Searching for ......

Tuesday, August 23, 2016

PETUA Melicinkan Kulit Muka

Assalamualaikum girls.

Jom kita belajaq sikit hal-hal kecantikan ni mana tahu ada masa lebih sikit nanti rajin nak buat kan. So for now Aisyah nak share pasal PETUA MELICINKAN KULIT MUKA. Jom baca!

·         Kisar sedikit beras pulut sehingga menjadi serbuk. Tambah sedikit air dan sapukan ke seluruh bahagian muka. Biar semalaman. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Campuran madu dan lemon juga boleh dibuat Mask.





·         Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

·         Campurkan sedikit bedak sejuk, air asam jawa dan serbuk kunyit. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci bersih dengan air suam. Amalkan setiap hari.


Juga boleh gunakan teh uncang supaya tidak kotor dan bersepah semasa membuat Mask.

·         Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit, selepas itu cuci dengan air suam.

So nak buat yang mana dulu?

Petua-petua macam ni elok diamalkan and kalau kita konsisten memang ada hasil.  Macam kita sendiri, kita sukaaa cuba petua and kalau rajin memang kita repeat. Alhamdulillah best sangat rasa dia and memang ada perubahan.

Okay. Tu aje untuk PETUA hari ini. Till then.

FOR THE PLEASURE OF ALLAH.


Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment