okay here ada beberapa set yang telah Aisyah susun, mengikut bajet and masalah yang you hadapi. Kita mulakan dengan set PALING TIPTOP dari segi kesan and harga dia ya.



1. Set Kecantikan PREMIUM : 

  • VIVIX 
  • COLLAGEN POWDER


Vivix Shaklee

  • Jika mempunyai budget yang tinggi boleh la amalkan Vivix, sebab Vivix menjadikan kulit lebih muda dan berseri. Bonus untuk yang mengamalkan Vivix, anda bukan saja dapat mengekalkan awet muda dan renew sel setiap hari tetapi juga dapat mengekalKan kesihatan ditahap optimum. Ini kerana Vivix mampu mencegah daripada penyakit kronik seperti Kanser. Vivix memang suplement untuk keseluruhan, kecantikan dan kesihatan as well :)


Collagen Powder Shaklee

  • And kalau under bajet bawah sikit dari Vivix, boleh try Collagen Powder Shaklee sebab memang terbukti berkesan. Segala jenis jerawat, jeragat inshallah hilang. Kalau ada masalah sunburn ke bekas2 jerawat atau kesan parut ke inshallah pulih tau! Plus you dapat kulit licin bersih dan gebu. Oh ye, ia juga dapat menyembuhkan sakit sakit lutut dan slip disc.


2) Set Kecantikan FULL :
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • B Complex
  • ESP



3) Set Kecantikan MEDIUM :
  • ESP
  • Vitamin C
  • Vitamin E


4) Set Kecantikan BASIC :
  • ESP
  • Vitamin C


Atau

  • Vitamin C
  • Vitamin E


Okay ini antara set yang BIASA customers consume lah kan ikut bajet masing-masing. Tapi kalau you ada masalah kulit serius memang kena dapat guidelines yang betul daripada Shaklee Indipendent Distributor sebab kalau you main taram je, rugilah sebab maybe tak serasi dan lain-lain.

Contohnya you ada masalah jerawat batu kronik, maybe after Aisyah bersoal jawab dengan you Aisyah akan beri suggestion untuk you ambil add on supplement macam kat atas Aisyah cakap tadi iaitu mungkin :

  • Alfalfa Complex
  • Garlic Complex
Atau
  • GLA Complex


So antara masalah kulit yang berbeza dan memerlukan nasihat SID macam Aisyah ni ha ialah :

  • Kulit kusam
  • Jerawat batu
  • Jeraat pasir
  • Blackhead
  • Whitehead
  • Warna kulit tak sekata
  • Aging
  • Jeragat
  • Pori besar
  • Kulit berminyak
  • Parut jerawat
  • Kulit kering

Dan lain-lain

TESTIMONI SET KECANTIKAN SHAKLEE















So faham tak lebih kurang set kecantikan melalui penerangan ringkas Aisyah ni? If ada persoalan and nakkan nasihat berkaitan masalah kulit, atau nak tanya apa-apa supplement Shaklee yang lain, boleh contact Aisyah terus k. Untuk fast respond whatsapp jer senang :)



Aisyah 011-33099034


Thank you for reading!

Sunday, January 1, 2017

Tips Dan Petua Atasi Masalah Resdung

Assalamualaikum and Hai semua :)

Semua orang mesti TAHU kan apa itu resdung? Kalau kita bukan seorang pengidap resdung, kita mesti tahu jugak sebab mesti ada seorang dua di sekeliling kita yang kerap bersin and kadang-kadang effect jerawat kat muka, and kita mesti agak dia adalah pengidap resdung. Beza tau kalau tengok selesema biasa dengan pengidap resdung ni. Kesian kan tengok? Lagilah kesian pengidap resdung tu sendiri, mesti dia tak selesa, and terseksa. Huhuu  

So here Aisyah nak share beberapa tips and maklumat untuk mengatasi masalah resdung, kurangkan resdung, ubati resdung dan sebagainya. Disebabkan my husband pun ada resdung, so nanti Aisyah pun boleh try kat dia kan (kalau dia nak lah buat yang tradisional ni).


So, APA ITU RESDUNG?

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Resdung ni tak kira, kanak-kanak, dewasa atau warga emas..Jika tidak dibendung ia akan menjadi semakin teruk.

APAKAH TANDA-TANDA ANDA PENGIDAP RESDUNG?

  • Di awal, akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
  • Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
  • Bersin-bersin, pilek, dan selsema. Merupakan jangkitan saluran pernafasan atas.
  • Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
  • Sakit gigi.
  • Sakit kepala.
  • Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
  • Hidung bernafas dan tersumbat.
  • Nafas bau.
  • Mata gatal.
  • Tidur mendengkur.
  • Rambut ada kelemumur.
  • Timbul jerawat.
  • Bertindakbalas pada makanan terperap dan suhu sejuk.

ANTARA PETUA UNTUK CEGAH RESDUNG:

·         Hindari daripada memelihara haiwan berbulu.
·         Elakkan guna sarung bantal, cadar dan selimut berasaskan bulu binatang.
·         Kerap bersihkan permaidani.
·         Pakai penutup hidung semasa berkemas rumah.
·         Minum air dalam kuantiti banyak sama ada air suam atau mineral.
·         Lap muka dengan tuala basah dan air suam dengan kerap.
·         Kurangkan atau hindarkan dari makanan laut seperti udang, kerang dan sotong.

APAKAH PETUA UNTUK KURANGKAN DAN HILANGKAN RESDUNG?

Petua 1



Bahan :
4 batang Kayu manis
Secebis kain putih/kain bersih

Caranya :
Tumbuk atau kisar kayu manis sehingga menjadi serbuk
Biarkan serbuk kayu manis sehingga kering
Letakkan serbuk tadi ke tengah-tengah kain dan ikat seperti sup bunjut
Gosokkan bunjut kayu manis ke tapak tangan dan hidu berkali-kali.

PETUA 2



Bahan :
Limau nipis 8 biji
Daun pandan 10 helai

Caranya :
Perah limau nipis.
Daun pandan 10 helai, hiris halus macam bunga rampai
Gaulkan sampai sebati
Chemical akan terbentuk dan sapu di muka (kalau sesuai)
Dalam masa 5 minit ulat resdung akan keluar melalui kulit muka
Tarik keluar ulat resdung tersebut

* Buat 3 kali seminggu.
* Sesuai dilakukan antara jam 10am-3 ptg. Di katakan bahawa virus aktif ketika waktu tersebut.
* Tekapkan kain hitam pada muka kerana ulat akan melekat pada kain hitam dan mudah untuk dilihat.

PETUA 3



Bahan :
Dua biji buah pinang yang sudah masak, ambil bahagian kulitnya saja
Serbuk kunyit

Caranya :
Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.
Campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.
Bakar campuran tadi dan sedut asapnya.

*Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung anda. Mudah-mudahan rasa pedih itulah yang menjadi penawar resdung anda.

PETUA 4



Ambil supplement untuk halang/cegah resdung daripada merebak dan mematikan semua bakteria dan kuman penyebab resdung dengan meningkatkan imuniti tubuh badan.

SET RESDUNG SHAKLEE


Berfungsi mengurangkan paras radang penyakit resdung (sinuisitis).
Diperkaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap radang daripada alahan, gegata dan resdung.


Peranannya adalah antioksida yang hebat dalam mengoptimumkan antibodi & imuniti dalam menyerap serangan resdung.
Mempercepat proses penyembukan.
Vitamin C memastikan proses pemuliharan dan proses metabolisme dalam tubuh berperanan dengan sempurna dan unggul.


Ramuan B6 dalam B Complex berfungsi penting untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu menghasilkan antibody tubuh.
Berfungsi seperti anti stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menstabil hormon penghidap dan lebih tenang secara natural bagi mengurangkan sakit di bahagian muka.
Berfungsi membantu pembinaan protein dalam badan.

Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan terutamanya jika anda bekerja dalam persekitaran yang  berhabuk, jerebu dan tidak sihat. Sangat digalakkan bagi mereka yang telah mengalami jangkitan kuman dan mempunyai simptom resdung yang agak kronik.

Semoga pembaca blog Aisyah yang mengidap resdung akan jumpa jodoh penawar yang sesuai dengan kalian. Lain orang lain jodohnya betul tak? So tak salah kita cuba dan try, Allah memang suruh kita berusaha. Jangan putus asa ok?

Jadi sebarang pertanyaan lanjut mengenai masalah resdung atau product Shaklee boleh hubungi Aisyah terus di whatsapp 011-33099034 ya! 


Till then.


Thank you for reading!

A Good Day To Remember : FIRST STEP TO THE NEXT DREAM

Assalam and Hai 😊

Semalam Aisyah ada buat something yang sebenarnya menjadi impian Aisyah sejak lamaaa dulu. But yang semalam tu Im not doing it for me. Its okay I still feel VERY HAPPY sebab rasa macam buat untuk diri sendiri jer hihii, coz I did it from A to Z! 😁😁😁😁😁

Alhamdulillah walaupun buat untuk husband tapi Aisyah rasa happy sangat, seronok sangat, rasa macam untuk diri sendiri. Tak apalah I pindahkan semangat I pada my husband (sebab dia pun bersemangat! 😊) So makiiin lah seronok monok.

My fav port sementara waktu senggang
(I mean belum kerja, anak belum lahir, dah habis degree)
hehe

So semalam adalah hari yang indah untuk Aisyah kenang. I did it all by myself. IM DOING IT IM DOING IT!. First step impian Aisyah dah buat. Walaupun buat untuk husband, but yeah still my husband is me, me is my husband. Tak ada bezanya hehee. Still rasa puas hati and seronokkk ❤️

Walaupun belum apa-apa pun lagi pun sebenarnya, tapi buat 'the first step' tu jer pun dah seronok sangat hehe. Rasa macam dah buat ALL and DAH COMPLETE. Doakan yang baik baik ea. Doakan suami kita ❤️

But kalau Allah belum izinkan jugak untuk pergi ke the next step, Its okay. Its okay, kan hasband? 😊


Thank you for reading!