Searching for ......

Monday, December 2, 2013

Mesyuarat Keluarga Salah Satu Sunnah Nabi

Assalamualaikum.
Oh yeah. Serius sikit :p
Aku nak ingatkan kepada diriku yang serba lemah ini.
Ini nasihat ibu aku.
Actually tak ramai dah manusia yang buat benda ni.
Iaitu mesyuarat family..

Oh yes, kalau mesyuarat sekolah ke persatuan ke kelab ke, kita bersungguh sungguh datang but kenapa kita tak buat mesyuarat untuk menentukan apa apa keputusan yang terbaik dalam rumah tangga kita sendiri?.
Tak nak yang terbaik ke dalam keluarga kita?
Of kos la nak kan..

Nanti you all duk la macam ni biar omeyy :D

Look.
Sebenarnya benda ni sunnah nabi.
Nabi ajar kita dalam rumah tangga perlu ada mesyuarat bagi menentukan apa apa keputusan.
Suami sebagai amir.
Macam ibu ayah aku, diorang memang amalkan mesyuarat mesyuarat ni.
What ever happen diorang mesyuarat.
Nak beli kerusi ke nak hantar anak sekolah ke nak cat rumah ke nak balik kampong ke.
Semua tu perlu dimesyuaratkan

So,
Macamana  mesyuaratnya tu?
Meh aku ajar :p
Moga moga aku pun buat nanti. Ameeen
Ni yang agak formal tau.
Means ada bukti bertulis lah bukan mulut aje.
Memula ambil satu buku yang agak tebal.
Kita nak guna lama ni. Kalau boleh seumur hidup. Hehee

Buku macam ni pun omeeyy :D

And then kita sediakan waktu.
Contohnya lepas solat ke mengaji ke duduk duduk dengan family tu..
Then bincang lah apa apa
Contoh : apa berlaku tadi and apa nak dilakukan esok. But simple aje J
Nanti 30 tahun lagi bacalah dengan anak anak sambil gelak gelak :D
Bestnyaa

And yang pentingnya, semua pendapat ahli keluarga diterima.
Kalau ahlinya masih lagi suami dan isteri, maka saling menerimalah pendapat masing masing.
Kalau ada anak anak, dengar pulak pendapat anak.
Look? Kan terkandung kasih sayang disituu ohcocweet:p
Masa bermesyuarat
Janganlah kita rasa kitalah yang betul, kitalah yang bagus. Jangan..
Kenapa jangan? Apa berlaku apabila kita bersikap macam tu?
Bila kita berkeras hati macam tu, maka hasil yang baik tidak dapat dicapai.

Heheheee <3

Contohnya ada 4 ahli keluarga sedang bermesyuarat untuk mengecat ruang tamu.
Ayah pilih warna putih.
Ibu dan dua anak pilih warna hijau.
Maka keputusannya adalah hijau.
Tetapi oleh sebab ayah tu rasa keputusan dia yang lebih baik, maka dia pun mengamuk sepanjang hari sepanjang malam tujuh hari tujuh malam kerana masih tak puas hati.
Masa tu keputusan dah dibuat tu.
Hijau. Dan catlah kononnya.
Masih berkeras lagi.
Oh so susah maaa  macam ni..
Kan? Haa
So kita kena beringatlah jugak ye..
Walaupun kita berhak terasa atau apa apalah.
Tapi rilexsss. Makan kit kat dulu.
Dak eeeeee :D

Iyee, mungkin keputusan ayah tu betul.
Warna putih lebih sesuai.
Tetapi mesyuarat punya mesyuarat, hijau yang menang kan kan..
Ikutlah mana yang dah dimesyuaratkan..
Allah lebih tahu kenapa sesuatu itu berlaku kan kan

Faham tak maksud aku apa haha?
Maksudnya kita perlu berlapang dada..
Kalau keputusan dah pun di ambil,
Terimalah dengan hatimu.
Janganlah terima dengan mulutmu.
Nanti aku pang kang ahahha:p



Okay tu aje lah.
Eh lupa.
Ni untuk aku.
Semoga aku amalkan lah dalam kehidupan aku bersama keluarga baru aku nanti hehew

Okay.
For the pleasure of Allah
Thank You!
Byee :D

Friday, November 29, 2013

Certain Day Talking : Jomlah Pergi Expo!

