Searching for ......

Monday, October 20, 2014

Cara Nak Buat Jemput-Jemput Yang Lembut


Assalamualaikum

Haha kelakar ngat tajuk entry ni aku rasa. Seperti yang uolls tahu aku kahwin masa aku masih budak kan kehkehkeh. So banyak benda aku tak master lagi

Dan aku bukanlah jenis yang bagusss sangat pandai masak ni masak tu (walaupun biasanya orang kahwin awal ni terrer masak). Hanya beberapa resepi je yang ada dalam otak aku ni antaranya adalah jemput jemput.

Aku suka jemput jemput aku ni sebab tu aku ingat. So aku memang akan menggunakan jemput jemput aku ni sebagai modal kot kot ada orang uji aku pandai masak ke tak. Dan ofkos ada orang nak uji aku sebab aku kan student lagi. So orang rasa aku ni lack dari segala segi. Tapi aku kena bijak hehe. Mai sini aku ajar buat jemput jemput lain sikit dari orang lain.

Bahan bahan :
Tepung
Bawang besar dihiris halus dan kecik kecik
Bilis banyak
Garam
Telur
Air panas

Tu je. 
Tapi aku tak tahu nak bagi tahu kuantiti dia sebab dia ikut banyak mana tepung korang guna.
Rahsianya satu je senanya. AIR PANAS. Hehe

Korang jangan guna air biasa. 
Sebab air biasa akan mengeraskan jemput jemput tu bila dia sejuk nanti. Rahsia aku guna air panas masa adun semua bahan tu.

Letak air sikit sikit supaya dia serata dan sekata.
Tambah air sikit sikit sampai semua tepung dah kena air dan nampak lembut. So dah boleh goreng.
Goreng sampai warna dia jadi kuning kuning coklat cair. Barulah ia jadi rangup dan isi dalamnya lembut. Dapnyeeeeeeee

Testimoni berjaya!

Aku nak cerita sikit. Hari kedua masa aku duk rumah mertua, abi suruh aku buat sarapan. 
Aku berfikir fikir, nak buat apa ek.. Nak buat yang terbaik ni hehe. 
So aku pilih jemput jemput ni hehe.

Teka apa resultnya?
.
.
.
.
.

Esoknya abi suruh buat jemput jemput lagi yeyyy! Hehee


So boleh lah try kot kot orang boleh terpikat ke dengan makanan simple yang korang sediakan tu 

Selamat mencuba. Peaceeeeee

( Gambar takde, dah ada nanti aku update )

For the pleasure of Allah

Thank you!
Assalamualaikum

Thursday, October 9, 2014

Wide Shawl @by_ilyasiddiqah

Assalamualaikum, 

Kawan2 semua dah maklum kan aku ada buat butik shawl online.? Alhamdulillah untuk permulaan ni shawl dulu. Doakan ia berkembang ya sebab aku ada impian nak buka kedai sendiri. Insyallah dengan izin allah.

Aku ada group perniagaan jugak senanya. Maksud aku orang yang bekerja keras sama sama aku ramai jugak. Antaranya umi mertua, kak ipar, adik ipar, and suami of kos. Terima kasih semua.. Nanti ika bagi ganjaran haha

Mula-mula dulu nama ig shop aku by aisyah assiddiqah. Nama aku sorang. Tapi sebab aku rasa suami aku lagi banyak korban dari aku dalam bisness ni so aku pun tukarlah nama by_ilyasiddiqah haha.

Terima kasih suamiku kekasih yang baik hati

Lagipun rasa berkat sikit letak nama suami ni , ye dak bang? ;p


Okay pastu, 
Aku banyak buat update kat instagram ngan page facebook aje. Kat blog mungkin agak kurang sebab agak sukar kan..

My facebook page : By Aisyah As Siddiqah

Instagram Shop : @by_ilyasiddiqah

So boleh follow untuk maklumat lanjut dan update terkini :)

Untuk order ke apa boleh wasap me 0137711430


Jom usha shawl @by_ilyasiddiqah!  






Nak tau update latest follow ig shop by_ilyasiddiqah ya.
Sorry kita punya muka ngan kak ipar kita berbunga bunga gitu hehe.
Sebab husben kita suruh.. Kita ikut lah.. Klu tak mana tau dia tak kasik meniaga lagi nanti haha. Soram jugak den.. 



Soooo jom shoppinggg :-) :-) :-) :-) 


For the pleasure of Allah
Thank you
Assalamualaikum



Kenapa 'Makan Damai' Ketika Majlis Perkahwinan Itu Penting?

