Assalamualaikum :)
Hari ni Aisyah nak share mengenai penjagaan bibir yang cantik menggunakan bahan-bahan tradisional jer. For your info, Aisyah memang jenis suka guna bahan yang sedia ada jer macam petua petua ke apa untuk tips kecantikan.
So apa yang Aisyah buat and baca, Aisyah nak share jugalah pada uguys kot2 guys pun memerlukan kan? Ok for now kita cerita mengenai bibir 👄
Kebanyakan petua ni Aisyah amalkan sebelum kahwin hari tu. 😊
Bibir ni adalah sebahagian dari tubuh manusia dan
juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ia juga adalah
sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan.
Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan
tidak bermaya. Betul tak?
Jadi apakah ada petua memerahkan bibir? Adakah cara
memerahkan bibir tanpa apa-apa produk?
Yes of course ada 😁 Baca tips di bawah ini and cuba apply inshallah kalau istiqamah memang ada hasilnya. 😁👍
1. GUNAKAN MADU
Tips memerahkan bibir yang pertama ialah
dengan menggunakan madu. Madu merupakan anugerah Allah yang sangat hebat! Nilai khasiatnya sangat tinggi untuk manusia daripada dalaman badan hingga luaran. Untuk
memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ianya
meresap kepada bibir selama 15 hingga 20 minit.
Setelah itu, basuhlah dengan air biasa atau
suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. Insya-Allah, dalam
beberapa minggu, bibir anda akan kelihatan cerah dan kemerahan.
A'isyah biasanya buat macam ni : Apply madu sebelum tidur and basuh esok paginya. Lagi senang kan? Hihii
A'isyah biasanya buat macam ni : Apply madu sebelum tidur and basuh esok paginya. Lagi senang kan? Hihii
2. GUNAKAN LIMAU NIPIS
Tips memerahkan bibir yang seterusnya ialah
menggunakan limau nipis. Limau nipis juga dapat mengurangkan hitam di bibir
anda, kerana ianya kaya dengan Vitamin C.
Caranya ialah perahkan air jus limau sebanyak
2-3 sudu kecil, dan bancuhkan bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan
selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan
sebanyak 1-3 kali sehari.
Untuk tips yang ni awak semua kena berhati2 sebab bibir yang selalu pecah-pecah akan rasa pedih dan sakit bila kita apply limau nipis. So hati-hati ok 😊
3. SAPU MINYAK ZAITUN
Selain itu, tips memerahkan bibir yang lain
ialah dengan menyapu minyak zaitun. Minyak zaitun juga membantu dalam
memerahkan bibir.
Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula,
kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit. Selepas itu,
urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas
sehingga bersih.
Tips ni pun best dan berkesan. Cuba buat seminggu! Memang nampak kesannya. I 💝 It!
4. SAPU AIR MAWAR SEBELUM TIDUR
Letakkan kelopak mawar ke dalam air dan
kemudian sapukan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan sebelum tidur dan jadikan
ia rutin harian. Tips memerahkan bibir ini sesuai dilakukan sebelum tidur
malam. Kalau uguys rajin tidur siang tu tak perlulah apply jugak masa tu 😝
5. SAPU MINYAK KACANG BADAM SEBELUM TIDUR
Kacang badam atau hazelnut mempunyai kandungan
Vitamin E yang tinggi. Ianya dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Sapukan
minyak badam sebelum tidur. Ianya juga dapat meningkatkan kelembapan bibir.
6. LETAK MENTEGA
Sapukan mentega pada bibir setiap kali hendak
masuk tidur. Ni pun Aisyah suka. Trylah 😁👍
7. SAPUKAN KUNYIT
Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara
semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu. Kemudian sapukan pada
bibir selama lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.
8. GUNAKAN AVOCADO
Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus
menjadi serbuk, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi
adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas
menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.
9. GUNAKAN DAUN KETUMBAR
Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan
dengan air hingga sebati. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit.
Kemudian bilaskan dengan air suam.
10. HIRIS TIMUN DAN LETAK PADA BIBIR
Timun juga dapat memerahkan bibir secara
semula jadi kerana khasiatnya yang tinggi. Caranya ialah dengan menghiris timun
nipis-nipis dan letakkan ke atas bibir anda. Biarkan selama beberapa minit
kemudian bilaslah dengan air.
Okay banyak kan tips? Boleh try satu satu. Ada antara tips yang bukan untuk merahkan bibir ajer malah dapat melembutkan bibir and baiki bibir yang pecah. Contohnya macam guna madu, mentega, minyak zaitun tu. Cuba buat selalu, inshallah ada kesannya. 😊
Lagi satu disamping petua petua tu semua kita juga perlu minum air 2-3 liter per day. Kadang2 sebab kurang minum air pun bibir kita boleh jadi gelap dan nampak tak bermaya.
Lagi satu disamping petua petua tu semua kita juga perlu minum air 2-3 liter per day. Kadang2 sebab kurang minum air pun bibir kita boleh jadi gelap dan nampak tak bermaya.
Okay itu saja sharing daripada Aisyah for this entry. Jumpa di next entry!
Selamat mencuba and Thank you for reading! 😊
.
Selamat mencuba and Thank you for reading! 😊
.
No comments:
Post a Comment