Searching for ......

Saturday, January 24, 2015

Review Bacaan Buku Catatan Mat Luthfi


Assalamualaikum.

This is my second weekend here, IPG KPI. I tak balik. Bekoz I am married kan and my life sekang under my husben. So I tak balik lah my husben kat sini kan hehe.

My husben khuruj tabligh lagi this weekend. Alhamdulillah. Im happy bekoz im love it. Semoga Allah tunjukkan jalan-jalan hidayat buat kami di dunia ini dan jauhkan kami dari menyimpang daripada jalan sebenar Allah. Ameeen. Its always be my doa.

So for this weekend aku tak dak banyak kije pun macam weekend lepas jugak. Sebab latihan persembahan KOT start isnin ni and kami belum start praktikum. So aku decide untuk membaca dan berfikir.

And I borrow this two books from my two friends.



Tapi sekarang aku hanya dah baca Catatan Matluthfi je (sebab aku potong turn orang baca so kena baca laju-laju hehe)

Salah satu jenaka. Pandai dia propose hahah

And I fallll in love sangat. I just could not say it bekoz ia terasa di dalam hati sahaja. I juz kenot arghhh.


Hahah cuba hampa try. Aku malu nak try hahah


Ia semacam memberi rangsangan, dorongan atau suatu galakkan dalaman kepada aku untuk terus mencurah idea. Memikir. Dan menulis. That’s why im writing now huahua.

Tapi yang agak sedihnya , aku tak dapat baca semua and tak dapat faham semua sebab dia macam mendalam sangat untuk aku faham. Atau mungkin ilmu aku cetek lagi. Emm. Mungkin jugak.

Dan sedihnya lagi jugak. Kalau yang dia tulis dalam BI tu aku takleh nak faham secara total. Aku memang kenot lah dengan english ni T.T
 Tak caye tanya teacher sekolah menengah aku, aku dah tried hard sangat masa SPM. Tapi sampai sekarang tak pandai sangat lagi T.T

Maybe I shud reading english book before sleep everyday?

Dah kenapa kau tulis english rite now kalau english kau pun hancus? –sebab aku kalau terbaca tulisan inggeris terus nak tertulis something dalam tulisan inggeris. Motivasi ekstriksik sangat.

Pastu pastu.. As my conclusion dari buku ni, after aku baca buku ni, aku mencari siapa diri aku. Mencari dan terus memilih. Ok aku nak jadi cemni. Dia cemni so aku cemni.

Im teacher so aku punya gaya penulisan pun mesti kena macam gaya teacher. Cemtu laa kot.

Pastu aku rasa aku dapat suatu galakan untuk ambil tahu dan lebih banyak baca fasal isu semasa sebab banyak jugak point yang aku tak leh nak brain. Sian hukhuk.

Thank you mat luthfi for your tot dalam buku tu. Membuatkan aku berfikir. Untuk menjadi manusia yang lebih baik. Dan seterusnya menjadi muslim yang lebih baik. Insyallah.

For the pleasure of Allah

Thank You
Assalamualaikum. 

PISMP Semester 5 Is Coming!


Assalamualaikum

Alhamdulillah aku rasa entry ni tak lambat mana pun untuk mengewish aku supaya ok jerrr di tahun dan semester yang baru ini.

And alhamdulillah jugak aku dapat melalui dan memanfaatkan cuti aku dengan baik sekali walaupun ada juga lagho-laghonya.

Akhir tahun 2014 merupakan cuti panjang pertama bagi aku sebagai seorang isteri. Alhamdulillah. Tapi husben aku khuruj tabligh. Jadi tak lah aku cuti 2 bulan lebih tu dengan hubby full time. Aku kat Johor suami kat Teganu. Jauh kan kan. Hehe. Tapi its ok jer.

Ok ok cerita cuti dah habis ea. Mai kita masuk ke tahun dan semester baru dengan azam dan semangat yang baru jugak!

Hari berganti, masa berjalan pantas, dan akhirnya tahun ni aku sampailah ke semester 5 bagi ambilan PISMP (stand for Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan). Semester 5 ni dikira antara senior-senior jugaklahh sebab ada satu batch senior je lagi atas kami. Jadi, bila jadi senior ni semua benda dah makin mencabar. Mana ada lagi makin senior makin suka buli junior macam kat sekolah dulu. Tak main ah buli2 sekarang.

So antara cabaran sebagai senior sem 5 yang bakal kami tempuhi adalah :

  1.  KOT (stand for Kejohanan Olahraga Tahunan). Memang sem 5 yang kena handle benda ni sebab masuk dalam table-3 kami.
  2. Praktikum pertama. Praktikum IPG is very very tough I tot. ngeeeee ngeri nak bayangkan. Namun ALLAH jualah yang Maha Memudahkan. Ya Allah permudahkanlah urusan praktikumku dan kawan-kawanku. Ameen.
  3. Exam. Start sem ni exam dah tak macam exam2 yang lalu sempat nak study week, sempat nak bincang ngan kawan-kawan. Sem ni katanya habis praktikum terus exam. Ya Allah. Bantulah kami yang amat lemah ini huaaa
  4. Habis sem 5 masuk sem 6. Lagi lah taff huhu.

Tapi its okey. Kita masih boleh menggunakan senjata-senjata yang kita ada untuk menguatkan dan mengukuhkan lagi keyakinan kita terhadap persoalan –persoalan seperti –mampukah aku… boleh ke ni…. Huuuuaa cemana niii…. and so on.

Senjata kita kan doa. Doakan kan senjata kita.

So aku di sini ingin memohon doa dari kalian yang membaca semoga aku dapat lalui masa masa aku sebagai seorang student IPG KPI ni dengan baik dan cemerlang. I don no la why – tapi kalau aku jadik student je aku nak yang terbaik. Tanak yang biasa-biasa aje. Nak yang terbaik. Means doa yang terbaik. Ke semua orang cemtu hehe.


Okay wish me luck. I love my life. I love u too husben. Thank you Allah. And alhamdulillah.

And...... 
Me at sem 5. Matang tak ustajah? Tehee

Me is wearing ma own shawl design. I love it berry much koz i dont have to iron-nye. Never have to. 

And u know why, i like something simple. Like takyah buat pape hehe ^ω^

And i love myself more. Thank you allah. 

Thank you
For the pleasure of Allah.
Assalamualaikum. 

Tuesday, December 23, 2014

Kenangan Menjadi Fasilitator With My Besty Di UTEM, Melaka

Assalamualaikum.

Ok ini second project aku senanya untuk cuti panjang ni. Itu lah dia Kem Smart Tahfiz Smart Solat kat UTeM Melaka. Baru sekarang sempat post.

Acc aku join sebab aku ni dah lama tak jumpa Pikadam. Alaa kawan baik aku yang aku suka citer pasal dia kalau buat karangan Bi tuuu hehe. So apa salahnya kalau kita berprogram sama2 sementara masih ada preluang dan ruang ni kan. So that kita boleh spend time togeder2 lama sikit ye dak?

So maksudnya dah 6 tahun lah kitorang baru berkawan balik ni. Lama jugak ek..

Hari Ahad 30hb Nov kitorang dah gerak sampai ke melaka sebab kononnya meeting petang tu sebelum hari esok menjelang. Tapi tetiba sedara Pikadam meninggal dunia. So kitorang rushing pegi Kajang hari tu jugak untuk melawat. Memang cool.. Samapi Melaka terus cabut ke Keyel. Aku ikut je kat belakang hehehe. No problem sebab suami bagi kebenaran. Esoknya terus berprogram. Penat jugak tapi semua tu kenangan yang best hehe. Ok dah.

Ohye semua fasilitator yang datang semua dari IPG. Bukan nak cakap IPG bagus, tapi memang kepakaran IPG adalah perihal budak-budak. Alhamdulillah memang kami sesuai lah mengawal, menjaga mengajar dan brprogram dengan dorang ni.

Dan semua fasi yang ada IPG Razali Ganu, aku je IPG Islam, Bangi. hehe. Best kawan ngan dorang.
Mai tengok gambar 5 hari tu . Cekidout

Macam biasa kau amek gambar aku nanti aku amek gambar kau ok? 
Budak2 solat dhuha 



Ustazah semua dari IPG so jangan risau. Tiptop pya hehe. 



With Muaz. Comel.. Kakak dia murid aku Ain namanya. berkenan ngan budak ni sebab kulit dia flawless sangat. eh

Ok ni lah Pikadam. Sekarang Ika. Kebanyakan kawan baik aku namanya Ika. Termasuk aku, kawan baik kepada diri sendiri. Ika ^^


Banyak lagi gambar. Tapi nape tah tak boleh upload dari tab ke blog. 

So, ni je dulu haha. 

I love u olls kawan-kawan baru. 

Thank You and Assalam!


Monday, December 15, 2014

Kad Kahwin Ilyasiddiqah Designed By Ilyas

Assalamualaikum

Alhamdulillah hati gembira sebab perut dah kenyang dipenuhi dengan lauk pauk yang sedap dimasak oleh chef asidiqoh jaujal-ilyasi fil-berangi min-renggami. Hehehe. Sedapnyaa. Dah kenyang pun teringat ingat lagi. Lauk daging masak cili api ubi dengan sayur brokoli rebus. Yam yam yam cedapnyeeeer T.T Bukan aku puji aku masak sedap, tapi sebab sejak azalinya menyebut nama lauk itu pun sudah terasa nikmatnya, inikan pulak kalau dapat memakannya. Ye dak?

Ok saja ja bagi mukodimah. Hari ni nak start balik citer fasal kawen hee. Mood kawen bangkit semula ni sebab hari tu baru pegi majlis kak yam. Teringat semua kenangan-kenangan masa majlis aku. Uwaaa rindu rinduuu. Tapi betulll, kawen ni salah satu part yang paling indah dalam hidup kita. Memang sangat indah.

So kali ni nak citer fasal kad kawen aje. Kad kawen aku dulu susah jugak nak decide. Sebab kitorang buat sendiri kad kawen. Memang nak buat sendiri. Tapi bukan akulah yang buat, suami tercinta yang buat. Kalau dulu kira tunang yang buat hehe.

Page depan


Page belakang


Design sendiri, takde tiru memana. Memang full by suamiku Ilyas.

Masa untuk mendesign tu memang agak lama sebab masa tu kitorang tengah busy kat IPG. Asyik tertangguh2 aje. Pastu bila dah siap, tunjuk ibu ayah, kena reject, betulkan semula. Haha. Nak betulkan semula amek masa jugak. So memang lama la nak buat kad tu. Hurmm.. mungkin juga pengurusan masa tak berapa efisien huhu.

Pastu tempah dekat Kad Kahwin Borong HQ. Kitorang tempah 1000 pieces hari tu, so dapat sekeping dalam 15 sen tak silap. Amek yang paling murah kehkehkeh.
Korang search je internet type kad kahwin borong HQ,  insyallah jumpa sebab dia ada banyak cawangan. Kitorang guna yang cawangan Melaka. Kenapa entah pilih yang jauh haha. Tapi service dia baguslah alhamdulillah.

