Searching for ......

Sunday, January 5, 2014

Tips Shopping Secara Berhemah Style Saya!

Assalamualaikum. J

Alhamdulillah atas nikmat nikmat yang Allah berikan..
Hari ni aku memang sedang menikmati nikmat Allah sebab hari ni hari ahad.
Maksudnya cuti yeyyy!

Tapi sesapa yang sudi / rajin / nak bawak aku jalan jalan tak de masalah.
Aku sukeeee hee

And sekarang anku nak cerita pasal semalam.
Sebenarnya semalam aku dah jalan jalan pun.
Aku jalan pun sebab nak shopping.
Alhamdulillah lah dapat barang yang dicari.
Habis jugak seribu kalau dicampur campur.
Tapi okay lah kan, sekali seumur hidup :p
Pahni aku beli kat kedai RM2 jerlaa isk isk

So tips tips yang baik diamalkan oleh wanita terutamanya bila bershopping mopping ni adalah
1.       Ada target.
Oh yeah, memang penting sebab kalau tak semua barang kau nak kaut.
Lagi lagi kalau jualan murah kan. Contohnya macam semalam aku pergi Sogo, jualan murah gila gila sampai hari ni (hihi seb baik aku dah balik :p)
Hand bag berjenama, kasut berjenama, ada yang jatuh harga sampai 100 dapat 1, seratus dapat 2. So memang gila sangatlah untuk perempuan kan.
Seb baik aku punya gene laki kuat sikit, so aku cool je Nampak brand berjenama RM100 dapat 2 pasang haha.
Bukan laaa, sebabnya aku ada target!  Target aku nak cari hand bag yang senang nak bawak sana sini, cantik, kasual, cool, mesra pengguna dll.
Haaa, so bila memilih nanti mata uolls akan terarah pada ciri ciri yang telah ditetapkan aje.
Walaupun memang banyak gilaaa beg yang cantik cantik, kalau dah jumpa 1 yang aku targetkan tu, aku dah tak pandang yang lain dah.
Sebab aku rasa yang aku punya paling cantik hiihi.

2.       Beringat.
Haaa, ni susoh sikit kalau jenis yang hilang ingatan kalau Nampak jualan murah.
Ni pendapat aku :  
Sebenarnya barang barang yang jual kat sogo ke, alamanda ke, midvalley ke,mines ke, semuaaaa mahal. Bagi aku lah.
Sebab, memanglah dia buat sale. Tapi harga tetap beratus gak. Macam semalam nak beli purse dapat 40%  discount pun harga RM100++.
Mahal tu wooo sebenarnya. Tapi sebab kita tengok harga sebenar dia kata lah Rm1000, pastu turun jadi RM300, tu yang rasa ‘woowww murah ni murah ni’ ahah. Kan kan ;)
Tapi masa cakap wowwww wowww tadi kita kena beringat lah yang mahal pada kita macamana, murah kita macamana. Ada orang yang RM1000 turun RM300 tu murah, so okaylah kalau nak shopping gila gila pun.
Kalau aku pulak kenalah beringat, harga Rm1.50 tu murah bagi aku. Rm2.00 tu mahal bagi aku. Ni kes takde turun turun ea. :p
So kalau beli barang mahal pun aku just beli yang RM100++ dah lah.. Cukup mahal dah tu bagi aku haha.

3.       Mintak petunjuk Allah.
Hahaha mesti rasa aku baik bila baca tips ni. Bukan baik tapi betullah.. Aku kalau nak beli barang yang mahal mahal ni rasa macam kena buat pilihan antara hidup dan mati aje. kadang kadang lah.
So sebelum keluar rumah tu solat solat sikit, doa doa sikit, zikir ke selawat sikit. Insyallah nanti Allah temukanlah kita dengan barang barang yang memang puas hatiiii pada kita but harga still ok. J

Tu jelah kot aku punya tips daripada pengalaman semalam. Tapi best lah pergi Sogo.. barang memang banyak gila.. manusia pun ramai tapi oklah tak gila sangat. Perjalanan dalam 1 jam lah paling lama pun dari IPG aku ni.. itu kalau naik KTM.. J
Barang barang apa aku beli? Nanti kita snap beberapa bulan lagi ok :p

Itu sahaja.
For the pleasure of Allah.
Bye, Assalamualaikum.


2 comments: