Searching for ......

Sunday, November 23, 2014

Certain Day Talking : Cuti Semester (Akhir Tahun 2014) Bermula Yeyy!

Assalamualaikum

Alhamdulillah cuti akhir tahun 2014 telah bermulaa yeahh!

Cuti panjang pertama aku dengan title wifey.

Aku dah balik rumah hari Jumaat hari tu lagi senanya (sekarang hari Ahad). Tapi sebab rumah ibu ayah aku ni ada prob internet selama seminggu, so ni baru lah aku dapat bukak blog, wasap dan instagram. Kalau tak tu melongo aje lah.

So cuti aku start jumaat hari tu sebab hari khamis pagi tu last paper. Pastu dalam aea jam 12 gitu terus keluar gi Warta sebab classmates ajak main bowling ramai2. So enjoyy beronggeng ramai-ramai walaupun aku tak main bowling pun. Sebab aku memang tak minat main bowling huhu

Tapi senanya hatiku pilu jugak masa tu sebab esoknya dah nak kena berpisah dengan hubby. So rasa macam nak berkepitt aje ngan hubby.

Sedih ni T.T


Malu pulak. Hihi


Tapi rilex je.. Perpisahan dunia adalah bersifat sementara. Lagipun kalau aku susah2kan hati hubby, aku dapat apa? Dapat menyusahkan dia aje. Pahala lari, kesolehahtan pun lari. So okay ajelah. Calm down. Hehe solehah sangat isteri u ni ilyas :p

Pastu, esoknya aku balik Johor, hubby hantar aje sebab hubby keluar dengan jemaah tabligh. So dia stay IPG and boleh terus ke Markaz Sri Petaling. Semoga semuanya okay ye hubby. I love u.

So untuk cuti kali ni aku takde mende nak dijadualkan sangat senanya. Kawen dah, hubby keluar tabligh, anak lagi 2 tahun baru boleh dapat haha. So aku just bercuti untuk diri aku aje lah.

Kalau tahun lepas, cuti akhir tahun macam ni aku busy buat persiapan kawen. Menjahit doorgift, sibuk Shaklee, nak mencantikkan badan and muka lagi, macam2. Setiap hari adalah berharga bagi aku.

Tapi tahun ni rilex suda.. Aku just bangun pagi kemas katil dan buat apa yang aku nak. Contohnya masak yang special2 and post kat blog wakaka.

Pastu ingat nak menjahit sikitlah. Takdelah nak jadi terer sangat pun. Nak belajar aje. Tryin menjahit baju kurung and seluar. Doakan ea ngee.

Okay itu saje. Ni hanyalah pendahuluan. I will updating my aktivities here hihi papai ^^

For the pleasure of Allah
Thank You!
Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment