Assalam and Hai :)
Hari
tu ibu ada beli ikan siakap. Ibu uruh masak siakap 3 rasa. Tapi tekak rasa taka
mauuu sangat makan ikan siakap 3 rasa tak tahulah kenapa. Baby mama yang tak
mau ke mama yang tak mau nih? Hahaa
So
Aisyah pun rasa macam nak masak ikan siakap masak steam. Emm rasa nak
memperkenalkan pada ibu and Kina my delicious ikan siakap steam. And you all
jugak hihi. Sorrylah Aisyah memang suka sangat masakan diri sendiri. Hahaa
lagilah masa preggy ni. So here my recipe :)
Senang
sangat nak buatnya. Simple, mudah dan sihat.
Bahan-bahan
:
· Ikan siakap seekor
· Halia sebesar ibu jari
· Cili kampung sebanyak
yang awak mahu
· Bawang besar 2 biji
· Bawang putih 4 ulas
· Daun limau purut 2-3
helai
· Limau kasturi sebiji
· Air asam jawa sikit
Cara-caranya
:
1.
Basuh ikan bersih-bersih. Better jangan dipotong nanti kurang cantik. Lumur
garam sikit.
2.
Halia, bawang-bawang and cili di potong kecil-kecil.
3.
Sediakan empat men-steam (bawah ada air, atas tempat tenggek ikan). Didihkan
air.
4.
Susun ikan cantik-cantik dalam bekas yang boleh digunakan untuk steam. Taburkan
segala bahan yang dah dipotong tu. Atas bawah dalam ikan semua kena letak
ye.
5.
Lepas tu Aisyah letak air sikit sebab I suka kuah. Up to you kalau taknak pun
tak apa. Garam secukup rasa, air asam jawa.
6. Lepas air dah mendidih, tenggeklah ikan atas tu. Tutup and biar dia masak. Not
sure berapa lama tapi yang ni Aisyah buat 20 minit macam tu. Tengok mata ikan tu macam dah tersembul and putih macam tu dah masak lah tu.
7.
Pastikan ikan dah masak, rasa dulu, kalau rasa kurang sedap bolehlah tambah
perasa hilal ke apa, kemudian angkat, picitkan limau kasturi tu sikit dan boleh
dimakan.
Senang je
kan? Senang sangat.. and makan panas-panas dengan nasi panas memang tiptop. Aisyah
memang tak makan ikan jenis macam ni yang sejuk, lagi lah masa preggy ni dia tak mau
lalu langsung. So better habiskan jer ikan sekali makan hehee.
Nak
bagi tips sikit : Cara Aisyah hilangkan bau hanyir ikan adalah dengan merendam
dan menyalut ikan dengan tepung gandum seleum / selepas disiang. Senang je :)
Selamat
mencuba tau!
Thank
you for reading!
No comments:
Post a Comment