Assalamualaikum..
cerita lama angat angat baru nak update. Senanya malu nak citer takut ada orang
baca hehe. Tapi nampak macam takde orang aje hehe. So daripada gambarnya
terkubur cemtu je dalam folder camera vivo 2 aku neh, baik aku simpan sini :)
Ini merupakan
pengalaman pertama lah untuk aku dalam kerja kerja memodel model ni. Alhamdulillah
dapat jugak merasa. Best jugak perasaan dia, tapi penat weh! Masa aku modelling
ni masa tengah praktikum tapi hari sabtu ahad. Bayangkan praktikum, dengan
kerja kerja dan class nya lagi pastu duk jadi model berdiri tegak menggunakan
tenaga sepenuhnya. Pagi isnin aku terus rasa diri dedo nak demam. Wuuuu penat…
T.T
Tapi terima
kasih bebanyak sangat kat kawan bukan sekadar kawan tapi sahabat sobs. Mimie lah
terutamanya. Banyak tolong aku tanpa disuruh atau diminta pun.. aku suka cara
dia tolong kawan dia. Dia tak berkira. Dia meletakkan diri dia dalam diri kawan
dia. Maksudnya dia memahami sepenuhnya keperluan kawan dia di saat dia tolong
kawan dia tu. Menyebabkan aku selesa sangat dia berada bersama dengan aku
sepanjang proses model model ni. Sama juga masa aku jadik manten dulu. Dia pun
antara yang banyak tolong. Kawan kawan sekelas aku, aku syorkan kalau nak pilih
bridesmates ke dayang dayang ke, mimie jangan tinggal. Superb hehe. Terima kasih
mimie!
Eh salah
topik hehe. Jom lah tengo gambau.
Testing testing tudung bidang 50. Sedap juga pakai bidang 50 ni, tak yah silang silang. Kan?
Oh ye lokasi pengambaran untuk indoor berlaku di studio Uswah Islamik Clothing kat Bangi Sentral.
Penatnya iolls berdiri. Tapi gagahkan diri sebab kita bekerja bawah orang, kenalah buat yang terbaik ye dak? Lokasi outdoor pulak berlaku di Astaka Morocco, Putrajaya.
Hai mimie! hahahah :P
Inilah dia mimie, orang yang akan memastikn aku sentiasa cuns kahh
Ok tu jelah kot.
Ramai lagi kawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung senanya. Maisarah, Hafizah. Terima kasih jugek uolls. Muach ciked!
Mana tahu korang nak guna studio ke nak shopping ke, aku bagi maklumat sikit lah eh berkaitan dengan kerja modelling aku ni.
Shooting indoor : Studio Uswah Islamik Cloting kat butik dia yang berada di Bangi Sental. Korang boleh datang jugak ke butik dia sebab besttt, macam macam hado, Konsep dia vendor. Dan vendor dia banyak kepada islamik vendor contohnya shawl labuh dan tak jarang. Dan sebagainya. Gi lah tengok. Best!
Jenama : Elsajida. Pakar buat tudung labuh yang best. Biasanya tudung dia takyah gosok dan tak jarang! Ada bidang 50, 55, 60. Ada plain dan bercorak. Up to date lah orang kata. Kena follow ig mereka @elsajida untuk berebut tudung tudung baru! Sebab biasanya habis dalam beberapa hari sahaja sobs. Kalau nak beli via saya pun boleh sebab saya salah seorang agent dia hehe!
Photographer muslimah : HHH (hazirah Haji Hamzah. ig dia @HHH Photographer
Kakak ni sempoiiii. Harga dia pun berpatutan sangat. Mana tahu nanti korang nak nikoh, pahtu bakal suami korang tak kasik laki yang shoot gambau (macam iolls), boleh contact kakak nih!.
Astaka Morocco : Kat putrajaya. kalau korang shoot untuk jenama atau nak berniaga, kena cash. Kalau untuk wedding tak yah! Ha apa lagi, cepat serbu Astaka Morocco untuk wedding cuolls sebab kawasan dia berkonsepkan islamik ala ala morocco gituuuh.
Ok itu jer kot. Semoga dapat membantu korang dalam menghabiskan duit ahaks! Pi shopping cepaaat!
For the pleasure of Allah.
Assalamualaikum.
Thank You!
No comments:
Post a Comment