Assalamualaikum
semua habuk habuk. Hehe
Lama tak
update blog sebab banyak benda yang perlu diberi keutamaan.
So sekarang
dah habis semua assignment bolehlah aku update apa yang patut dalam hidup aku.
Alhamdulillah..
sekarang dua-dua belah majlis dah selesai.
Majlis kat rumah mertua 19.9.2014.
Ingat ni siddiqah haha. (sebab biasanya tarikh2 ni aku lupa)
Majlis
rumah aku ringkas kan?
Tapi majlis kat rumah mertua aku lagi ringkas.
Lagipun
semua benda umi dan abi (mertua aku)
settle kan.
Dah la umi abi wanita bekerjaya. So memang busy dan banyak benda
lah klu nak buat berdua aje.
Majlis kat
terengganu dibuat hari jumaat. Kenapa jumaat? Sebab sabtu untuk rehat. Esoknya
hari ahad aku dah kena masuk sekolah untuk PBS hehe.
Majlis hari
jumaat kan, makanya masa yang ada singkat. Start orang datang kul 11 pagi. Makan
damai pun pukul 11 pagi. Memang ngam2 makan terus gi sembahyang jumaat.
Alhamdulillah.. Masa orang lelaki gi sembahyang jumaat, kaum perempuan boleh
berehat sat haha. Penat bekerja kat dapur semuanya. Aku pulak boleh berbual
lama sikit ngan kawan-kawan yang datang dari jauh nuh.
Alhamdulillah.. after
kul 2.30 petang start balik orang datang makan jamuan. Sampailah kul 4 petang.
Solat asar dan brsurailah majlis.
Ni aku bagi
sikit tips untuk sesiapa yang nak buat majlis kahwin simple and sempoi hehe.
Tips Membuat Majlis Kahwin Yang Simple
-
Ni masa majlis aku. Tapi aku tak de dalam gambar ni.
Ni semua budak IPG aku, budak Batch. :)
Pertama bagitahu dulu parents kita nak buat
majlis simple and apa sebab sebabnya. Contoh macam aku, aku bagitahu terus aku
nak majlis yang simple sebab utamanya adalah aku student dan kami tak dapat
bantu banyak dalam persiapan majlis nanti. Maksud aku bantu dari segi kewangan
lah. Pastikan point tu penting dan munasabah. Ok?
-
And lepastu pastikan parents terima. Cakaplah
baik-baik, sebab tak semua parents boleh faham dan boleh terus terima. Doa
siang malam.. solat hajat, solat tahajud, solat taubat. Pastu doa penuh harap,
insyallah Allah permudahkan. Tapi, kalau parents jenis tak boleh terima jugak,
jangan jadi anak derhaka. Ikut cakap parents. Gembirakan mereka.. ikut jelah.. Insyallah
adalah tu kebaikannyaa.. J
-
Pastu masa wedding pulak, apa yang perlu ada
untuk majlis yang simple adalah khemah untuk orang makan-makan, pelamin sebagai
tempat ambil gambar, meja makan damai dan bilik pengantin yang cantik dihias.
Itu je yang penting.
Bagi aku jemput ramai-ramai takde masalah.
Jangan takut makanan tak cukup. Rezeki dari Allah. Kita niat je nak bagi orang
makan, ikhlas. Insyallah cukup.. sebab ada sesetengah orang tak nak jemput
orang ni orang tu sebab takut makanan habis, tapi akhirnya banyak makanan yang
terlebih dan terbuang. Sayangkan? Atau pun kalau takut tak cukup, lebihkan duit
kat makan jamuan orang daripada hiasan-hiasan untuk bilik ke diri ke pelamin
tu. Simple kan lagi part hiasan-hiasan tu.
-
2 pasang pengantin dengan 2 orang adik aku :p
Okay, part baju pulak. Disebabkan aku buat baju
sendiri masa nikah and majlis kat rumah aku hari tu, jadi baju tu ada kat aku
lagi. Re-pakai jer hehe. So di sini aku cadangkan korang buat jelah baju
sendiri. Buat simple je jubah kembang tu, letak bunga-bunga sikit dah nampak
macam gaun islamik sebab tak ketat haha. Jangan buat baju susah susah sangat.
Macam aku, aku ada buat 22 design baju. Satu jenis gaun betul. satu lagi jenis
jubah kembang yang macam aku cakap tadi. Aku buang baju gaun tu lebih kurang
lapan bulan. Komain kan sebab rasa macam princess sangat bila pakai gaun tu.
Nak nak warna putih lak tu, lagi lah aku teruja nak jadikan baju tu baju utama
dalam perkahwinan aku. Baju jubah kembang tu pulak aku buat ye tak ye je. Asal
siap. At last, sema orang cakap baju jubah kembang tu lagi cantik dan lawa.
Sian gaun fairy tale aku haha. Maksudnya kat sini, korang buat baju simple je.
Dah nampak cantik. Just nice.. just nicee..
-
Part bilik pengantin. Umi belikan kami cadar
warna krim yang dapat free langsir. Dalam RM100+ dah dapat dah. Nampak macam
tak cantik. Umi pun beli cadar baru yang lain. Warna pink. Tapi aku pilih krim tu sebab aku bila pasang
cantik. Just nice.. cadar pink bagi kak ipar aku guna kat mesir J so maksudnya jangan risau, beli
yang simple je jangan over over. Cantik jugak..
Saja letak
-
Part pelamin. Buat sendiri. Tak reti? Takpe
nanti aku ajar dalam satu entry lain haha.
-
Makan jamuan. Ni penting sebab niat kita ajak
orang memang nak bagi makan kan. Amek je catering. Jangan amek mahal-mahal.
Pilih pakej yang murah je. Satu kepala rm7
pun ada lagi. Ada nasi, lauk ayam, lauk daging, sayur acar, buah, air,
and bubur. Bubur penting daripada nasik tu senanya sebab biasanya orang yang
dapat majlis kita ni dah makan majlis orang lain dulu sebelum tu. Mungkin dah
makan nasi kat 3 buah rumah. Tak kan kat rumah kita nak sumbat nasi jugak kan.
So mungkin diorang akan makan bubur aje.. J
-
Makan damai biasanya mak cik mak cik sedara je
yang masak. Kumpulkanlah sedara and mintak tolong dorang masakkan. Sebab kalau
guna catering mahal sikit.. tapi meja makan damai amek pakej ngan khemah sekali
senang so bila dia pasang khemah, siap sekali dengan tempat makan damai.. Sebab
meja makan damai ni penting. Bagi aku lah. Kenapa? Nanti aku cerita dalam entry
lain haha. Sorryyy takut entry ni panjang sangat..
So nilah
benda yang kita kena fikir dulu kalau nak buat majlis simple. Kalau korang nak
buat simple of kos persiapan semua korang yang buat sendiri kan.. kalau hire
orang, kena upah orang tu, duit lagi. Kalau kita yang buat, kita penat, boleh
tidur kehkehkeh
So ada
apa-apa nak tanya boleh tanya kat comment tu. Kot kot ada yang tertinggal ke.
Good luck ye semua bakal pengantin. Semoga Allah permudahkan. Aku saja menulis
tentang ni sebab aku dah lalui. Apa salahnya aku kongsi. Dapat jugak aku ingat
balik majlis aku haha
So, Alhamdulillah
majlis ambut menantu kat Terengganu selesai dengan baik. Aku bagi pihak mertua
mohon ampun dan maaflah kepada semua yang hadir termasuk keluarga aku sendiri,
jiran-jiran, kawan-kawan, kalau ada apa-apa kekurangan yang disengajakan atau
tak disengajakan sepanjang majlis berlangsung..
For the
pleasure of Allah.
Assalamualaikum And Thank You For Reading!