Saya baruuu je balik dari jogging tetiba rasa macam nak tulis sumting kat blog. So one of my friend suggestkan tulis pasal tips diet.
Sebenarnya badan saya takde masalah kegemukan pun tapi saya kuruih sangat takdak bentuk. Hehe tengok tengok? Manusia tidak pernah bersyukur. Astagfirullah...
Tapi aku rasa ok jugak aku tulis pasal diet, dengan mengumpulkan maklumat daripada kawan-kawan yang rajin diet dan suami yang asyik cakap nak diet tapi hummmmmmmmm....... (hihi)
So tips diet yang aku akan senaraikan ni adalah tips yang aku rasa possible la untuk menguruskan badan. Berikut adalah senarainya :
1. Kurangkan makan.
My husband selalu bising, dia cakap kalaau nak diet mana boleh tak kurangkan makan. Macamana bagus pun kita amek produk kuruskan badan, tetap kena control makan. Kurangkan kuantiti makanan walaupun sedikit.
Oh yeah seriusly i know memang susah. Sedap kot makanan yang terhidang depan mata. Kawan-kawan mencedok komain,takkan aku tak makan kan..
Ok memanglah. Tak suruh pun tak makan langsung. Ameklah makanan yang kau teringin tu tapi kurangkan kuantiti nasi atau makanan tersebut. Asalkan kau dapat rasa makanan yang menggiurkan tu okaylah.. Tak yah la sebab dah sedap sangat ko bantai makan banyak banyak. Susahlah nak turun berat badan kalau lagu tu.. Badan dah sedia comel, pastu kau pulak menuang-nuang makanan banyak macam tu. memang agak sukar la.
2. Bersenam
Ni tips my husband. Dia kata nak kuruih, macam mana pun kena ada senaman at least setengah jam sehari. Wajib!!! Jangan sip-skip. Displinkan diri. Buatlah pape senaman yang mengeluarkan peluh. Kalau lelaki macam dia of course bola. Kita perempuan maybe boleh skipping, jogging. Tak pun menari, my feveret senaman ever. Bersama rumet. hahaha. Tapi janganlah amek lagu yang sopan sopan, nanti kau menari pun sopan gak haha. Kau bukak lah lagu rancak2 yang kau suka. menarilah suka hatimu. Asalkan keluar peluh hehehe. Weolls selalu menari ikut lagu korea, terlompat sana sini bila dah penat hindustan pulak hahaha.
3. Minum air mineral banyaaaaaak
Ni tips memang menjadi ni. So, jangan malaslah nak minum air mineral banyak -banyak. Atau cane ek nak cakap. Aku tahu korang bukan malas. Tapi lupa. Kan? Emmmm. Ni pun memerlukan displin yang tinggi. Ce beli bekas air yang besar gedabak dalam 3 litre ke and yang cantik-cantik bagi korang rasa seronoknyaaa minum air mineral haha. Macam aku. Aku suka minum air mineral sebab botol airku cantiksss hihi :p
And bila korang dapat refill air tu dalam hari yang sama, maksudnya korang berjaya lah meminum air dengan cemerlang sebab banyakkk dah air yang diminum, Puas hati insyallah.. hehe
Ok itu saje tips aku untuk hari ni. Simple je kan. Ce try yang mudah-mudah dulu baru buat yang susah-susah. Dan ce try yang murah-murah baru try yang mahal-mahal. Kannn..
OK semoga dapat membantu sikit sikit.
For the pleasure of ALLAH.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment