Searching for ......

Saturday, December 10, 2016

TIPS SETELAH MENGETAHUI ANDA POSITIF HAMIL / PREGNANT / MENGANDUNG

Assalamualaikum and Hai :)

Alhamdulillah, tahniah, itu semua rezeki daripada Allah. Semua wanita boleh mengandung ya selagi dalam dirinya ada rahim. Jadi, bagi yang masih belum dikurniakan rezeki anak, banyak-banyakkan berdoa dan berusaha lagi ya, jangan putus asa. Masih ada peluang!

Bagi yang telah disahkan positif hamil, anda mesti tak tahu nak buat apa kan? Yelah first time.. Same goes with me masa awal-awal dulu, so saya google juga and cari juga apa yang perlu saya lakukan setelah saya tahu saya hamil. And saya akan senaraikan beberapa perkara saya telah buat di awal kehamilan saya.

Baby comel, semoga terkenan kat baby saya hihi


APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SETELAH POSITIF PREGNANT?

1. BERSYUKUR

Ya, ini benda pertama kita kena buat. Ucap Alhamdulillah and kalau mampu buat sujud syukur dan solat dua rakaat. Nyatakan kegembiraan dan keterujaan dengan zikir dan mengingati Allah dulu, baru berkat sepanjang perjalanan kehamilan kita ye dak. Mungkin juga anak dalam tummy kita akan ikut nanti. Kan sejuk hati :)

And ada juga yang kehamilan pertama ni berlaku secara tidak dirancang, anda mungkin akan kecewa bila pregnant. Tapi kita kena ingat Allah adalah sebaik-baik perancang. So better you bersyukur dulu jangan merungut or mengeluh. Takut Allah beri bala pula nauzubillah. First step bersyukur dulu, okay!

2. CARI AMAL SOLEH YANG BOLEH DAN ELOK DILAKUKAN OLEH PREGGY MUMMY

Okay lepas tu kita kena cari ilmu dan amalan yang boleh kita amalkan sepanjang mengandung. Kita kena utamakan Allah dulu sebab tu kita buat yang ini dulu sebelum yang lain-lain. Senaraikan semua benda yang elok dan mampu diamalkan, kalau boleh buat jadual.

Kalau saya, saya buat jadual. Contoh pagi kena buat apa, baca apa. Petang, malam, sebelum tidur, semua saya susun supaya lebih terancang dan kita boleh istiqamah. Kalau kita tak buat jadual mungkin kita akan kelam kabut and tak tahu nak start dengan yang mana last last semua tak buat. Agak rugi di situ ya.


Cantik sangat baby girl nih sukaaa tengok :)

Contohnya AMAL SOLEH YANG BAIK DILAKUKAN OLEH IBU MENGANDUNG adalah :

Kerap membaca Al-Quran

Amalkan surah Luqman, Maryam dan Yusuf

Jauhi daripada sifat dendam dan dengki

Rajin menguntumkan senyuman

Banyakkan berdoa kepada Allah swt

Rajin berpuasa sunat

Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt

Rajin solat wajib di awal waktu dan perbanyakkan solat sunat seperti solat dhuha dan tahajjud

Kerap membasahi lidah dengan berzikir

Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ia umpama taman taman syurga

Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri


Medina anak Irine Nadia


3. JAGA PEMAKANAN

Okay dah settle hal akhirat baru masuk dunia hehee boleh kan. Ini pun kena cari maklumat tau. Makanan apa yang boleh dan elok dimakan, makanan apa yang tak boleh dimakan. Macam mana nak makan makanan yang sihat sepanjang hamil dan macam-macam lagi. Contohnya, ibu mengandung kena banyak buah-buahan dan sayuran. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat seperti roti ke, pasta ke, mee ke, nasi ke. Lagi elok ambil yang jenis bijiran penuh supaya anda mendapat serat yang mencukupi. Jangan lupa jugak protein seperti ikan, daging, telur tu.

Cari and boleh juga buat jadual. Tapi jangan terlalu samikna wa atokna sangat. Jadual yang saya buat macam ni  contohnya :

Setiap hari mesti SEKURANG-KURANGNYA minum susu kambing segelas, buah sebiji, kurma seketul, nasi sekali, dan seterusnya dot dot dot.   

4. AMBIL TAHU MENGENAI TANDA-TANDA BAHAYA SEMASA HAMIL

Seterusnya awak kena tahu mana satu perubahan yang bahaya dan tak bahaya sepanjang kehamilan awak ni. Contohnya ada darah ke, atau keputihan melampau ke atau mabuk teruk ke.. Kena tahu macamana yang bahaya macamana yang ok je. First google dulu, lepas tu nak kepastian pergi jumpa doktor ya.

Contohnya, saya ada masalah keputihan semasa mengandung. Sebelum mengandung saya memang tiada masalah ini. So google punya google saya dapat tahu yang keputihan ni bahaya untuk baby. 

Lepas tu saya ada dengar dengar kawan ibu saya baru kehilangan anaknya yang berusia 9 bulan dalam perut disebabkan keputihan melampau semasa hamil! Uwaaaa takutnyaa, so disebabkan saya ambil tahu, so saya kerap berjumpa doctor dan mengadu hal masalah ni so doktor akan bagi ubat yang sesuailah dengan kita berperingkat-peringkat.

Alhamdulillah setakat ini, masalah keputihan saya telah sembuh sejak 2 minggu lepas. Alhamdulillah.


Cyrus and Hannah anak kak Amira



5. JAUHI PERKARA YANG MENYEBABKAN ANDA LOYA, MABUK, BEREMOSI DAN LAIN-LAIN

Okay sebenarnya saya alhamdulillah TIADA masalah ini semua. Saya tak loya tak mabuk tak beremosi dan lain-lain perubahan biasa ibu mengandung tak berlaku pada saya. Alhamdulillah. Tapi ada satuuu je hal yang saya tak boleh masa pregnant ni. Pasal makanan. Saya tak tahu macamana nak explain, tapi memang saya agak cerewet memilih makanan. Ada yang saya taknak makan, taknak bau taknak rasa. Ada pulak yang saya nak makan tuuu aje.

Tapi bendanya senang aje. Saya suka makan ikan singgang dengan sambal belacan atau sambal toktok jawa. Yang goreng-goreng sedap sangat saya tak boleh. Yang ada sedikit rasa MSG lagilah takboleh bauuuu pun. Ha macam tulah lebih kurang.

Walau bagaimana pun, saya tahu bahawa loya mabuk muntah dan lain-lain ni bahaya untuk ibu mengandung, walaupun ia sebenarnya biasa berlaku dalam kalangan ibu mengandung. Sebab ia akan effect pada baby kita. Baby mungkin akan kekurangan zat dan macam-macam lagilah.

Banyak and pelbagai sebenarnya perkara sebenarnya yang menyebabkan loya mual muntah kepada ibu mengandung ni. And semua orang berbeza-beza. Contohnya ada yang nak makan ayam aje, ada pulak yang perkataan ayam pun tak boleh dengar dan macam-macam lagi lah.

Tipsnya jauhi benda-benda yang awak tak boleh go tu sebab mungkin anda akan mabuk loya mual muntah and tak berselera makan, lastnya kesian kat baby.. Ibu tak makan, baby tak dapat zat.

6. BUAT BUKU REKOD KEHAMILAN / BUKU PINK

Sepatutnya bila dah tahu pregnant, cepat-cepat terus buat buku pink ni, supaya ibu dan bayi dapat diperiksa lebih awal. Itu nasihat nurse lah. Tapi saya datang buat buku masa dah 9 minggu hehee. Tahu mengandung minggu kelima. Maksudnya saya pun tak terus pergi ke klinik bila tahu pregnant. Take your time asalkan jangan lebih 12 minggu tak silap. Kalau tak nurse marah nanti.


Baby comel lagi semoga terkenan hehee


7. AMBIL SUPPLEMENT

Okay ini pun uguys kena buat pilihan. Supplement apa yang nak diambil, bajet berapa, dan lain-lain. Lepas jumpa doktor or nurse, ibu mengandung biasanya akan dibekalkan dengan vitamin untuk memastikan perkembangan optimum janin dalam kandungan serta mencegah anemia kurang ferum seperti tablet ferus fumarat, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. 

So awak kena ambil supplement ni sebab kemungkinan besar badan kita tak dapat menyerap semua vitamins daripada makanan harian kita. And mungkin juga kita makan makanan tak cukup zat dan lain-lain. So ia juga akan memberi effect kepada baby.

Kalau saya saya ambil vitamins shaklee sebab memang saya nak amalkan shaklee semasa mengandung, and saya memang pengamal Shaklee sejak anak dara lagi so why not saya teruskan, kan kalau memang terbukti baik dan berkesan pada badan saya. Antara yang saya amalkan adalah :

B COMPLEX

VITA LEA

VITAMIN C

ESP

OSTEMATRIX

OMEGA GUARD (masuk second trimister)



Hai baby Shaklee, anak kak Lyana Hisham

So bila saya ambil supplement dari Shaklee, saya dah tak ambil vitamins yang doctor bagi. Sebab fungsi dia sama aje, Cuma bahan dia aje berbeza sama ada sintetik atau tidak. Of course saya pilih terbaik untuk anak saya kan hehee. And Alhamdulillah tau, setakat 5 bulan dan saya pregnant ni saya memang tak ada masalah sangat. Allah beri Alhamdulillah. HB okay, kencing okay, berat okay, 

Alhamdulillah. Nanti kalau rajin saya buat entry pasal buku pink saya. Alhamdulillah doktor dan nurse selalu puji jugalah hehee. Sebenarnya senang and mudah bila kita tak ada masalah sangat bila mengandung ni sebab kita tak perlu kerap jumpa doktor atau nurse, tak perlu minum air gula dan macam-macam lagilah. Ya Allah.. Semoga bersalin normal pun mudah nanti, ameen.

Me and my husband. 
Mama and Baba baby :)


So ini antara perkara awal yang saya buat bila saya tahu saya mengandung. Semoga boleh dijadikan rujukan untuk tahu yang baru dapat tahu YOU ARE PREGNANT! Tahniah ya and selamat menempuh alam baru :)


Terima kasih sudi baca and have a nice day! 


No comments:

Post a Comment