Searching for ......

Tuesday, March 25, 2014

PERINGATAN : TANDA HIDUP TIDAK BERKAT!

Assalamualaikum

Peringatan buat aku khusus dan umumnya : 

YA ALLAH,BERKATILAH HIDUPKU, 
JANGANLAH KAU BIARKAN HIDUPKU DITENTUKAN OLEH DIRIKU.
T.T 

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak, tapi cepat je habis.
Beli ni lah beli tu lah. habis gitu je, tak nampak ke mana. 

2. Buat kerja, tak siap-siap.
Semua tergendala, semua bertangguh.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan perkara sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main Fb, twitter, instagram bla bla bla.. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Jom muhasabah diri yang sangat teruk ni T.T

Thank You For Reading!

Certain Day Talking : What Im Thinking Today :)

Assalamualaikum…

Wahhh lama kita tak berblogging since dah ada kawan baru ni kan huhu.
Saya ada kawan baru. Nama kawan baru saya tablet Lenovo. Tunang saya bagi hadiah.
Jadi dalam tab tu ada Instagram. Jadi saya banyak menyayah di Instagram berbanding blog huhu.

Sebulan berlalu. Dua bulan berlalu. Tiga bulan berlalu. Oiiiii cepatnyaaaaa dah bulan marchhhh.
Dup dap dup dap. takutttttttt
Macam macam berlaku dalam tempoh ini. Yang paling hotz sekarang isu MH 370.
Semoga Allah beri yang terbaik lah ye..
Sama-sama kita berdoa..

So sekarang aku sedang bercuti.
Ni first day la aku cuti kiranya.
Semalam sekolah lagi, seminggu masuk sekolah sebab PBS.
Sini Johor kan, so ni first time aku belajar cuti hari Jumaat hihi
Rasa janggal tapi rasa macam best jerr.

Sebenarnya dah lama aku kat rumah.
Sebab aku buat PBS pun kat sekolah yang dekat ngan rumah aku.
Kali ni Balqish roomate aku yang buat dengan aku.
Alhamdulillah dah 3 sem duduk rumah aje.
Tapi sekolah lain lah..

Terima kasih Bal sebab buat ngan aku haha.
Aku confirm mesti ada suara suara yang tak puas hati sebab aku memang tak pernah buat PBS kat tempat lain selain rumah aku.
Asyik orang je datang rumah aku. Aku tak pernah datang rumah orang.
Huhu :’)
Maaflah semua..
Aku memang jenis melekat dekat rumah lah..
Rumahku syurgaku haha.
Ya aku suka berjalan..
Nanti aku berjalan jalan ye, jangan risau.
Aku selesa buat dekat rumah sendiri..
Mana tahu lepas ni dah tak ada peluang nak buat kat rumah..
Selagi ada peluang, kita gunakan sebaik mungkin.

Bagi kawan –kawan yang lain mungkin lepas lepas ni banyak lagi masa untuk bermain, berjimba.
Tapi aku tak..
Dah dekat sangat dengan tarikhnya ni..
Makin debo pulak haha.
Bagi aku, masa berfoya-foya aku dah tamat.
Ceh berfoya.
I mean berjalan sana sini pagi petang siang malam.
Macam masa sem 2 PP dulu.
Masa tu aku memang betul betul remaja.
Menghabiskan duit sendiri.
Waktu sendiri.
Mencari kepuasan sendiri.
Aku rasa aku dah cukup lah..
Dah pernah rasa jadi remaja.
Bukan pegi mana pun, mall mall mall.
Pantang ada free time, pergi mall.
Takpun pantang dengar ada pape expo, atau pun pameran ke apa, aku mesti pergi.
Hahah.
Macam best pulak.
Memang best pon sebab aku memang suka berjalan.

Tapi tu dulu.
Masa tak ada matlamat lagi.
Sekarang dah nak jadi isteri orang.
Fikir panjang sikit, matang sikit.
Pujuk nafsu lebih sikit.
Tapi memang betul lah.
Sejak dah ada matlamat, dah kena bina hidup baru nanti,
Semua tu mengubah aku lah (aku rasa la hahah)

Aku tak rasa menyesal aku duduk dalam rumah buat kerja sendiri.
Aku tak rasa rugi lah.
Aku rasa selamat sikit kot. Haha
Tapi kadang-kadang ada jugak rasa nak keluar nak keluar!!!
Masa tu aku offer lah diri, ‘sesapa nak keluar tolong ajak aku ea’
Dengan tak malunya. Hihi

Ilek ilek, 
Sekarang duduk rumah dulu,
Dah kahwin nanti jalan jalan la kau ke mana mana
Ngan laki kau la tapinya eaa

So konklusinya, 
Aku nak ngemas rumah sekarang.
Thank You!
Bye bye.