Assalamualaikum
Over sangat hari ni forum hari ni jugak nak buat entry. Tahulah kau panel ≧∇≦
Haha takde lah. Takde apa pun yang nak dibanggakan sebab aku yang bercakap. Aku bukan pandai pun bercakap. Menyanyah ye reti.
●︿●
Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku harap semua yang nak aku sampaikan, sampailah di hati penonton. Aku harap aku sampaikan benda2 yang baik saja. Aku harap penyampaianku ikhlas dari hati dan dengan forum tadi aku harap aku dapat berdakwah, ameen.
Aku tidak menghalang perkahwinan semasa belajar. Serius tidak. Sebab aku tahu siapa yang nak kahwin masa belajar tu dia dah sedia dengan pelbagai ujian dan dugaan. Dah bersiap sedia.
( Kalau kau tak rasa boleh handle masalah, jangan rasa nak kahwin. Itu masalah. )
Dan aku tahu bahawa yang menanggung semuanya adalah dia. Bukan aku. Bukan kau.
Jadi aku doakan yang baik2 sahaja. Kita jangan menidakkan perkara yang baik. Allah pun telah kata ia baik. Siapa kita untuk kata tidak baik?
Namun begitu, pantauan ibu bapa mengenai hal ini amatlah penting bagi memastikan kita tidak tersungkur di dalam misi utama kita iaitu belajar.
Kita kena ada ibu bapa yang support kita dan selalu ingatkan kita tentang peraturan, apa yang boleh apa yang tidak. Apa yang aula apa yang tidak. Apa yang baik apa yang tidak.
Pasangan muda mcm kita memang perlu dipantau.
Bagi saya sendiri secara peribadi, saya tidak merasa berkahwin satu beban semasa saya belajar. Sebab suami jenis fahamdan memahami. Contoh, semasa belajar kita tangguhkan dulu perihal anak.
Apa yang berlaku nanti masa study bila ada suami? Tak ada apa2 yang berlaku. Takde pulak suami mintak ni mintak tu. Kena buat ni kena buat tu. Ini bukan zaman purba suami adalah raja yang tegas dan garang. Ini zaman sekarang, suami adalah raja yang berjiwa rakyat.
Jadi, lalui aje kehidupan seorang siswi. Macam dia, macam dia, dan macam dia. Sama.
Cuti balik kampung, balik rumah suami atau isteri. Buat keputusan bersama. Dengan kasih sayang. Tiada masalah.
Mungkin dari satu segi Allah permudahkan urusan aku sebab aku dapat suami macam ust Ilyas, dapat ibu bapa macam ibu ayah, dapat mertua macam ummi abi.
Tak ada yang menyusahkan. Semuanya menyenangkan, support, sayang. Alhamdulillah haza min fadhli robbi. Saya bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan ini.
Tapi saya tengok kak Maryam, Azie, kak Salina, macam tu jugak. Means dorang pun tak mengalami masalah yang teruk bila dah kawen. Cool je Azie, kak Yam, kak Sal. Cuma sakit rindu tu biasalah.. Rindu suami satu nikmat apa.. Jangan rasa ia satu masalah.. Bermasalah lah hidup kau kalau macam tu haha
Maksud aku kat sini, aku tak nampak lagilah masalah yang sangat besar dan teruk bila kawen masa study ni. Ini pendapat peribadi aku lah. Jangan banned aku pulak haha.
Cuma mungkin yang kakak2 risaukan adalah kematangan kita dalam mengurus rumah tangga. Dan mungkin perihal anak. Perihal duit tak masuk sebab tu masalah kau. Sapa2 pun tak boleh bantu, pandai2 kau lah nak settle macam mana.
Baiklah adik2 semua, awak jangan rasa nak kawen kalau awak rasa awak belum boleh. Awak sendiri tahu sebenarnya awak boleh ke tak.
Saya tak nak tanya awak boleh ke tak sebab tu bukan masalah saya. Awak tanya diri sendiri.
Dan jawablah sendiri.
Boleh? Atau tidak?
Dalam masa nak menjawab persoalan tu fikirkan tentang persiapan diri (agama la paling penting).. Tentang urusan suami, urusan kewangan, urusan pelajaran, urusan anak (kalau terrrdapat hehe). Fikirkan semua solusi semua benda tu dulu baru boleh jawab. Jawab dalam hati je sebab tu untuk awak.
Lagi satu, bila kita nak atau dah kawen ni kita kena kurangkan masalah kita dengan pihak IPG. Kalau boleh jangan cipta masalah. Means kalau IPG tak kasi kawen lagi jangan memberontak. Jangan kawen dulu. Tunggu.. Kalau dia tak kasi ada anak masa belajar jangan buat anak. Tunggu jugak.. Mesti ada perancangan untuk semua tu sebab kita kena sedar diri yang kita tu student IPG.
Ha mcm tu la sebab IPG lain dengan IPT. Kalau IPT kau nak dapat anak 10 pun semua orang bergembira dengan keputusan kau. Tapi kalau IPG, no no no. Jangan sekali2. Jangan cuba2.
Sebab situasi kita berbeza so aku bercakap berdasarkan situasi kita di IPG.
Jadi aku nasihatkan semua antara kamu, berkomunikasilah dengan Allah selalu, supaya Allah beritahu kamu apa yang terbaik sekali untukmu.
Jangan tergesa2 sebab situasi kita berbeza. Berbeza dengan dia, dia, dia dan dia.
Kepada bakal pengantin IPG, selamat menyiapkan diri menjadi bidadari buat suamimu, selamat menghadapi segala susah senang belajar di IPG dan selamatlah perkahwinanmu insyallah ameen.. `(*∩_∩*)′
Kepada yang masih keliru, banyakkan berdoa, minta Allah berikan jawapan untukmu dan jangan lupa istikharah. Semoga jodohmu adalah orang yang baik dan terbaik untukmu. Ameen..
Kepada yang masih single. Teruskan berdoa. Jangan malu minta suami soleh daripada Allah. Allah ada semua tu. Allah memang tengah tunggu awak minta saja. ╰(*´︶`*)╯
Kepada para isteri di IPG, selamatlah mengharungi susah senang di IPG. Kuatkan hatimu. Selamat menjadi isteri yang semakin hari semakin solehah. Jaga nama baik suamimu, jaga auratmu, jaga batasanmu dengan kawan2 lelaki dan jagalah hatimu supaya cinta pada suami sentiasa mekar dan mewangi..
Bercintalah sampai ke syurga wahai dua insan yang sedang bercinta.
Wa Allahu a'lam.
For the pleasure of Allah.
Thank You
Assalamualaikum (♡˙︶˙♡)