3 haribulan
11 2015
Assalamualaikum.
Jom kita
sambung menyahnyah ya mak nyah. Sekarang ni macam biasalah aku seorang diri
dirumah. Baru lepas makan tengah hari with sheben. Stew ayam dengan brokoli
rebus yum yum.. Then dia pun keluar
sebab ada urusan tahfiz. Semoga Allah berkati langkahmu dan memudahkan urusanmu
ya habibi. Ameen.
Aloo nak
tulis resepi tapi tadi tak snap gamboooo sob sob.
Takpelah
sekarang ni kita nak share pasal buku yang kita baca tadi. Tajuk buku tu Allah Doktorku
Wahyu Ubat Penyakitku oleh Mukhlas Asy Syarkani Al Falahi. Alhamdulillah best
buku ni. Banyak dalil dalil. Banyak tips tips kesihatan. Semuanya dikaitkan dengan Allah maha penyembuh
iaitu asy-syafi.
Sebenarnya
jadi orang islam ni pun dah untung sangat. Sebab ajaran dan suruhan agama kita
ni pun dan merangkumi kesemua terapi minda, pencegahan penyakit dan juga
rawatan penyakit. Kadang kadang tu (atau selalunya) bila baca cara nak mengubati penyakit kan,
bukan dia suruh kita minum air dari 7 telaga yang berlainan ke suruh kita cari
hati semut ke tapi cuma dengan cara senyuman, sabar,memaafkan itu aje cara nak
ubati penyakitnya tu. Nampak macam tak de pape je kan tapi sebenarnya itulah
yang paling betul. Paling tepat. Paling mujarab. Sebab Allah yang ajar.
Dalam buku
ni jugak ada banyak cerita tentang khasiat khasiat makanan yang baik dan sangat
bagusss untuk dimakan oleh manusia. Senang citer senanya, ikut jelah nabi buat
apa. Nabi makan apa. Confirm insyallah bagussss. Contoh ea, nabi suka makan
kurma. Kita pun hendaklah suka makan kurma. Kena selalu makan kurma. Sebab bila
saintis saintis ni kaji kaji, rupa rupanya kandungan kurma saaaangatlah baik
dan terbaik. Contoh lagi, nabi kata makanlah cuka. So makanlah cuka. Bila
dikaji rupa rupanya banyaaak kebaikan bila kita amalkan cuka ni.
Sapa nak
tiru nabi angkat tangannnn. Sayaaaa!
Setiap
Sunnah itu pasti ada kejayaan =)
Hari ni
allah bagi suamiku ilham untuk beli brokoli. Alhamdulillah brokoli pun saaangat
bagus. Hehe. Tapi ayam takde pulak kata bagus dalam buku ni sob sob.
Hari ni
kita jeles dengan orang korea (bagi peminat citer korea ye hehe). Sebab makan
sayur banyaaaak. Makan sayur rileeeex aje. Sayur 80% dalam makanan mereka. Kita
puji puji dia. Kita jeles dengan dia. Sebab dia makan sayur macam yang alquran
suruh. Kita pun bersedih hati sebab tak jadi macam orang korea. Tapi kita lupa,
sebenarnya orang islam iaitu kita ni laaaaagi beruntung. Laaaagi bagus dari
mereka. Sebab apa? Walaupun kita tak makan sayur sebanyak mereka, tapi kita tak
minum arak. Kita tak makan daging binatang pink tu. Alhamdulillah. Bersyukurlah
jadi orang islam. Berbanggalah menjadi orang islam. Sesungguhnya orang islam
lebih baik daripada orang kafir. Maka janganlah berjeles jelesan dengan orang
kafir..
Walaupun
orang islam rugi sebab tak makan sayur banyak macam orang korea, tapi orang
islam tak minum arak macam orang korea (yang kafir). Allah telah mengharamkan
arak ke atas umat islam. Bila dikaji kaji oooooo rupanya alcohol boleh beri
kesan yang saaaangat buruk kepada tubuh badan manusia. Contohnya apa? Contohnya
boleh menyebabkan kerosakan otak, strok, ketagihan, gangguan percakapan,
degupan jantung tidak berkala, luka dalam perut kanser usus kecil,osteoporosis,
pendarahan kerongkong dan bannnyaaaak lagi. (rujuk buku Allah doktorku tadi).
Ha jadi mari buat perbandingan. Siapa yang lagi rugi? Peninum arak yang
banyaaak makan sayur atau bukan peminum arak yang makan sayur sikit?
Kalau saya
ofkoslah saya kata bukan peminum arak yang makan sayur sikit hehe iaitu orang
islam.
Anda pula
bagaimana?
Alhamdulillah.
Meh saya
share sikit 16 makanan yang disebut dalam alquran berdasarkan buku Allah
doktorku
Halia
Tembikai
Cuka
Bawang putih
Utruj
Mentimun
Labu
Beras
Anggur
Delima
Bawang merah
Pisang
Mentega
Ikan
Klorofil
Zaitun
Tembikai
Cuka
Bawang putih
Utruj
Mentimun
Labu
Beras
Anggur
Delima
Bawang merah
Pisang
Mentega
Ikan
Klorofil
Zaitun
So banyak
banyakkan lah makan makanan yang di atas ni ye…
jom umat islam kita perbaiki cara pemakanan kita supaya kita jadi ummat
yang lebih kuatttt.. insyallah!
Sekian
sahaja coretan saya pada kali ini.
For the
pleasure of Allah.
Thank You and Assalamualaikum
Thank You and Assalamualaikum