For now Aisyah nak share CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DIMUKA! Sebab we alls know girls memang TAK SUKA bila jerawat muncul lagi-lagi kat kawasan muka yang terbuka ni ha.
Rasa takde konfiden terusssss T.T
But its ok. Kita boleh try kecutkan jerawat dengan menggunakan PETUA if semua cara kita guna dah tak jalan.
Do read okay.
1) Bersihkan muka seperti biasa untuk menanggalkan kotoran
dan sisa makeup. Selepas itu cuci muka dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering
sendiri di muka. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan petua ini tiga kali
seminggu untuk hasil yang berkesan.
Kelapa mempunyai banyaaaak khasiatnya termasuk untuk kulit kita.
2) Setelah membasuh muka, tutup muka dengan kain atau tuala
yang agak lembab. Rapatkan muka ke wap nasi atau wap air panas selama beberapa
minit. Kemudian gunakan penyegar muka.
3) Ambil sedikit kanji nasi dan sejukkan. Sapukan kanji nasi
pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Selepas itu basuh muka dengan air
suam. Seeloknya diamalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Daun teh
4) Jika berdepan dengan masalah jerawat sukar hilang,
gunakan daun teh. Caranya rebus beberapa helai daun teh berwarna hijau. Ketika
daun masih suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
5) Korang juga boleh tumbuk sedikit bunga melur bersama air
hingga menjadi lumat. Selepas itu sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah
kering basuh muka dengan air kelapa muda.
5) Amalkan basuh muka dengan air basuhan beras. Kemudian
biarkan ia kering sendiri di muka. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih.
Amalkan secara kerap.
Beras
6) Rendam segenggam beras hingga kembang. Kemudian toskan
airnya. Ambil segenggam biji betik muda dan tumbuk bersama beras sehingga
lumat. Campurkan dengan sedikit air. Bentukkan menjadi bebola yang kecil-kecil
dan jemur sehingga kering. Setelah kering, boleh disimpan dalam bekas kedap
udara. Cara memakainya, bancuh dengan air dan sapukan di seluruh bahagian
wajah.
So till then. Semoga rajin and dapat hasil yang memuaskan.
FOR THE PLEASURE OF ALLAH.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment