Searching for ......

Thursday, October 23, 2014

Tips dan Vitamin Untuk Atasi Masalah Tekanan Darah Rendah

Assalamualaikum semua :)

Aku ingat lagi, masa zaman sekolah dulu, aku ni antara orang –orang yang kurang bersenam dan agak pasif sebab tak berapa aktif bersukan. Dulu aku tak tahu, ingatkan antibody aku memang lemah dan aku memang jenis manusia yang lemah dan antibody tak kuat.


Bila dah besar sikit ni, dah pandai search internet, dah pandai nak sihat, dah pandai nak cantik, baru aku sedar aku ni ada tanda-tanda kurang darah dan tekanan darah rendah.

So aku ajak ayah aku gi klinik dan bila check memang betul aku ada masalah tu.

So aku pun mencari-cari lah supplement yang boleh membantu aku menambah darah. Sebab doctor kata boleh makan supplement. And bila cari punya cari, maka terjumpalah Shaklee.

Begitulah bermulanya perkenalan aku dengan Shaklee :)

So here ada beberapa sebab lain kita cepat letih selain dari kurang darah and tekanan darah rendah:


1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)

Aku memang minum air paling biasa 2 litre per day. So aku rasa bukan sebab ni aku selalu letih.. Cuba korang check pulak berapa litre korang minum dalam sehari?

2. Aktiviti berlebihan

Aku pun bukan jenis budak aktif..

3. Ubat-ubatan

Aku tak ada amalkan makan ubat apa-apa..

4. Kurang Zat Besi

oh yeah. Ini mungkin benar sebab sebab kurang makan sayur ngehngeh

Zat besi ni adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Kalau anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda berasa letih.

5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena

tidur lagi lah tak dak masalah herher

6. Keadaan Kesihatan

Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.

7. Stress

Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.


Ini antara penyebab tekanan darah rendah :

  • Kekurangan cecair dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Kekurangan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
  • Masalah jantung- denyutan jantung yang agak cepat atau terlalu lambat
  • Alahan yang teruk ketika kehamilan, dan sebagainya.
  • Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan
  • Faktor genetik


So, antara Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah :

1. Minum banyak air
2. Tingkatkan pengambilan garam
3. Banyak makan makanan kecil
4. Pakai stokin
5. Tinggikan posisi kepala
6. Bangun daripada pembaringan secara perlahan
7. Minum jus segar
8. Makan kismis dan badam


And kalau nak pilih Shaklee sebagai supplement tambahan, aku akan suggestkan beberapa vitamin yang sesuai. Tapi tak semua korang kena makan, tengok mana yang sesuai dengan masalah korang. (Boleh click kat perkataan warna pink kat tajuk tu ea nanti keluar lagi info tentang supplement tu).




Vita Lea Shaklee adalah Iron ya :)

Apa kelebihan Vita Lea?

  • Pertama, ia terbaik dalam pasaran - Mengandungi 19 nutrien - 12 vitamin dan 7 mineral. Semua jenisnya ada tercatat di label pada botol.
  • Teknologi terbaik (dengan jumlah nutrien yang sebegitu banyak saiz vitamin ini boleh menjadi sebesar penumbuk)
  • Dirumuskan secara saintifik dan teruji keberkesanannya. Rekabentuk komputer.
  • Biotin - 100% US RDA, komponent vitamin yang termahal
  • Menyediakan vitamin dan mineral seimbang yang lebih baik menurut piawaian Daily Standard
  • Tiada nutrien yang tidak perlu ditokok tambah
  • Tingkatkan density/ketumpatan tulang = 2-3 kali ganda
  • Merangkumi 40 jenis makanan
  • Tempoh masa 'disintegration'/pemecahan yang unggul
  • Ujian klinikal diuji atas manusia bukan pada binatang
  • Semua bahannya semulajadi


Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam menghasilkan haemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.


Menurut Linus Pauling Institute, hemoglobin dan myoglobin adalah protein dalam sel-sel darah merah yang mengangkut dan menyimpan oksigen dari paru-paru anda di seluruh badan. Tahap besi yang rendah menyebabkan tahap hemoglobin dan myoglobin juga rendah iaitu yang mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen. Keadaan ini dipanggil anemia,  ia boleh menyebabkan keletihan, sakit kepala, dan gejala yang sama kepada serangan jantung seperti sesak nafas dan sakit dada.



Dan kalau kita amalkan makan vita lea ni, ia akan dapat membantu:


  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

So, secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang tau. Sebab apa? Sebab vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan. 


Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

  • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
  • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
  • Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
  • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet



Kekurangan vitamin B-12 dan folat menyebabkan badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah yang cukup merah.


Rawatan untuk kekurangan vitamin B12 (yang menyebabkan anemia makrositik) telah dijumpai oleh William Parry Murphy. Beliau melukakan anjing-anjing sebagai eksperimen sehingga semuanya menjadi anemia, dan kemudian memberi mereka pelbagai bahan dan zat makanan untuk mencari bahan yang mampu mengubat anemia. 

Berdasarkan kajian beliau ini, memakan hati mampu mengurangkan simptom dan akhirnya menyembuhkan anemia. George Richards Minot dan George Hoyt Whipple akhirnya berjaya mengasingkan vitamin B12 dari hati. Untuk itu, ketiga-tiga orang ini berkongsi Hadiah Nobel 1934 dalam Perubatan.



Vitamin C penting untuk imunisasi and untuk penyerapa maksimum iron.




Dan aku pun makan vitamin-vitamin ni tau! Alhamdulillah sekarang okay sangat. Serius aku dapat rasa perubahan. Dulu aku letih aje, sekarang bergerak aktif hehe. Kata nak jadi cikgu yang bagus kan kenalah aktif hehee






Pertama kali dihasilkan pada tahun 1980-an oleh saintis Shaklee dan University of Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus(human-powered flight programme). Melalui perkakasan produk iaitu Performance Drink Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah penerbangan berkuasa manusia sejauh 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Performance merupakan minuman sukan pertama bagi atlet Amerika Syarikat. Performance drink Shaklee juga telah direka khusus untuk angkasawan NASA.Sangat sesuai untuk para atlet, orang berpuasa, sebelum atau selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahidratan otot dan kulit, vagina yang kering, cirit-birit, rendah paras gula, tiada selera makan, pening dan sebagainya

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif Opticarb yang sudah dipatenkan ini meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda. Berbanding minuman sukan yang lain, Performance Drink Shaklee mempunyai lebih 67% glikogen (sumber tenaga) dengan segera.




Komponen elektrolit: Sodium, Chloride, Magnesium, Kalsium, Pottasium

Secara ringkasnya fungsi dia macam 100 plus. Suami aku minum PD ni sebab dia budak sukan kan. Tapi tak ambil setiap hari. Minum bila perlu je.

Contohnya bila dia rasa letih ke, mengantuk ke, lemah badan ke, aku akan buatkan air jus ke apa, campurkan aje dengan PD ni sesudu. :) Insyallah Okay lepas tu. Tapi dengan syarat minum air mineral  banyak ya.. :)

So ini saja dari saya.

Banyak lagi sebenarnya supplement Shaklee yang sesuai untuk masalah cepat letih and masalah darah rendah ni, tapi saya tulis apa yang saya amalkan aje sebab saya dah rasa kebaikannya sendiri. :)

So kalau nak minta saya suggestkan supplement mana yang sesuai untuk anda, silakan contact saya.

Aisyah
011-33099034

Thank you!
Assalamualaikum 




Wednesday, October 22, 2014

Review Korean Drama : Sly and Single Again

Assalamualaikum

Hari ni IPG cuti peristiwa sebab esok Deepawali. IPG amek cuti sehari je. Walaupun tak best sebab cuti sikit, tapi better kot aku rasa sebab IPG tak amek berkat hari deepawali lebih lebih. Kata IPG Islam kaan..

Lagipun kat IPG ni dua orang je manusia yang berbangsa india. And dua dua lecturer. 
Acc sekarang tengah menunggu kot kot husbeng call nak ajak dating ke. Berangan melebih sangat kan kehkeh.

So aku pun tengoklah Single Lady ni.



Cerita ni bagi aku agak sedih. Sebab mampu menyentuh perasaan keisterian aku ni. Sebab dia citer fasal pasangan yang dah cerai . Tapi aku tak taulah nape, air mata tak nak keluar haha. 

Maksudnya belum cukup sedih. Aku je fefeeling sangat. Mungkin sebab patutnya cerita ni sedih, tapi dia buat jalan cerita ni agak santai dan kelakar, so jadi ok jerrr..

Okay, 
Ceritanya fasal pasangan suami isteri yang dah bercerai. Si suami sebenarnya bermula dengan seorang yang lurus dan bendul namun rajin belajar. Macam budak skema la gitu. Yang perempuan pulak tak pandai belajar and tak sambung belajar pun. Hanya mampu tolong parents meniaga kat kedai makan dorang aje.

So diorang pun berkenalan dan bercinta, dan akhirnya kawen.. kehidupan lepas kawen diorang sederhana je. Tak kaya pun. Duduk rumah kecik. Suami kerja. Isteri duk rumah, jaga keperluan suami. Happy lah senang kata.

Zaman bahagia suami isteri


Tapi suami ni ada perancangan untuk hidup lebih baik. Means dia ada rancang sesuatu untuk bagi family dia kehidupan yang lebih baiklah. Tapi dia perlukan sokongan isteri dia. 

Bila dia tanya, kalau dia buat sesuatu perubahan yang besar dalam hidup dia untuk kebaikan keluarga bersama, isteri dia percayakan dia tak?

And isteri dia cakap, of kos dia percayakan suami dia.


Bahagia adalah best ngehngehngeh



Tapi bila hari kejadian. 
Suaminya bagitahu dia berhenti kerja untuk usahakan bisness sendiri, dan memerlukan support isteri dia dalam beberapa tempoh masa tertentu untuk merealisasikan impian dia tu, isteri dia refuse. 

Dia tak nak. Dia sedih... Kenapa suami dia berani resign. Kenapa suami dia nak buat macam tu? Bagus sangat ke perubahan yang nak dibuat tu sampai sanggup mengorbankan isteri  sendiri? Kenapa? Nak bagi dia makan apa? Nak suruh dia hidup susah ke? 

Sebab of kos kalau kita nak buat suatu bisnes besar, permulaan dia memang akan perit. Dan akan menjebakkan ahli keluarga terdekat contohnya suami or isteri. Mereka akan turut rasa tempias kesusahannya. 

Sebab tu si suami tu tanya dulu awal awal tu.
Memang kesian sangat waktu ni. Dua dua makhluk tu aku kesian.

Kalau suami aku kesian sebab dia adalah seorang suami. 
Seorang suami, hebat mana pun dia, dia tetap memerlukan support isteri dia. Kalau tak de support, kekuatan dalaman tak ada, maka tak terzahir kekuatan luaran. Tak boleh nak berjaya. Makin susah nak cari jalan keluar dari masalah.. Dan biasanya tak berjaya sampai ke sudah. 

At least si isteri tu bagi la support, cakap cayok pun ok. Ni dia ignore terus. Dia merajuk dan marah. Memang tak nak tak nak betul lah. Sian suami dia... Hard time dia tidak ditemani oleh isteri yang dicintai. Cinta sejatikah itu? Cett

Ni part dah bersama semula. 


Kalau isteri pulak aku kesian sebab dia kena hadapi semua kesusahan tu. 
Memanglah dia merajuk, dia marah dengan suami dia, tapi sebenarnya masa suami dia sedang berusaha memulakan perniagaan tu, dia membantu sesuatu. 

Dia buat banyak benda dalam satu masa untuk meringankan beban suami dia. Dia jual ni, jual tu. Dia jadi saleswoman, dia jadi tukang cuci, jadi tukang potong daging lah apa. 

Tapi slacknya, bila dia balik aje dia merajuk ngan suami dia. So nampak macam dia watak yang tak guna. (sebab suami dia tak tahu yang dia bekerja untuk meringankan beban suami dia). 
Dan sampai akhirnya dia miscarriage T.T

Perempuan kalau kandungan dia gugur, dia akan jadi sangat sensitif, lemah dan sangat sangat stress dan tertekan. Deep. Deep deep. Semua yang selama ni kuat dia tanggung, terus terlepas,  terjatuh dan tak sanggup nak bertahan lagi. Macam gitu jugaklah perempuan tu. 

Dia terlampau sedih. Dia fikir, sampai hati suami dia sanggup susah susahkan dia macam ni, sampai anak gugur T.T 

You dah tak sayang ai! Kita putus!

Cenggitula lebih kurang..

Lagi pun kesian perempuan ni sebab... sebenarnya dalam tempoh kebahagiaan diorang, suami dia amat memanjakan dia ( macam aku je T.T ).

Nak apa? Suami belikan.
Tak suka apa? Suami tak buat.
Merajuk mengada? Suami layan aje, pujuk.

So bila berlaku perkara yang agak susah sikit, dia jadi tak mampu, goyang, susah dan tak boleh nak hadapi.

Macam tu la kot perempuan tu.

And kesalahan yang nampak paling jahat dia buat adalah meninggalkan suaminya di saat genting dan saat kesusahan suami dia. (Padahal orang tak tahu masa tu emosi dia terganggu sebab miscarriage T.T)


Zaman bersusah payah si suami 


Bagi aku baguslah dia buat cerita macam ni, mungkin kes penceraian kat korea dah terlampau tinggi. Salah satu inisiatif dia nak memberi kesedaran kepada rakyat adalah dengan membuat satu cerita yang berbentuk santai macam ni.

Yang bagusnya cerita ni,  bagi aku, dia nak bagitau, semua orang ada terrr silap langkah. Cuma dia akan dimaafkan atau tidak. Diberi peluang kedua atau tidak. Itu aje. 

Dan mengikut realiti. Tak ada peluang kedua pun sebenarnya untuk dia mulakan hidup baru bersama semula T.T

Tapi kalau nak yips aku boleh bagi hehe.

Antaranya adalah : Walaupun dia buat jahat kat kita. Dan sangat pedih menusuk ke jantung yang paling pisang sekali, ingatlah kebaikan dia. Bukankah dulu kita pernah berbahagia dengan kebaikan dia? Kenapa sekarang kita menidakkannya pulak?

Panjang pulak aku bebel.


Huhu lain kali nak bergaduh ingat, jauhi penceraian. Sebab penceraian ni akan menyebabkan banyak penyesalan. 

Pasal cerita ni, korang tengoklah sendiri, baru tahu lastnya cane (hehe tak aci ngat kan)


Okay bye! 

Assalamualaikum


Buku Yang Sangat Elok Dibaca Untuk Belajar Tentang Rumah Tangga

Assalamualaikum :)

Ingat lagi, sebelum aku kahwin dulu, aku sibuk mencari buku tentang perkahwinan. Pergi kedai buku, banyak sangat buku sampai tak tahu nak beli mana satu. 

Akhirnya tak beli heheh takdelah

Jadi masa tu aku memerlukan masa yang lama untuk memilih buku. Sebab nak cari yang the best ever. 

Makanya, bagi memudahkan korang, Aku nak tolong  senaraikan beberapa buku yang bagi aku bagus untuk korang yang nak belajar tentang rumah tangga ni :)

Ya, memang semua buku bagus.. Tapi ada certain buku yang aku rasa korang kena baca kalau nak jadi suami / isteri yang baik. Ini berdasarkan pengalaman akulah. Buku yang betul-betul ingatkan kita atau betul-betul tegur kita secara direct.

Dan sebenarnya aku pun bukanlah rajin ngat membaca. Tapi bila aku ada masalah dengan suami, atau aku rasa aku buat dosa ke, atau aku rasa aku ni betul sangat sampai tak nak dengar cakap suami ke, aku akan rujuk buku-buku supaya buku tu akan mengatakan yang aku salah! 
Haaa cenggitu,

So antara buku favourite aku adalah :

Al Quran


Of course Al Quran kena jadi yang pertama. Jangan ikutkan nafsu. Bila ada problem je, bacalah quran. Nampak simple kan? Tapi sebenarnya dengan membaca Al Quran, kita akan mengingati Allah. Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Dan bila hati tenang,  masalah dapat diselesaikan dengan baik sebab ada bantuan Allah. Kena yakin ni.. 

So sebagai orang islam dan orang yang baru bertatih dalam rumah tangga ni, aku rasa aku perlu bersandar dan rujuk kepada yang Maha Tahu. So nasihat aku kepada aku dan semua yang baca. jadikanlah Al Quran sebagai rujukan utama kalau korang ada masalah nanti. Its okay kalau tak faham maksudnya. Baca je.. Baca je.. 


 Cinta Kerana Allah Pahrol Juoi



Buku ni pulak tentang macam mana nak bahagia dengan cara yang islam ajar. Cara nabi ajar.

Aku bagi contoh ea,

Dengan memberi, kita akan menerima.
Berilah dulu. Baru kamu akan terima.
Jangan hanya pandai meminta. 
Maka, kamu tidak akan diberi.

Samalah dengan cinta.
Cintailah pasangan kamu dulu. Jangan meminta dicintai sahaja.
Dengan mencintai, kamu akan dicintai.

Cinta pulak ada jugak maksud dia. Bukan I love you, I bukakan pintu kereta untuk u. Bukan tu. 
Kena baca sendiri sebab panjang.

Tapi best buku ni. Memotivasikan pasangan suami isteri untuk terus hidup dalam cinta yang sampai ke syurga. :)



La Tahzan


Okay buku ni adalah buku motivasi supaya kita tidak bersedih. 

Lumrahlah kalau tiba tiba kita rasa sedih. Mungkin sebab suami atau mungkin sebab lain. 
Bukalah mana-mana muka surat daripada buku ni dan baca. 
Insyallah ada kata-kata yang akan menjentik hati korang supaya tidak bersedih. :)




Man From Mars, Women From Venus



Buku ni tip top. Memang best. Sebab dia fakta. Aku rasa sebelum korang kahwin korang kena khatam buku ni dan faham konsep dia.  
Walaupun huraian dia agak panjang dan susah difahami, tapi okay sebab content dia bagusss. 

Kena baca ulang kali baru masuk dalam otak. Sambil baca sambil ingat kat pasangan kita, barulah mudah nak faham apa yang disampaikan.

Okay, buku ni sebenarnya nak bagitahu yang lelaki dan perempuan ni berbeza. Kita berbeza. 

Dan sebab berbeza, lelaki dan perempuan selalu bergaduh.

Kenapa?
Sebab tak sependapat. Sebab tak saling memahami.

Aku bagi contoh ea,

Isteri merajuk.
Suami tak pujuk (ciss)
Bila isteri tanya kenapa suami tak pujuk, suami jawab, ‘awak perlukan ruang untuk bersedirian..’

Oh no man. Salah konsep. Itu adalah sifir untuk lelaki.

Kalau isteri merajuk, suami kena pujuk.
Kenapa?

Sebab isteri nak dipujuk.

Ok

Kalau suami pulak yang merajuk.
Isteri jangan pujuk.
Kenapa?

Sebab lelaki memerlukan masa untuk dirinya sebab setiap lelaki ada gua dia sendiri.

Kenapa berbeza ekkk?

Sebab kita berbeza. Ingat tak aku cakap tadi… ?  :)

Dan kenapa kita berbeza? Sebab kita adalah dari planet yang berbeza.  

Semua tu korang kena baca dan fahami sendiri untuk kebaikan hubungan suami isteri korang nanti.

So kesimpulan aku, buku ni perlu dibaca adalah untuk mengelakkan pergaduhan dan salah faham. 

Bagi mengelakkan dua perkara ni, kita perlukan persefahaman. Untuk mendapatkan persefahaman, kita kena memahami pasangan kita. 

Macam mana nak faham? Baca buku ni hehe sebab dia dah bagi dah formula tu semua. 
Dah ada orang kaji dah. Kita tinggal baca dan buat apa yang baik aje..



Sikap Isteri Yang Boleh Merosakkan Keharmonian Rumah Tangga – Zulian Al-Farizzi


Untuk isteri

Untuk suami


Okay buku ni kena ada. Buku ni dia senaraikan perkara perkara jahat yang isteri selalu buat.
Penting buku ni untuk aku sebab kalau macam aku, gaduh gaduh ngan suami, aku akan terus bukak buku ni tengok senarai kejahatan isteri pada suami yang dia senaraikan, 
Ada tak yang aku buat masa gaduh tadi hehe.

Kebiasaannya ada. Kehkehkeh. So dengan itu, aku akan sedar dalam pergaduhan tadi aku yang salah. Jadi aku minta maaf pada suami dan berjanji tak buat lagi. Heheee

So bagi aku buku ni baguslah untuk ingatkan isteri benda benda yang tak boleh buat. Contohnya mengguris hati suami, mengecilkan hati suami, tidak suka fizikal suami, tidak suka hobi suami. 

Yang simple simple pun dia bagitahu. So para isteri akan cuba elaklah dari buat benda tu sebab dia memang senaraikan..

Okay itulah antara buku yang best dalam senarai aku.

So pesan aku, kalau korang belum kahwin, bacalah buku banyak banyak. Mana tahu selain daripada buku yang aku senaraikan ni ada lagi buku bagus yang jadi faveret korang nanti bila dah kahwin. 

Sebab after kahwin nanti korang dah tak sempat dah nak baca buku. Aku okay lagi sebab duk asrama, bila perlu je aku settlekan keperluan suami. Kalau kat asrama tak yah. So hidup aku macam student biasa je.. Mana tahu korang kahwin terus pindah luar ke atau korang kahwin after study ke.. 

Kak Aisyah Humaira’, isteri Ustaz Zaharuddin yang kedua kata, ilmu rumah tangga yang dalam buku tu penting sebab satu hari nanti kita akan melaluinya. Kalau kita tak baca sekarang, semasa kita sedang lalui waktu itu,  kita tak sempat dah nak baca.

Ya. Memang kita dapat melalui moment itu dengan baik, tapi rugilah sebab kita tak dapat laluinya dengan lebih baik disebabkan tidak menggunakan ilmu..

So jom baca!

Semoga Allah permudahkan urusan kalian dan urusan saya juga. Ameen 

For the pleasure of Allah
Thank You
Assalamualaikum




Review Korean Drama : Man From Star

Assalamualaikum


Lama dah aku tengok cerita ni. Masa tu cuti mid sem. Aku balik 2 3 hari lambat daripada kawan kawan lain sebab kali ni kami (suami isteri ) akan balik Terengganu. Tapi kami tak balik berdua.

Balik bertiga dengan keksyah, kakak ipar aku. So sementara tunggu kak aisyah sampai Malaysia, kami duk asrama dulu beberapa hari.

Dalam beberapa hari yang sunyi tu, aku sempat ambil cerita daripada Kak Long untuk jadi peneman aku kat asrama nanti hehe.




Cerita ni simple je. Tapi agak mengarut. 
Eh bukan agak. Tapi mengarut. Sebab hero tu ada kuasa. Dia makhluk asing.

Ceritanya fasal seorang lelaki. Yang mana dia ni makhluk asing. Boleh hentikan masa. Boleh dengar percakap orang dari jarak jauh. Boleh gerakkan sesuatu dengan hana mengerlipkan mata. Boleh terbang. Boleh hilang hilang. Macam macam lagi lah boleh.

Amboi kau. Overnya kebolehan. Ko ingat ini sorga? -.-

Heroin pulak seorang artis. Yang berlagak. Macam bagus. Cantik. Dicemburui. Dan banyak lagi.

Diorang ni jiran. Nanti ada konflik yang akan menyebabkan dorang ter-bersama. So bermulalah kisah cintanya.

Cerita ni lebih berkisarkan tentang konflik. Konflik dalam cerita ni agak complicated sebab ada berlaku pembunuhan kejam. Pastu ada pulak ancaman-ancaman kepada si perempuan tadi. Ada jugak penyiasatan fasal kes pembunuhan tu sebab perempuan tu macam terlibat dan dia dituduh membunuh pulak. Macam macam masalah perempuan ni haha.

Aku suka awal cerita sampai pertengahan cerita. Bila dah nak habis tu dia ada part jiwang jiwang karang sikit, aku dah mula bosan. Jiwang sebab dorang dah mula bercinta. Bila bercinta ni biasalah, agenda semua yang manis manis aje. Tak mencabar langsung haha. Lagipun part last last tu lelaki tu dah nak dessapear (tak tahu eja haha) daripada dunia ni sebab dia ada tempoh masa tertentu boleh duduk kat dunia. 

Ha tu la kau, makhluk asing buat cara makhluk asing. Cariklah kaum sejenis nak bercinta pun. -.-

So masa tu dia ada agenda nanges-nanges, sebab sedih nak tinggalkan perempuan tu… 
Aku tengok dah tak sedih dah sekarang sebab aku dah tau dah permainan cerita korea ni.

Dulu masa zaman My Girl boleh lah temberang aku lelaki korea semua sweet-sweet sampai aku nanges seram-seram sejuk. Sekarang no way man..

So bagi aku cerita ni best! Cuma dia habiskan cerita dengan jalan yang tidak menarik. Itu sahaja.
Konklusinya jangan bercinta dengan makhluk asing, kelak merana diri. Ya kawan kawan…

Okay, tu saje dari saya!


Assalamualaikum 

Projek Memikat Suami : Macam Mana Caranya?


Assalamualaikum. Dan jangan gelak.

Wakiwakiwaaaa :D
Ini adalah idea Balqish suruh aku buat entry fasal ni.




Entry macam ni kena buat by time. Sebab aku akan belajar melalui masa.
Korang pun tahu kan yang aku tak duduk serumah dengan husbeng aku.
Aku duk asrama blog E , husbeng asrama blok B.
Kihkihkih rasa budak sangat

So aku tak dapat melalui hari-hari aku sebagai seorang isteri dengan sempurna sangat lah.
Mungkin pada masa akan datang kemahiran aku memikat suami akan lebih bertambah sebab dah duduk serumah. Ya kan?




Suami saya hihi


Jadi untuk tips yang kali pertama dan sebagai pemula ni adalah :

Jadilah gembira untuk menggembirakan suamimu..


Gembira ngat ye

Anda hanya perlu jadi gembira, supaya suami anda senang hati melihat anda, dan dia pun senang hati untuk keseluruhan hidupnya..

Maka dengan itu, masalah dia yang besar pun akan jadi ringan dan mudah diselesaikan..

Sebab dia rasa isteri dia senang dengan dia.  Gembira dengan dia. Isteri dia bahagia dengan dia. Isteri dia cukup hidup dengan dia.

Walaupun dia mungkin kekurangan wang. Atau dia kekurangan kudrat. Atau pun dia banyak menimbulkan masalah. Atau pun dia tak pandai sangat uruskan keluarga.


Sehari selepas menikah. Sweet time :')

So dia akan rasa dia adalah seorang lelaki yang power. Yang boleh diharap. Yang berjaya menguruskan rumah angga. Yang berjaya mengetuai rumah tangga. Yang berjaya membahagiakan isterinya.

Hanya dengan sebuah kegembiraan yang sang isteri tunjukkan tadi..

Kalau pada ketika itu anda sedang marah, atau sedang bersedih, atau sedang gila..
Kalau anda boleh sembunyikan kesemua perasaan negetif  anda tadi, itu adalah lebih baik.
Isteri cerdik yang solehah sangat.

Sebab biasanya perempuan ni kalah dengan emosi.
Kalau dia marah, maksudnya dia nak marah.
kalau dia sedih, maksudnya dia nak nanges.
Tak kira.


Jalan -jalan makan angin kat Mersing 


Kalau anda berjaya lawan kehendak nafsu anda tadi. Maksudnya anda menang.
Dan anda berjaya mengelakkan satu masalah ataupun pergaduhan yang menyebabkan keharmonian rumah tangga dicemari.

So tu jelah tips untuk kali ni.

Cheeese dell

For the pleasure of Allah
Thank you
Assalamualaikum