Ahh aku sungguh bosan hari ini! Nampaknya aku menunjukkan tanda-tanda kufur nikmat di sini. Ini disebabkan oleh Si Kinah sudah pulang ke Marsah pukul 7 pagi tadi sebab dia ada class jam 10 pagi, maka tinggallah aku dan ibu berdua di rumah.
Baik. Untuk mengelakkan hidup dilanda kebosanan dan tanda-tanda kufur nikmat semakin terserlah, mari kita korek cerita lama dan ceritakannya di laman sosial ini.
So kali ni kita korek cerita pasal majlis kesyukuran time mula-mula aku balik Teganu bulan 6 hari tu. Cerita pasal kawen memang syiok. 100 tahun pun takkan mungkin dapat aku lupakan nguehngueh T.T
Jadi begini ceritanya. Selepas seminggu berlalunya majlis nikah aku di Simpang Renggam, aku pulang ke kampung suami di Kuala Berang, Teganu. Masa tu dalam waktu cuti sekolah lagi. Dan itulah kali pertama aku datang ke rumah suami. Sebelum kahwin tak pernah jejak lagi ok.
So aku pun balik Teganu. Tapi masa tu tak buat lagi majlis sambut menantu. Sebab memang nak tunggu kakak ipar balik daripada Mesir. Kalau boleh ummi abbiy nak semua adik beradik ada time majlis sambut menantu nanti.
Jadi kami gerak dari SR malam, dan sampainya pagi2 waktu subuh. Sampai aje Ganu, ummi amek kami sebab tempat kerja ummi iaitu AADK dekat ajer ngan tempat kami tunggu tu.
Kemudian, masuk-masuk aje kereta, lepas peluk cium salam-salam, ummi dengan tenang bercakap begini, Siddiqah, sabtu ni ummi abbiy nak buat kenduri kesyukuran, ika masak ea? :)
Senyuman yang amat manis diberikan :) :)
Aku : (dalam hati aje la tapi) Huaaaa takutnyaaa, aku mana reti masak. Cane ni cane ni???
Ha debooo
Tapi takde mende pun berlaku lepas tu. Alhamdulillah dikurniakan ummi abbiy mertua yang baik hati dan memahami. Langsung tak mengharapkan yang hebat-hebat daripada aku yang serba kerdil ini. Anggap aku macam anak-anak diorang aje, yang masih bersekolah. Hewhew ayat mengampu sangat
Alhamdulillah, aku gembira. Aku rasa ummi abbiy saja buat kenduri pembukaan sebelum buat majlis sambut menantu yang betul nanti untuk menyambut kepulangan menantunya kali pertama. Takut pulak orang kampung plek nanti, puang manalah mat liyah bawok balik tu?...
.... kan?
Jadi, untuk persiapan majlis kesyukuran ni, pagi-pagi lagi kami dah mula mengemas rumah. Ruang tamu and ruang keluarga dilapangkan. Semua kerusi letak kat beranda luar. Vacum kasi bersih licinggg.
Boss kecik menjalankan tugasnya untuk memastikan kawasan yang akan digunakan perfect!.
Unus, kak Ika pinjam gambar ye dik :) hehe
So tengah hari tu, kawan-kawan ummi dah mula datang. Alhamdulillah, maksudnya bukan aku yang masak. Jiran-jiran, sedara-sedara, kawan-kawan ummi abbiy ramai yang datang membantu. Mereka sungguh ringan tulang dan aku sungguh terharu T.T. Alhamdulillah dan terima kasih ya hehehe
Apa dia? Tungguu...
Mari kita tengok gambar makanan yang sempat disnap dulu ye hehe
Yang pertama haruslah kkan bakar bersambal feveret aku.
Pergh sedap gila. Aku sorang je makan 3 4 ketul ikan. Tak andang dah ayam ke udang ke.
Nak ikan ni jugakkk.
Ini resepi ummi. Ummi yang buat.
Ni pun ummi yang buat. Sambal belacan sedapess maveless pedasess.
Sekarang, kalau aku bali Ganu je mesti ummi buatkan sambal belacan ni.
Kita kan suka pedas. Ye kan abang? ;)
Pastu, ayam madu nyum nyum dapnye. Ni habis dirembat oleh husband aje.
Nasib ummi simpan untuk tetamu.
Dari depan kita ada buah tembikai, sambal belacan, kari ayam, ikan masak asam pedas, ikan bakar bersambal, sayur campur, dan ayam goreng. Semua dihidang sikit-sikit, tapi banyak jenis :)
Masyuk sangat.
Nasib baik sebelum majlis malam tu aku dah ngap dulu. Kalau tak memang tak sempat nak curik, licinggg hang tau dak??
Oh ye, bagi mengelakkan tetamu-tetamu kami tercekik kerana kesedapan, kami juga ada menyediakan air limau dipelusuk sebelah dinding kat ruang tamu.
Air limau memang bagus ya adik-adik setelah kita menyumbat pelbagai jenis makanan dalam perut kita. Sebab dia bersifat asid. Kot.
Betul tak para cikgu sains?
Okay ini part yang terpenting hehe. Tadaaa inilah hasil air tangan aku. Ummi akhirnya suruh aku buat pencuci mulut aje.
So aku buat Pudding Castard ni ha.
Ini ajelah aku rasa side dishes yang mampu aku buat dalam keadaan terbingung2 dan masih memerlukan masa untuk berjinak-jinak di dapur ummi.
Ini ajelah aku rasa side dishes yang mampu aku buat dalam keadaan terbingung2 dan masih memerlukan masa untuk berjinak-jinak di dapur ummi.
Time ni masih tak confident lagi nak buat ikut kepala sendirik, so laju-laju aku call ibu, mintak resepi hehehe. Rahsia tau ni, jangan bagitahu ummi huahuahuaaa
Dan alhamdulillah, aku menerima feedback yang sangat baik untuk Pudding Castard ni. Walaupun ia hanyalah sekadar Pudding Castard :') Terima kasih warga Kuala Berang kerana menghargai saya sedemikian rupa.
So alhamdulillah majlis kesyukuran malam tu berjalan dengan sangat lancar. Jemput 30 orang, tapi yang datang sampai50 orang, termasuk jemaah tabligh yang tengah duk kat masjid berdekatan. Bersyukur sangat alhamdulillah. Ramai yang sudi datang. Alhamdulillah ramai yang datang. Nak tengok kot sapalah budak sekolah yang kawen tu, bagos sangat ke haha.
So alhamdulillah majlis kesyukuran malam tu berjalan dengan sangat lancar. Jemput 30 orang, tapi yang datang sampai50 orang, termasuk jemaah tabligh yang tengah duk kat masjid berdekatan. Bersyukur sangat alhamdulillah. Ramai yang sudi datang. Alhamdulillah ramai yang datang. Nak tengok kot sapalah budak sekolah yang kawen tu, bagos sangat ke haha.
Alhamdulillah, malam tu aku jugak dapat berkenalan dengan saudara-saudara belah Teganu, jiran-jiran, kawan-kawan ummi abbiy semuanya.
Alhamdulillah terima kasih ya Ummi Abbiy! :)
Malam tu aku ngan husband basuh pinggan mangkuk segala bagai sampai jam berapa tah. Siapkan kemas malam tu jugak. Pastu krohhh keletihan.
Alhamdulillah terima kasih ya Ummi Abbiy! :)
Malam tu aku ngan husband basuh pinggan mangkuk segala bagai sampai jam berapa tah. Siapkan kemas malam tu jugak. Pastu krohhh keletihan.
Dan esoknya ummi ajak mandi sungai yey!!
Hey Isa, sanggup kau timbus kakak ipar kau yang tidak bersalah ini?
Bukankah kita sudah berjanji untuk saling menerima dalam keluarga Encik Rusman?
Alhamdulillah aku gembira untuk kali pertama balik Teganu. Itu satu permulaan yang baik bukan? Sekarang dah pandai rindu-rindu tahu. Awww sweet ngat.
Itu saja. Alhamdulillah aku bersyukur ditemukan dengan jodoh yang baik, keluarga mertua yang baik, negeri yang baik dan segalanya yang baik untuk aku. Alhamdulillah...
Semoga Allah berikan semuanya yang baik untuk saya dan anda semua. Insyallah ameen.
Thank You.
For the pleasure of Allah.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment