Searching for ......

Tuesday, March 25, 2014

PERINGATAN : TANDA HIDUP TIDAK BERKAT!

Assalamualaikum

Peringatan buat aku khusus dan umumnya : 

YA ALLAH,BERKATILAH HIDUPKU, 
JANGANLAH KAU BIARKAN HIDUPKU DITENTUKAN OLEH DIRIKU.
T.T 

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak, tapi cepat je habis.
Beli ni lah beli tu lah. habis gitu je, tak nampak ke mana. 

2. Buat kerja, tak siap-siap.
Semua tergendala, semua bertangguh.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan perkara sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main Fb, twitter, instagram bla bla bla.. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Jom muhasabah diri yang sangat teruk ni T.T

Thank You For Reading!

Certain Day Talking : What Im Thinking Today :)

Assalamualaikum…

Wahhh lama kita tak berblogging since dah ada kawan baru ni kan huhu.
Saya ada kawan baru. Nama kawan baru saya tablet Lenovo. Tunang saya bagi hadiah.
Jadi dalam tab tu ada Instagram. Jadi saya banyak menyayah di Instagram berbanding blog huhu.

Sebulan berlalu. Dua bulan berlalu. Tiga bulan berlalu. Oiiiii cepatnyaaaaa dah bulan marchhhh.
Dup dap dup dap. takutttttttt
Macam macam berlaku dalam tempoh ini. Yang paling hotz sekarang isu MH 370.
Semoga Allah beri yang terbaik lah ye..
Sama-sama kita berdoa..

So sekarang aku sedang bercuti.
Ni first day la aku cuti kiranya.
Semalam sekolah lagi, seminggu masuk sekolah sebab PBS.
Sini Johor kan, so ni first time aku belajar cuti hari Jumaat hihi
Rasa janggal tapi rasa macam best jerr.

Sebenarnya dah lama aku kat rumah.
Sebab aku buat PBS pun kat sekolah yang dekat ngan rumah aku.
Kali ni Balqish roomate aku yang buat dengan aku.
Alhamdulillah dah 3 sem duduk rumah aje.
Tapi sekolah lain lah..

Terima kasih Bal sebab buat ngan aku haha.
Aku confirm mesti ada suara suara yang tak puas hati sebab aku memang tak pernah buat PBS kat tempat lain selain rumah aku.
Asyik orang je datang rumah aku. Aku tak pernah datang rumah orang.
Huhu :’)
Maaflah semua..
Aku memang jenis melekat dekat rumah lah..
Rumahku syurgaku haha.
Ya aku suka berjalan..
Nanti aku berjalan jalan ye, jangan risau.
Aku selesa buat dekat rumah sendiri..
Mana tahu lepas ni dah tak ada peluang nak buat kat rumah..
Selagi ada peluang, kita gunakan sebaik mungkin.

Bagi kawan –kawan yang lain mungkin lepas lepas ni banyak lagi masa untuk bermain, berjimba.
Tapi aku tak..
Dah dekat sangat dengan tarikhnya ni..
Makin debo pulak haha.
Bagi aku, masa berfoya-foya aku dah tamat.
Ceh berfoya.
I mean berjalan sana sini pagi petang siang malam.
Macam masa sem 2 PP dulu.
Masa tu aku memang betul betul remaja.
Menghabiskan duit sendiri.
Waktu sendiri.
Mencari kepuasan sendiri.
Aku rasa aku dah cukup lah..
Dah pernah rasa jadi remaja.
Bukan pegi mana pun, mall mall mall.
Pantang ada free time, pergi mall.
Takpun pantang dengar ada pape expo, atau pun pameran ke apa, aku mesti pergi.
Hahah.
Macam best pulak.
Memang best pon sebab aku memang suka berjalan.

Tapi tu dulu.
Masa tak ada matlamat lagi.
Sekarang dah nak jadi isteri orang.
Fikir panjang sikit, matang sikit.
Pujuk nafsu lebih sikit.
Tapi memang betul lah.
Sejak dah ada matlamat, dah kena bina hidup baru nanti,
Semua tu mengubah aku lah (aku rasa la hahah)

Aku tak rasa menyesal aku duduk dalam rumah buat kerja sendiri.
Aku tak rasa rugi lah.
Aku rasa selamat sikit kot. Haha
Tapi kadang-kadang ada jugak rasa nak keluar nak keluar!!!
Masa tu aku offer lah diri, ‘sesapa nak keluar tolong ajak aku ea’
Dengan tak malunya. Hihi

Ilek ilek, 
Sekarang duduk rumah dulu,
Dah kahwin nanti jalan jalan la kau ke mana mana
Ngan laki kau la tapinya eaa

So konklusinya, 
Aku nak ngemas rumah sekarang.
Thank You!
Bye bye. 


Monday, February 3, 2014

Im Joining PBSM :)

Assalamualaikum semua.

Rindulah nak type type :’(
Tak sabar nak pakai henpon beso beso bagi aku senang sikit nak menaip naip ni huhu
Kalau ada rezeki insyallah, kalau tak BB jangan merajuk ye, aku nak pakai kau lagi.. hehe

Kita nak cerita kita masuk PBSM for the first time in my life cecehh
Bukan apa, sebelum ni tak pernah try lagi masuk apa apa persatuan macam tu, tolong tolong orang.
Selalu memang masuk untuk diri sendiri je, macam PPIM, belajar masak masak, jahit jahit.
Isteri solehah la senang kata.

Pastu dulu kecik kecik ada gak masuk pengakap.
Best pengakap, Cuma time kecik kecik sesuailah untuk aku kot, dah besar ni biar pilih yang ayu ayu sikit :p

PBSM ni pun Encik Tunang yang pilihkan..
Kita ikut je mana yang baik..
Alhamdulillah so far baik lah..
Tak ada masalah.
Aku suka PBSM! :D

Eh lupa nak cakap aku sekarang sem 3 so wajib sertailah persatuan macam tu.
Kata cikgu kannnn.
Haaa, jangan ingat aku budak sekolah rendah ye, aku cikgu budak sekolah rendah.
Gittewww

So cerita balik pasal PBSM, aku sukalah belajar sesuatu yang baru dalam PBSM ni,
Nanti senang sesapa yang rasa macam tak selamat je nak jalan jalan gi pantai nak berenang ke apa,
Boleh ajak aku.
Kot kot lemas ke aku boleh tolong CPR kan.
Tapi berenang ke tepian sendiri lah ek, aku belum belajar berenang.:3
Eh dah belajar Cuma tak reti reti sampai laaa ni ha.

Hehe.

So pensyarah pun okay, Cuma kita jangan buat hal lah, nanti bikin masalah susah maaa.
Sebab pensyarah semua jenis u ok I ok, u tak ok u kena lah.
Haa, gitu..
So far aku bersyukur lah masuk PBSM J
Disebabkan baru je masuk so aktiviti tak update sangat, nanti dah masuk kawad apa semua kita cerita balik k.

Tu ajelah, gambar pun taraaa.

Thank You!
For the pleasure of Allah.
Bye..



Majlis Pertunangan Abang Muaz, Abang Saya!

Assalamualaikummm

Kali ni kita nak cerita pasal hari pertunangan abang kita semalam yeyy! :D
So happy tauu, sebab majlis berjalan laaaancar sahaja.
Semalam memang ramai yang kahwin plus bertunang kan,
Kita ucapkan selamat ye semuanya.
Semoga diberkati Allah hendaknya ya..

So jom kita flashback cerita persiapan semalam.
Family kita dari pihak lelaki kan, so persiapan cuma pada hantaran aje lah..

Hantaran ajelah ek?
Aah la sangat sangat.
Hantaran tu cakap je macam ajelah ajelah,
Tapi disebabkan hand made by family sendiri,
So ia bukan ajelah ea..
Ia adalah sesuatu yang osemmm beby  :D

Ketua hantaran si markonah la macam biasa.
Kita part kek je hewhew
Tapi dari tengahari sampai esok pagi nak menyiapkan plus menjaga kek tu,
Memaaaang mencabar haha.
Macam macam kenangan jadik tau..

Jom kita tengok gambar jelah ek,


3 serangkai, Ali, Ika and Kina. 
Sorang lagi menghilang sebab happy sangat kot :p


Ibu ngan rombongan sedara sedara <3
Eh aku ni, senget senget pulak, dah la bawak kek.

