Searching for ......

Monday, May 4, 2015

IPG Life : Pengalaman Praktikum Pertama di SK Bangi, Bangi Lama.

Assalamualaikum..

Huhuu lamanya I tak bukak blog ni..
Dakpelah, tu baru namanya orang busy praktikum haha..
Aah kitorang memang tengah busy praktikum pun..
Ni praktikum dan aku ditempatkan di SK Bangi kat bangi lama.

Alhamdulillah best sekolahnya… Cikgu-cikgunya baik,murid pun alhamdulillah baik.. 
Sekarang ni hanya berbaki semingu lagi nak habis praktikum. 
Semua orang tengah rushing nak siapkan project and observasion senanya. Harap-harap semua orang boleh dapat A+ ameeeen. 
Good luck guys. 
Rindu classmates pulak. 
Letak gambar ah se hehe.

Ni kerja si Balqish roomate tercenta ni ha


Praktikum pertama aku tak habis lagi senanya haha. Saja mengada nak jugak citer. Bagi aku praktikum first ni alhamdulillah, Allah permudahkan. Dapat sekolah ok, mates ok, murid ok.. Alhamdulillah.. 

And bila aku tanya-tanya kat kawan, deme pun cakap ok, Alhamdulillah..
Bagi aku senanya, ok ke tak ok ke seseorang itu terhadap hal praktikum dia, itu adalah terletak kepada diri dia sendiri. Dialah yang meng'ok'kan atau meng'ko'kan praktikum dia. 

Contoh ea, kita dah datang sekolah tu, tengok cikgu-cikgu lama macam scary aje, kita sebagai cikgu baru belajar ni kenalah ringankan mulut, senyum, beri salam, bertanya. Jangan kita yang baru, kita pulak yang nak minta dibentang karpet merah, disenyum-senyumkan. Takpe, kita kan junior, kitalah yang kena berbahasa terlebih dahulu. Jangan harapkan orang lain. Kita buat dulu. 
So maksudnya, atas diri kitalah nak jadikan praktikum kita tu ok ke tak..

Alaa cikgu-cikgu sekalian mesti faham punya lah.. kan

Kenangan praktikum pertama aku ni, yang pertama of course la busy amat. Tidur tak cukup, bangun awal, berkejar-kejar, makan tak sempat, semata-mata ak siapkan RPH. Stand for rancangan pengajaran harian. Almaklumlah first praktikum, semua benda kelam kabut. Haha.

And RPH siap ni maksudnya bukan sahaja dalam buku tu je siap, RPH dah siap tu maksudnya BBM dah siap, dah try, dah ada skrip. Semua settle. Baru boleh cakap, RPH dah siap. 

And untuk siapkan RPH tu macam-macam kenangan berlaku. Seronok.. aku suka.. walaupun aku kena lalui benda benda yang susah dulu. Bagi aku tu semua kenangan manis. Sampai ada satu tahap tu aku nak demam, punyalah tak cukup rehatnya, haha. Mengadakan... 
Rindu nak lalui lagi haha. 

Dan biasanya kalau bekerja waktu malam ni, biasanya aku ngan roomate aku bergilir tidur malam. Aku akan buat keje sampai kul 2-3 pagi. And bila aku nak tidur aje, dia pulak sambung buat kerja sampai pagi tak tidoq dah. Aku takleh macam dia sebab aku jenis kalau dah tidoq memang qoooluuuuu. Haha 

So maksudnya takde lah nak bangun balik ke apa. Setakat nak gi tandas kejap tu ok. Tapi nak berfikir, buat kerja. Memang bukan aku. Huhu. Lain pulak pe’el nya dengan roomate aku, dia selesa tidoq dulu..

Tapi dalam keadaan kami yang super busy ni, banyak jugak perancangan yang kami buat untuk lalui praktikum dengan lebih baik..  Benda yang boleh settle awal kita akan settlekan awal..
Kita akan berusaha membuat sehabis baik dalam praktikum kta ni, jadi semua mesti terancang dari sekecik-keciknya sampai sebesar-besar perkara. 

Ok, ni kira macam tips praktikum la ea.

1 Gosok baju banyak-banyak seminggu sekali.

Ha settlekan dulu hal baju. Dah rancang dh minggu tu nak pakai baju apa dengan tudung apa, iron siap-siap, gantung! Senang nanti nak gi sekolah.

2 Bahan untuk megajar beli awal-awal. 

Contoh : marker, pen hitam, liquid, kertas-kertas warna, manila kad, mounting board. Beli siap-siap. Tak guna tu lain cerita. Beli dulu.

3 Peraturan class. 

Settle kan dulu. Kita dah fikir awal dah, contoh buat tepuk semangat ke apa. Rancang dulu. Nanti datang sekolah hari pertama terus boleh aplikasi.

4 Fail : settlekan dulu bab-bab divider.

Nanti kat sekolah tinggal masukkan aje. Takyah fikir dah benda-benda kecik gini.

Ok nilah antara yang aku buat awal-awal.
Mana yang kurang boleh tolong tolok tambahkan ye.

Praktikum ni, memanglah hanya praktikum. Means belom keje betul. Tapi praktikum nilah cerminan diri kita masa kita dah kerja nanti. Dan untuk mendapatkan kerja, kena ada rekod praktikum yang baik dan cemerlang, barulah dapat kerja.  Jadi praktikum memang kena all out. Good luck semua.. 


Okay mari usha beberapa keping gambar semasa aku berpraktikum. hehe


Okay macam biasalah kita berjanji kepada diri sendiri nak amek gambaq tiap hari, last nya minggu first ja kita amek gambar pahtu dengan busy sana sini tak dan nak snap gambaq haha


Minggu first praktikum rasa rinduuuu sangat ngan cik abang. 
Pastu ALLAH utuskan salam rinduku buatmu, sehinggalah cik abang tetiba ajak kita date.
Macam tau tau je u nih :P


Inilah dia roomate, classmate, praktikum mate hakuuu
Single and available. :p

Hat ni adalah penghargaan kepada diri sendiri.Aku suka beri hadiah kepada diri sendiri kalau aku rasa aku dah buat sesuatu yang terbaik, atau aku dah berusaha sehabis baik atau aku gembira. hehe


Antara BBM bahan maujud yang digunakan oleh praktikum mateku... 
Aku ajar tajuk haiwan, takkan nak bawak buaya masuk kelas kan hehe


First day kat perhimpunan. 
Ahlan wa sahlan, Ana Muallimah Aisyah. :)

Antara kerja kerasku. :')
Untuk aktiviti lakonan.


Ohyaaa, this is my praktikum mates ku yang senior. Juga IPG KPI.
Kos PAI and MATH. good luck semua.. :)


Ebeli day i bawak beg ini. I suka beg ni sebab cantik. So i okey jerrr angkat beg berat ni gi sekolah tiap-tiap hari :')
Dalamnya ada fail praktikum, buku persediaan mengajar, dan bunga tu senanya aku guna sebagai petunjuk kat papan hitam. haha


Praktikum matesss



Last is si gemoksjadi model i. gewamnyeeeeee haha 


Okay praktikum 1 dah nak melabuhkan tirai. Gonna mizz u SK Bangi dan kawan-kawan praktikum yang sempoi..


For the pleasure of Allah. 
Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment