Assalamualaikum..
Hari ni mama nak cerita pasal amalan yang mama amalkan dan
cuba amalkan masa mama pregnant. Memang tak semua malan yang dicadangkan baik
tu mama buat, tapi ada beberapa perkara yang mama memang amalkan. Semoga dengan
amalan ni semua anak2 mama jadi anak2 yang soleh dan solehah, diberkari Allah
dalam seluruh hidupnya ameen.
Okay tapi serius tak sama amalan masa preggy Ameenah dengan
second baby ni. Sebab tak tahu lah memang tak boleh nak sama. First maybe sebab
mama nak improve mana yang kurang, and maybe feelingnya lain bila second
pregancy ni. Sama ada jantina baby lain atau memang semua anak berbeza-beza. I
really dont know. Tapi ni mama share sekalilah ea dua-dua time preggy..
1) Khatamkan satu Al-Quran
Okay yang ni amalan masa second pregnancy. Mama try hard
(means memang malas sesangat tapi cuba juga baca) untuk habiskan satu quran
full. Inshallah sempat. Setakat ni 7 bulan preggy dah sampai juzuk 20. Kejap
lagi bulan ramadhan inshallah boleh habis ni hehe.
Masa ameenah dulu mama amalkan 3 surah yang famous tu, surah
maryam, surah luqman, surah yusuf.. yang kali ni serius tak baca 3 surah tu
sebab nak fokus habiskan satu quran..
Lagipun mama ada amalan baca al-Waqiah hari-hari non stop.
Untuk keluarga kita, untuk papa. Kira hadiah lah daripada mama untuk semua ahli
keluarga kita..
Ingat nak tambah amalan baca surah yasin etiap pagi semula.
Tapi tulah,tak mula2.. hahah
2) Taklim (baca hadith nabi)
Ni pun takdelah awal sangat mula. Mula 1 Januari hari tu
alhamdulillah dapat istiqomah hari2 kat rumah kita. Mama tak baca, mama dengar
je. Papa yang baca.. Baca hadith ni bagus untuk melembutkan hati.. hati mama
papa, hati anak2.. inshallah mudah-mudahan...
Nanti mama update lagi hahaha.. sebab serius tak banyak pun
amalan mama.. sobs.. Mama update si
kit pics Mama masa preggy awak ea sayang hehe
Waaaah! Happy mama masa preggy awak ye! =D
Demi tak nak kacau Ameenah main, tapi nak ambil pic dengan dia...
Alamak gemok sudah mama and papa, Ameenah je cute hehe..
Tahniah Haziq and Fatin Faridah.. <3
Semua pics tu diambil semasa cuti panjang iaitu cuti bencana campur dengan cuti penggal seminggu.. So total cuti 18 hari hahah.. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dan nikmat di atas musibah yang berlaku.. Dapat spend time with parents both of us lama-lama sikit..
I love you my second baby... semoga awak sihat, gembira,
sedap mata memandang,dn dilindungi Allah sentiasa ye.. we all semua tak sabar
tunggu awak tau...