And dalam kebaikan pasti ada buruknya. Sama lah dengan perihal kad kawen aku ni. Antara yang buruknya sikit adalah : 

Pertama : nak jimat punya fasal, amek kad yang paling kecik. Sekali dapat, tengok terlalu kecik la pulak T.T Memang sangat keciklah bagi aku. Orang-orang tua susah nak baca. Pastu ada dua pengantin pulak tu. Lagi lah kecik… Dan nampak sempitt. Terkilan jugak. Bila dah siap 1000 pieces baru terperasan, alamak keciknyeee, nape kita tak ukur dulu kertas ikut ukuran yang dia dah bagitahu tuuu, main setujuuu aje pilih ukuran tu T.T

Kedua : Sebab takut-takut tak cukup, aku tak dapat bagi kad kawen pada ramai kawan2. Terutamanya kawan-kawan IPG. Sebab kalau kawan SMAPR atau kawan sekolah rendah semua dah jauh-jauh sekarang. So memang akan jemput melalui FB aje. Terkilan sangat tak dapat bagi kad. Aku rasa macam eksen sangat aje aku ni T.T Pastu tetiba hari kejadian tu ramai pulak yang dapat datang. Lagi aku terkilan. Sorry tau kawan-kawan. T.T

Okay itu aje masalah kat kad kawen.

Tapi biasalah kan. Mana ada majlis yang berjalan perfect. Mesti ada satu dua complang. Apa-apa pun aku bersyukur semuanya telah selesai dan berjaya dengan sangat jayanya T.T Alhamdulillah.. rindu hari kawen… huhuu…

Okay itu aje nak cakap.. semoga kita bertemu lagi di lain cerita…

For the pleasure of ALLAH
Thank You
Assalamualaikum

Sunday, November 30, 2014

I MISS YOU HUSBAND!

Assalamualaikum

Alhamdulillah Malaysia baru aje menang atas Singapore 3-1 ni. Hehe. Walaupun aku tak berapa minat, tapi kalau pasal negara aku, opkos aku akan amek port jugak.

Tahniah Malaysia.
Good job our friends Singapore.

Sebenarnya kan, team Harimau kena berterima kasih jugak kat aku sebab aku ni lah antara sebab Malaysia menang malam ni. Hehehe. Jangan tak caye, rugiii.

Aku sedar, kalau aku terpacak kat depan tv, insyallah gol tak masuk. Kalau aku tak ada depan tv, insyallah masuk. Tapi ni tak termasuk kalau aku tak de di kawasan ada tv tau. Tu dah citer lain. Tu tak ada kena mengena ngan aku. Ni aku cakap kalau aku ada kat sekitar tv masa tu.

So, tadi macam ni,  gol malaysia yang pertama tadi aku tengah basuh pinggan, tak ada depan tvlah maksudnya. Bila dah siap aku duduk depan tv, pastu singapore pulak masuk gol. Aku kuciwa so aku masuk bilik dengan harapan malaysia silalah gol, aku tak de depan tv ni. Hehe. Aku masuk bilik, lagi 2 bijik bola malaysia sumbat dalam gol. Alhamdulillah. Apa2 pun senanya Allah dah tentukan. Kinah kata macam tadi tu khurafat. Betul ke? Nauzubillah. Ngeee.

So malam ni so bosan , aku buat mende ni hihi

Hubby with me hehe.

Saja ja mengedit2 gambar. Tak ada niat nak jeleskan orang. Tak ada niat nak menunjuk. Tak ada niat nak getiks. 

Aku cuma rindu suami aku. Sebab tu semua throwback. Semua gambau lama. Suami aku kan sekarang keluar tabligh hehe. 

Acc, dia tak suka sangat aku post2 gambar kami ni. Dia nak privasi sikit. Senanya kot. Tapi dia tak pernah cakap pun hehe. Nak jaga hati isteri kot.. 

Okay je.. aku no prob aje nak buang gambar kat instagram. Sebab aku ada blog. Blog private sikit sbb tak ada orang baca. Seketul dua aje pembaca iaitu, aku, kau yang tengah baca ngan sesapa lah lagi sorang hahaha. Kesian kan. Tapi takpelah. Bagus jugak. Aku feel free nak bercakap kat sini. Gambar2 with hubby pun boleh letak sini. Manyakmanyakk hihii. 

I miss u hubby. 
I miss u suami.
I miss u zauji. 

From your childrens' mummy: aca asyidika

Thank You
Assalamualaikum