Ni kek sensetif gila tau, kek snowy cheese,
Dengar nama je pun aku dah menjejes ayak liyok haha
Of course aku yang buat ^^ heheee



Nak masuk ni, nak masuk ni :D



Ayah kita duk sebelah imam kat situ. Hari tu semua orang panggil ayah YB kakakaka :D



Haaaa inilah dia hasil tangan tangan adik beradik Mu'az Zexk tuuu <3 
*rasa macam ok je kan kan 


Ini dari pihak Kak Aida <3 
Tema biru ok semuanya..


Gambar kurang jelas laa. :(
Gambar jelas ada kat fotografer yang bertugas, tak sempat lagi nak mintak,
Ini pun ok je lah
Ni masa sarung cincin tunang :)



Ni part last, Mu'az Zexk tengah bagi bagi coklat kat anak-anak sepupu hihi
Ni aku yang bagi arahan ni, kalau tak agaknya lupa nak agih-agihkan,
Yela, tengah majlis sendiri kan, of course la serabut sana sini.
Aku nak bagi bagi kan rsa macam tak layak pulak kan.
Almaklumlah bukan titew punyee :3



Yang atas tadi semuanya dari camera makcik kita, So yang bawah n dari camera famili kita pulak :)


Ni kek kita buattt yeyy

Ni surau :D 
Kina buat..

tempat cincin, f kos kina..


Kitaaa


YB Sariff dan isteri tercinta <3 hehee


Hamboih berserinya mukaaaa



Santeeknyeeeeeeee

Ali Nyaie Mahir


Okay, tu je lah.
Biar kita faham melalui gambar sajalah ek. 
Dah penat ni dari tadi tunggu pic loading hahah.

K, for the pleasure of Allah.
Thank You
Taa


Sunday, February 2, 2014

Certain Day Talking : Review For January

Assalamualaikum..

Lama tak jengah blog kan huhu..
Sebab kita busy lah..
Kat IPG of course busy, yelah dah sem atas atas ni kan..
Kelas full sampai petang, so memang tak larat lah nak meloading internet kat bilik..
Baik aku memanjakan diri hihi.

So today apa topic kita ek?
Banyakkkk.
Sebab aku takde sepanjang bulan satu hari tu, so aku nak review kejadian bulan1 lah ye.
Ini kes merindui diri sendiri muahaha.

Okay first jom cerita pasal Shaklee.
Alhamdulillah makin ramai yang minat nak try Shaklee..
Aku bersyukurlah bisness dah naik sikit sikit..
Semoga berkat la ek, aku taknak lah hidup tak berkat..
So sekarang aku dah ada income bulanan sikit sikit dari Shaklee,
Uolls nak jugak tak?
Kalau berminat boleh contact and Tanya kita, J
Jangan takut, kita pasti akan tolong J
Insyallah..

Pastu bulan 1 ni jugak kita Berjaya buat kek manyak manyak. :D
Kita buat kek snow cheese ngan chocolate indulgence.
Berkali kali jugaklah buat hehee.
Tu la masalahnya kalau dah ketagih :3
And last buat kelmarin, time abang kita tunang ^^
Handmade ok

Lepas tu cerita pasal jualan stocking mesir,
Alhamdulillah ok jugak.
Sesiapa nak dapatkan stocking murah mesir boleh dapatkan dari kita ye..

Ni cerita best, abang muaz kita bertunang :D :D
Alhamdulillah dah jadi tunang orang sekarang
Dalam suka ada duka ceceeh
Yela, kitorang adik beradik rapat kan,
Bila dia dah kahwin nanti mintak mintaklah kita semakin rapat dan tak terpisah ye..
Semalam best jugaklah majlisnya..
Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan,
Semua orang happy, semua orang berpuas hati..
Kita pun sama hehe..
Nanti kita dah dapat akak ipar bebetul nanti kita tunjuk gambar k?
Sekarang ni kita mention nama je lah..
Namanya kak Siti Aida.
Simple je namanya, sesimple orangnya ;)
Kepada kak Aida, welcome t our family ^^

Banyakkk lagi cerita exited exited,
Tapi tengah sakit perut ah sekarang T.T
Nanti kita sambung ea!

Eh lupa nak bagitahu,
Malam ni kita jahit cadar,
Warga IPG KPI yang nak beli cadar, tungguuu :D

Siapa nak order Shaklee pulak boleh terus contact kita k?
Love u ollsss

Thank You!
Okay for the pleasure of allah,
Byee