Assalamualaikum and hai semua 😊
Hari ni pun macam hari-hari sebelumnya, agak busy dari pagi sampai ke petang lepas tu dah malam flatttt! 😂
Ok pagi ni macam semalam2 jugak bangun awal sikit sahur and buat apa yang patut sebelum azan subuh. Lepas azan solat, tetiba teringat data porta wifiku tak habis lagi! 😂😂😂
OHEMGIII terus Aisyah bukak laptop bukak phone check balance.
🔪 Data untuk malam ada 10GB lebih lagi
🔪 Data untuk siang ada 5GB lebih lagi
Ohnoooo membazirrrlah sebab today is last day untuk guna semua data tu. Biasa suami yang akan memanfaatkannya. Sebab dia memang akan check and update semasa ke semasa setiap hari kan. Aisyah main guna je selama ni hehee.
Oh no macam mana niii. Apa yang terpikir sekarang ni just VIDEO! DOWNLOAD VIDEO! So memang ku bukak segala tabs and google entah apa- apa cerita seperti Suri Hati Mr Pilot and The Legend Of Thr Blue Sea. Sekali dah download banyak jugak episod tetiba Ali datang tya : Eh kak Ika download citer apa tu? Ali ada lah citer tuuu.
😂😂😂😂
Okay lah takpelah aku maafkan diri aku. 😂
Untuk hari ni sebenarnya family Aisyah ada perancangan nak pergi kenduri. Tapi saya awal awal cakap maaf tak dapat pergi sebab nak settlekan misi habiskan puasa I yang tak habis-habis ni 😂
So bila I duk kat rumah banyak jugak benda boleh settle sebenarnya. Antaranya apply something (untuk husband). And I nak basuh baju sebenarnya. Tapi dapat buat yang apply something tu jerrr. Itu pun dari pagi sampai petang hokey 😂
Berpinar mataku. Alhamdulillah settle. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada, tak apa. Banyak lagi peluang lain 😊
Eh lupa nak kabo. Hari ni dapat result sem last PISMP. I mean result last my DEGREE. Alhamdulillah memuaskan hati. Sebab naik sikitlah my CGPA Total tu kan. Cantiklah pointer terkumpul sekarang ni walaupun naik just 0.01 jer Tapi Alhamdulillah syukur 😁
Husband punya pointer and CGPA pun cantik jugak ❤️ Alhamdulillah Allah bagi nikmat 😊😊😊
Tahniah suami and tahniah myself. WE DID DIT. Habis belajar sama-sama hehee ❤️
Kahwin awal macam kami tak semestinya tak boleh bawak masa belajar. Kena positif and pandai atur lah kehidupan. Inshallah everything is okay. Yang dah kahwin and tetiba preggy pun tak salah jugak. Just tangguh jer. Positif jugak. Everything is okay so dont worry 😊
Ni petikan dari status Aisyah sendiri kat Wechat. Saja share kat sini sebab masa tulis ni masa tengah semangat and happy. Hehee. Here :
Alhamdulillah TAMAT PENGAJIAN dengan PUAS HATI hehe ❤️
Tahniah suami. Btw saja nak bagitahu, kep Ilyas memang naik mendadak lepas kahwin ngan I and maintain jugaklah sampai last sem. Sampai purata keseluruhan dia pun cantik okay sekarang. Better lah dari dulu sebelum kahwin. So tak rugilah dia kahwin ngan I 😝😝😝
Btw saja nak bgthu jugak. Suami I bukan kurang pandai drpd I tau hahaa. Tapi biasalah lelaki kan. Pasal kerja2 macam keperempuanan like buat assignment pagi petang siang malam mengadap, study untuk exam dari pgi berteleku, memang TAK LAH KAN. So don't expect so much macam tu pasal your man. Sebab lelaki is lelaki. Perempuan is perempuan. Lelaki sbnrnya LEBIH BOLEH drpd perempuan. Cuma part exam, assignment ni mmg perempuan menanglah sebab perempuan rajin.
Btw lagi. Memang lepas kahwin ni Ilyas takde amek2 assignment or tengok2 assignment I jadikan rujukan ke apa okay. Kalau tgok assignment kitorang mmg totally diff. Sebab cara fikir kami berbeza. So jgn fikir kami sekelas sekuliah, kami buat sama2 saling tolong- menolong sgt ea. Tak jugak. I have my own style how to develop something PRECIOUS in my MAN. Bukan main paksa2 ke tiru2 tau.
Btw im a happy student and i am a happy wife. ❤️
Baca banyak lagi tips kat my blog about communication with MAN ok. Tp belum tulis lagi kihkihkih. 😝😝😝
(Aisyah Assiddiqah, 2016)
Sebenarnya malam ni Aisyah agak slow. Letih sikit kot. Nape entah. Baby pulak yang active. Sian baby mama asyik busy jer ye. Biasa kalau baby tendang2 Mama asyik busy so mama buat ta layan.
Sesetengah parents kan akan main ngan anak dia and bual-bual ke apa kan. Tapi mama kurang sikit. Mama asyik busy buat kerja aje. So mama buat dono jer ngee. Sorry baby. Okay malam ni mama tidur awal ea so kita boleh bermanja-manja. ❤️
Jom tidur baby. Mama letih lah. Love u baby love u papa ❤️
Thank you for reading!
No comments:
Post a Comment