Searching for ......

Friday, December 9, 2016

Tips Persediaan Mengambil Lesen Kereta


Assalam and hai :)

Saja buat entry pasal life sikit. Sebab memang sedang mengambil lesen kereta hihii. And this is a hard work for me sebenarnya. Sebab sebelum ni pernah ambil lesen juga dalam umur 18 tahun macam tu. Tapi dua kali gagal time kat bukit so i am so down and dah tak confident.
But now I dah nak jadi ibu so I HAVE TO! Haha

Yeah at least pandai bawak okaylah kan. Hantar anak sekolah ke, pergi kedai runcit sendiri ke. Ia mungkin sedikit membantu my husband lah.

Now, dah 23 tahun baru nak ambil lagi sekali. Yang first tu dah burn ya so I start from zero.

So here saya nak share apa yang perlu anda sediakan if uguys nak ambil lesen kereta.

1. Duit

Of courselah kan kena ada duit. If uguys kena sediakan duit sendiri and tak guna duit parents or husband, sila sediakan dalam RM1500 lah sekarang. Masa saya ambil, bulan November 2016, harga yang perlu saya bayar total dia RM1323 termasuk bayaran kalau tak lulus. Means kalau first ujian I gagal I tak perlu bayar lagi untuk the next ujian.

2. Mental

Yeah something BIG for me. So memang saya kena sediakan mental. Kena berani, kuat, and percaya I CAN DO IT! Kena kuat semangat tau.. Biasalah kat mana-mana ada ujian kan.. Kadang dapat ujian cikgu garag, JPJ garang atau apa2 lah, tapi takpe kita cuba kuatkan semangat ok?

Tu aje lah.

Saja tunjuk kereta yang bakal saya guna after dapat lesen nanti haha


So, kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:

i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).

ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh mengikuti kelas seterusnya.

iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.

iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.

v) Ujian praktikal J.P.J.

1) MENGHADIRI KURSUS K.P.P. 5 JAM.

Pilih hari yang sesuai untuk anda menghadiri kursus K.P.P. ini. Biasanya
kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Pastikan
anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, seluar panjang
dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu. Sijil K.P.P. ini sah
laku selama 1 tahun.

2) UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER

Selepas 3 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda dibolehkan untuk
menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan
dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu
mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki
kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50
untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian undang-undang, anda
diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1 tahun.


3) MENGHADIRI KURSUS PRA L – TEORI 3 JAM DAN AMALI 3 JAM

Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan sijil JPJL2B. Dengan ini akan dapat Lesen L kira-kira seminggu selepas tarikh anda menghadiri kursus ini.

4) BELAJAR MEMANDU KERETA ATAU MOTORSIKAL

Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal memandu. Untuk L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan. L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas atau 8
 – 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk motorsikal, anda akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.

5) UJIAN PRA ATAU Q.T.I.

Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji- penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda. Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian
praktikal JPJ.

6) UJIAN PRAKTIKAL J.P.J.

Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar olehpihak JPJ. Terdapat 2 bahagian iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi belajar memandu.

7) LESEN P

Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah kepada sekolah memandu anda :

i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)

So good luck ya kepada SEMUA yang nak start belajar kereta!




No comments:

Post a Comment