Searching for ......

Monday, October 27, 2014

Supplement Yang Saya Amalkan Setiap Hari


Assalamualaikum

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang minat nak cerita bab-bab kecantikan, kesihatan wanita, supplement, dan sewaktu dengannya.

Nak kata aku cantik takde pun huahuahua
Tapi memang sejak dulu lagi, dulu tu maksudnya after sekolah. Aku macam obses dengan kecantikan.

Tak nampak kan aku macam tu?

Baguslah sebab aku bukan nak tunjuk kat orang pun kecantikan aku hehe
Dan bukanlah matlamat aku nak jadi aisyah as siddiqah yang paling cantik dalam sekolah. Or dalam maktab. Or dalam dunia. Oh no takde pun macam tu.

Cuma sebab suka.
Yes. Sebab suka kot.

Aku suka rasa aku dah buat sesuatu untuk jadi cantik. So aku rasa aku cantik haha
Biarlah orang tak nampak pun kecantikan apakah yang aku maksudkan

So di sini aku nak share fasal supplement yang aku amalkan untuk ‘perasan cantik’ huahua


Yang pertama opkos Shaklee hehe.

SHAKLEE



Aku jual shaklee bukan sebab nak dapat side income je tau. Tapi sebab aku suka dan rasa puas hati dengan shaklee.

Korang penah dengar tak fasal boikot shaklee? Ada kan? Mesti ada. Kalau tak ada, ce carik kat google, boikot shaklee. Mesti keluar punya.
Haa fasal boikot ni, aku agak sedih dan terkena jugaklah tempiasnya. Sebab aku jual shaklee dan banyak cerita kat orang fasal shaklee kan. So semua orang tahu aku adalah shaklee lover and bila berlaku sesuatu yang macam memburuk-burukkan shaklee, aku rasa macam piangggggg kena lempang huahua



Tapi kenapa aku masih amalkan shaklee?
Haaa sebab aku dah dapat penjelasan tentang isu tu di SINI.  

Tapi suami aku risau jugak kat aku kot-kot ada orang nak hentam ke apa, sian kat aku.
So dia kata kurangkanlah post fasal shaklee. Yang nak beli dengan awak, dia akan wasap awak dan tanya pandangan awak. Boleh teruskan. 
Cuma awak tak payah sebar-sebarkan fasal shaklee kat FB.

Panjang pulak kalau nak cerita fasal boikot shaklee haha.

Konklusinya aku makan shaklee.
Dan aku makan sampai sekarang  sebab bendanya bagus.
Dibuat daripada bahan yang bagus2. Insyallah aku yakin.

So antara supplement Shaklee yang aku amalkan adalah  :

Secara harian :
  • Vita lea
  • GLA Complex

Bila perlu sahaja :
  • Vitamin E
  • Vitamin C
  • ESP
  • Alfalfa
  • Ostematrik


Banyak nyew hehe

Okay

Nape aku makan Vita Lea?
Sebab aku ada tekanan darah rendah dan darah rendah. Dua benda yang berbeza namun mempunyai simptom yang hampir sama.

Semua tahu kan fakta ni,
VITA-LEA ADALAH KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.

Jadi, healthy comes first. Sebab tu aku makan setiap hari. :)

Nak tahu lagi banyak fasal vita-lea baca SINI.


Pastu, GLA Complex.



Aku amek untuk kebaikan rahim aku. 
GLA ni EPO lah. Uolls tahu kan EPO?

Doakan aku supaya dapat anak ramai ya hehe.

Zaman sekarang ni macam2 penyakit boleh kena. Yang tak buat apa2 pun boleh kena penyakit. That’s why I take GLA. Langkah berjaga2. Namun ALLAH jualah yang maha menjaga.

Nak tahu lagi banyak fasal GLA Complex, baca SINI.


And then Vitamin E,


Vitamin E sepatutnya aku kena ambil setiap hari untuk kebaikan kulit aku. Tapi aku terpkasa selang-selangkan sebab nak makan Habatussauda’ jenis pil tu. So bila makan banyak ngat pil dalam satu masa yang sama, macam bahaya lah pulak badan kita. Dah la jenama lain-lain. So better selang-selangkan.

Nak tahu lagi banyak fasal vita E, baca SINI

Pastu vita c. 


Vitamin C pun aku amek bila perlu je. Atau pun sebab saja-saja hehe.
ESP aku takleh minum selalu sebab allergic soya huhuu. Kadang-kadang je aku telan. 
Tak pun  buat masker. The best masker ever :)




Alfalfa pulak aku amek bila rasa perut macam bermasalah aje. Atau pun bila aku rasa aku makan berminyak sangat. Atau makan banyak ke.



Ostematrik pun aku amek bila perlu je. Rasa macam dah lama tak minum susu, aku pun makan lah sebijik :)


Okay selain shaklee, aku jugak amalkan :

PATI DELIMA 

Biasanya beli dapat RM15. Tapi kalau kena kedai mahal pun RM20 la.. 



Antara khasiat Pati Delima yang aku tahu : 

1-Membaik pulih fungsi hati dan limpa.

2-Mencuci buah pinggang dan salur kencing

3-Membantu penghadaman.

4-Membuang lemak-lemak berlebihan.

5-Menambah tenaga.

6-Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.

7-Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.

8-Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.

9-Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.

10-Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.

11-Mencantikan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi

12-Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung

13-Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

14-Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit

15-Menghapuskan masalah cacing pada kanak2

16-Mengatasi masalah kemandulan

17-Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung

18-Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

19-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

20-Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

21-Membantu mengurangkan batuk dan lelah



Pastu, 

MINYAK ZAITUN



Ni pun harga lebih kurang je dengan jus delima tadi. 


Apa yang bestnya minyak zaitun ni?
Kalau tanya aku, aku akan jawab, sebab dia minyak yang berkat. Ada dalam Quran dan Hadis :)

1) Firman Allah Taala:

“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)

2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:

...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Al Hadith:

1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Antara kebaikan minyak zaitun ni untuk cantikkan kulit. And untuk keradangan kulit. Contohnya untuk kulit yang sensitif macam aku huhu.

Dulu ada jugak amalkan minyak zaitun yang kapsul punya. Tapi kejap je habis, kejap je habis. Rasa macammahal pulak sebab sepacket tu RM10. Rasa tak mampu pulak. So better minum air minyak betul tu T.T

Ni ha dia. Feveret senanya. Tapi kewangan tak mengizinkan. Tunggu dah kaya nanti boleh la start balik makan yang ni :)



Nak tahu lagi banyak pasal mintak zaitun boleh baca SINI


Kemudian, 

BARAKA HABATUSSAUDA'




Antara kebaikannya adalah :
  • Memberikan tenaga
  • Keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
  • Meningkatkan imunisasi
  • Mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
  • Anti Inflamasi
  • Mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kuliteczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
Dan banyak lagi. 

Sebenarnya sebelum makan Baraka ni aku memang makan yang jenis bijik punya tu. Ayah aku bekalkan. 
Maksudnya, mana2 jenama pun boleh diamalkan, semuanya baik dan bagus :)

 . . . . . . .

So itulah semua antara suplemen yang aku makan setiap hari, insya ALLAH. Kita berusaha mencegah penyakit. Namun, Allah jualah yang menjauhkan penyakit daripada kita. Banyakkanlah berdoa semoga kita jauh daripada penyakit dan sentiasa cantik dan cun hehehe. Doa kena spesifik. 



Itu sahaja perkongsian daripada saya. Boleh tiru k nak amalkan yang mana sebab semua makanan ni elok belaka :)

For the pleasure of Allah.

Thank you for reading and Assalamualaikum :)








No comments:

Post a Comment