Assalamualaikum..

Hati-hati orang yang beriman akan sentiasa mengingati Tuhannya di kala susah dan senang..
Sudahkan saya dan anda berzikir pagi ini? Muehehe pancung skett.

Orait, sekarang ni 28hb kan. Aku cuti dua minggu lebih dah kan..
Dan sepatutnya banyak lah post post aku..
Sebab biasanya cuti cuti gini lagi banyak masa, internet laju, banyak aktiviti menarik dannnnnn manyak jugak permainan emosi.. haha

Biasa lerr kita orang muda :p

penyeri post ini :)


Namun, mengapakah semua itu tidak berlaku?
Oh, mungkin sebab kebusy’an.
Atau mungkin aku masih taka da feeling nak feeling feeling?
That’s the answer.

Dan mengapakah sekarang aku menulis nulis pula?
Mungkin sebab sesuatu atau beberapa perkara telah berlaku.. isk isk
Heee

Tak de pape laa..
Cuti ni aku ada kerja kerja yang perlu dibereskan..
Antaranya mengecat(dah siap:D), menjahit, membuang peralatan yang tidak digunakan di rumah, menshopping muehehe. 
Dan banyak lagi. 
Tapi malas dipikirin.

But kejap lagi aku nak jenjalan ngan ibu ngan nyaie, pergi expo pertanian kat ayer hitam
Semalam : yeyyy :D
Hari ni: yey K

Tapi takpelah,
Jom jalan-jalan gi expo pertanian.
Tinggal hari ni and esok aje ni.
Jangan lepaskan peluang anda!!  (agen promosi)

Thank you I love u babayyy

Thank You!
For the pleasure of Allah. 

Monday, November 18, 2013

Cuti Semester 2013 :')

Assalamualaikum.

Orait. Cuti IPG start sama dengan cuti sekolah lah seperti biasa. J
So cuti sem kali ni… apakah yang perlu difikirkan… ;)
Of course persiapan diri.

somelnyaaa

Aku agak busy pada awal cuti ni dengan beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan.
Jadi, aku meminimumkan masa untuk bersosial di lama social huu

So aku pun tak ada idea nak update apa lagi ni..
Aku cuma mau wish wish ^^
For myself.

Aku berharap cuti ini memberi seribuuuu satu makna yang baik buat aku
Aku harap cuti ni adalah cuti yang baik untuk aku.
Aku harap cuti kali ni Allah berkati.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan keluarga aku.
Ya Allah bantulah aku dan seisi keluargaku dalam segala hal,
Setiap waktu.
Dalam semua keadaan. Ameen :’)

Semoga Allah bantu sangat sangat.
Thank you!
For the pleasure of ALLAH!

Monday, October 28, 2013

My Life Full WIth THE LOVE

Assalamualaikum.

Sebenarnya sekarang hatiku berdebar-debar sebab kawan kawan aku tengah study rak PIM, Nahu, EDU tapi aku tengah layan cerita Lobiu Mr Arragont wuuu T.T

Aku bukan apa, daripada aku tak fokus baik aku tak payah baca.
Tapi hatiku sebenarnya berkata, ‘dari kau melagho baik kau baca sikit’ wuuu T.T

Ahh x pelah. Petang ni aku balik IPG. So maksudnya aku ada sehari semalam sahaja untuk baca PIM sebab rabu ni dah exam PIM pada pukul 8.15 pagi. Pagi yang..

Ya Allah, kau bantu permudahkanlah urusan aku nak jawab dengan baik betul dan tepat ameeeeen T.T
Okay, sebenarnya aku ada benda lagi besar yang aku besarkan daripada exam.
Ce teka ce teka?

Ko tengoklah tajuk tu. Love laaa, love.

Orait, kalau nak tahu, aku balik rumah ni sebab love, aku balik IPG lambat pun sebab love.
You know what, I LOVE MY FATHER.

Sebenarnya ayah aku akan keluar tabligh 1 november ni iaitu khamis ni. Jadi masa tu aku tak boleh balik dah. Maksudnya ni balik last la aku jupa ayah aku sebelum dia keluar tabligh.

Walaupun aku dari kecik ayah aku keluar 2 bulan la 40 hari, tapi hati aku mata aku jantung aku tetaaaap akan menangis bila ayah aku nak keluar lagi.

Aduhhh dah mula dahh T.T

This is I called THE LOVE.

Aku kalau duk rumah ni aku akan rasa aku dilimpah limpah kan dengan kasih sayang yang sangat banyak sampai duk rumah pun aku rasa rinduuuu dengan ayah.. T.T

Tengok muka ayah pun rinduuuu ayah. Padahal ayah depan mata tu. Kau bayangkan lah macamna aku nak type cerita fasal the love ni.

Tak dapat digambarkan. T.T
Nak nak aku dah nak kahwin.
Ya allah sedihnya nak kahwin,,

Aku terfikir,  nanti ayah nak susah payah lagi tak untuk aku bila aku dah ada suami?
FYI, ayah aku sangat bersusah susah untuk aku. Sangat. Dia sangat berkorban untuk aku.
Ayah aku akan tunggu balik kat tol ayer hitam, kadang 1 2 jam dia tunggu. ayah aku akan tunggu bas aku nak balik KL sampai bas nya datang, dalam panas panas kereta pun dia sanggup tunggu.. Penat badan dia, kesiannnn dia T.T

Ayah aku pernah temankan aku pergi jumpa doktor bekam sampai 1 2 pagi.. kesian ayah, mesti badan ayah sakit sakit kan.. T.T

Ayah aku akan balik masa rehat kat sekolah untuk tengok keadaan anak dia kat rumah setiap kali aku balik.
Ayah aku selalu sangat ajak jalan jalan sebab takut nikmat jalan jalan ditarik oleh allah..
Sangat banyak benda yang ayah buat menyebabkan kadang-kadang ak rasa takut nak kahwin.. T.T

Adakah aku akan terima kasih sayang macam tu lagi..?
Nanti bila aku dah kahwin, adakah suami aku akan layan aku macam tu jugak?
Aku sedih… aku takut…

Kawan aku Qila, selalu cakap aku ni tak susah atau apa ek dia cakap,,
Macam aku ni jarang disusahkanlah,, bila susah merungut…
Aku menafikan sebab aku bukanlah orang kaya kan..

Tapi akhirnya aku sedar, ya, aku ni kaya..
Kaya dengan kasih sangat. Melimpah ruah..
Menyebabkan aku tak boleh kalau tak dapat kasih sayang..

Ya, aku jarang disusahkan sebab ayah aku sangat berkorban untuk aku..
Masa aku sekolah lagi lah, jangan dicerita apa ayah aku buat…
Sedihnyaaa T.T

AYAH, IKA SAYANG AYAH SANGAT SANGAT! T.T

So, THE LOVE kali ni menampilkan ayah aku. Aku tak nak kehilangan perhatian dan kasih sayang ayah aku.. T.T
Macam mana ek nak buat.. T.T
Aku nak senangkan hati ayah aku..

Okay, caranya adalah belajar bersungguh-sungguh, dapat cemerlang.
Kahwin dan jadi isteri yang solehah. Insya allah.
Itu semua hadiah untuk ayah yang dah bersusah payah sangat sangat.

Jadinya, kenapa aku balik IPG hari isnin?
Sebab aku lebih pentingkan ayah aku daripada kuliah.
Hari ni aku present arab patutnya, tajuk last.
And maybe aku tak dapat markah untuk presentation sebab aku tak present.
Tak apalah. Ada hikmah.
Aku nak keberkatan. Aku nak sukakan ayah aku.

And actually I miss my father sooooooo much T.T

Dan sebenarnya ayah ibu busy minggu ni nak settle kan ali.
Ali nak temu duga tahfiz.
Kalau aku kena balik hari Ahad, ia akan menyusahkan ayah aku amat amat.
Sebab ayah nak hantar kina lagi..
So, aku berkeputusan untuk memudahkan ayah aku dengan balik haru isnin.
Hikmahnya adalah aku dapat tengok muka ayah aku lebih sehari lagi :D

For Allah,
I know you know all these.
Please gives us your keberkatan, kerahmatan, dan segala nikmat yang baik dan terbaik bagi kami..
We need you, Allah..

Ya Allah, lindungilah ayah aku daripada segala musibah, bala bencana hatta sekecil kecil benda buruk pun..
Panjangkanlah umur ayahku, berilakh keberkatan rezeki ayahku, berilah kenikmatan kesihatan yang baik kepada ayahku..
Dan berikanlah ayah aku kenikmatan syurgamu.
Sejahterakanlah keluargaku yang tercinta.
Satukanlah kami dalam syurgaMu Al Firdaus. Ameeeen :’)
Sesungguhnya kau maha tahu hatiku, tenangkanlah hatiku, damaikanlah hatiku dan jadikanlah aku wanita yang solehah. Ameeeen..

This is we called pengorbanan.
I know, ramai yang tak setuju. But I agreed. J
Kami berkorban di dunia untuk agamaMu Ya Allah.
Kami berpisah-pisah di dunia demi agamaMu Ya Allah, maka kau satukanlah kami di syurgaMu AlFirdaus. Ameen.

So, itu ajelah. Aku rasa aku addict sangat, sebab aku jatuh cinta yang sangat sangat dengan famili aku. 
Aku akan jadi sangat sangat tenang, bahagia, dll. 
Menyebabkan aku rasa rinduuu dengan famili aku semasa aku bermasa mereka. Dahsyat kan? :’)
Baca dah dahsyat. Yang rasa ni macam mana? :’) doakan aku.
Aku amat amat bersyukur dikurniakan famili seperti ini. Inilah antara nikmat terbesar aku dapat.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Okay, tu jelah.

For the pleasure of Allah.
Thank you!

Bye .

Monday, October 14, 2013

Unexpected Award For This Blog!

Assalamualaikum.

Hari tu ada annual makan malam  bersama batch aku iaitu PISMP ambilan Januari 2013.
So ada macam-macam lah dalam event tu.
Kami makan-makan, tengok video Kempaj, video kuliah-kuliah sem 2, cabutan bertuah, anugerah-anugerah disampaikan dan sebagainya.



Oh ye, video kuliah aku yang tak seberapa tu hasil titik peluh aku juga tau :p

I love bunga hidup
Bunga apa tah ni.
Tapi dia tahan laa.
Aku suka..
Aku rembat 4 bunga ni,
dia still keras sampai seminggu tau..


Aku ngan Nina makan sepuas mungkin kahkah.

Okay,
Kita pendekkan cerita,
Jamuan punya jamuan, tetiba nama aku disebut oleh MC,

‘A’ISYAH AS SIDDIQAH BINTI SARIFF’

Orang-orang lain merangkap kawan-kawan aku : Wooooaaaaaaa..

Aku : Ek? Orait. (*tetapi tidak serilex ini sebenarnya ya  :p)

Pastu aku jalanlah terkedek-kedek menuju pentas.

Rupa-rupanya nama aku disebut untuk menerima anugerah Muslimah Beyond.
Hahah. Beyond lah sangat aku ni. Pui.

Apa-apa pun terima kasih kepada exco yang memilih aku.
Sebenarnya aku segan.. :3
Bukan sebab apa, sebab aku tak beyond poooon haha

Okay,
Cuba teka sebab apa aku dianugerahkan dengan anugerah sedemikian rupa?
Muslimah Beyond kot
Seram aku dengar kahkah
Ce teke ce teke?
 . . . . . .


Salaaaaah..
Jawapannya adalah BLOG INI.
Yes, blog ini.

Hahah
Aku tak tahu siapa yang baca blog aku ni.
*Ni aku main teka-teka je tau.
Sebab masa aku kat atas pentas tu,
MC tanya aku gini tetiba,

MC : Dengar kata A’isyah ada blog ea?

Aku dengan tukuzutnya terus menggeleng geleng malu : Eh tak tak. :3

Aku bukan malu apa sebenarnya, yelah dah la nama sooo beyond, lepas tu aku buat blog pun bukan nak hebah-hebah.

I just love writing.
I love blogging.
And I love my life.

Lagipun aku tak boleh over-over, ada orang tengokkk.
Bahayaaa weeei.

Orait,
Makanya, entry ini ditulis untuk menyatakan kesyukuran aku kerana hobi aku dihargai oleh manusia lain.
Tidak ku sangka…
Alhamdulillah.
Terima kasih ye.. 

Tapi aku seganlaaa :3 muehehe

Aku nak tulis kat sini supaya ia menjadi kenangan. Cececeeh.
Tu je lah kot.



For the pleasure of Allah.
Thank You So Much!

Byeee.