Assalamualaikum

Dalam entry lepas aku ada kata nak cakap fasal makan damai kan?

Alhamdulillah, masa majlis kat Johor dan Terengganu pun ada makaan damai
Tapi biasanya pengantin tak dapat makan sebab sibuk layan orang.
Masa makan damai tu jamah buah seketul je haha
Hee tu tak de apa pun,

Makan damai ni apa sebenarnyaa?

Kenapa dipanggil makan damai?

Okay, makan damai ni adalah acara pengantin makan dalam majlis perkahwinan, pengantin tu duk tengah2 orang ramai supaya semua orang dapat tengok depa. Dan ia dipanggil makan damai sebab tujuannya bagi mendamaikan dua buah keluarga yang baru menjadi keluarga..

Jadi kenapa ia penting?


Untuk memperkenalkan pengantin kepada orang ramai.

Kenapa kena perkenalkan kat orang? 
Supaya orang awam tahu yang kita dah berkahwin..
Nanti takdelah orang terkeliru.

Eh betul ke kau dah kawen?

Eh ritu majlis kau ke? Tak nampak kau pun.
-Memanglah tak nampak aku, aku malu, nyorok kat dapur.. :3

Apa tujuan kita buat kenduri kahwin? Nak hebahkan kat orang kan?

“Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan”

(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


So dah alang-alang buat majlis, hebahkan bebetul.
Dan bagi aku, makan damailah part yang paling sesuai.

Takpe, biar makan damai yang menampakkan pengantin kepada orang ramai.
Bukan masa duk kat pelamin tu. Menepung tawar , baling beras ke apa tu.
Pehe dok apa aku nak sampaikan?

Yang pakai purdah , pakai je purdah, tak payah bukak. Takdelah nak tunjuk pengantin sampai kena buka purdah hehe over ngat.



Sebab itulah aku rasa makan damai paling sesuai. Sebab ia just makan makan. Bukan tujuan menunjuk-nunjuk.

And mengikut pengalaman aku aku, kalau boleh rancang nak buat majlis tu biar makan damai tu di ambil perhatian sikit. Sebab biasanya part makan damai yang agak kelam kelibut. Ni kalau kita setting sendiri lah, bukan tempah punya. 

Sebab masa tulah keluarga belah family husband datang ramai-ramai, dengan kita nya kena belagak cuns kat meja makan tu. So pastikan ada orang yang jaga bahagian makan damai. Khas dalam 2 3 orang pastikan, air cukup x, nasi ada ke x, pinggan cukup tak, kerusi lagi apa semua. Jangan miss satu benda pun kalau boleh, kalau tak anda menyesal sebab tak dapat bagi the best untuk keluarga baru.  

So tu jelah kot.

Good luck semua bakal pengantin :p

For the pleasure of Allah

Thank you!
Assalamualaikum 

Apa Yang Perlu Anda Sediakan Untuk Menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)?

Assalamualaikum,

Biasanya PBS (pengalaman berasaskan sekolah) sem yang lepas lepas, aku tak google macam mana nak pegi PBS, apa yang perlu kita buat masa PBS, apa yang penting untuk guru PBS. Sebab Unit 
Praktikum dah bagi taklimat sebelum kita gi sekolah. 

Tapi untuk PBS 4  ni aku macam tergerak lah nak type kat google, macam mana nak memulakan PBS  haha. Saja nak try.

Tapi malangnya, tak banyak pun. So aku nak share lah kot kot membantu adik adik akan datang. Haha walaupun aku tahu unit praktikum dorang dah terang banyak kali :p

Apa yang perlu dibawa ke sekolah pada hari pertama?

Kalau aku, aku siap siapkan baju tudung apa semua letak satu tempat. 
Supaya pagi pagi esok tak kelam kabut. 
Yelah, kat IPG start class kul 7.45 pagi, kat sekolah kul 7 pagi dah kena gi sekolah. 
Pastu sediakan beg. 
Pilih beg mana nak pakai. Biar nampak cunssss hehehe.


Dalam beg kena ada apa?

Pertama pen. Pen hitam is better. Sebab kebanyakan kerja kita kan berbentuk rasmi. Kadang-kadang guru besar cerewet. Warna pen pun boleh jadi isu. So better ambil langkah paling selamat, bawak pen hitam sebatang.  Lagi pun kalau kita bawak pen walaupun sebatang, ia menunjukkan kita ni bersedia.

Tapi tak kesah pun pen apa senanya. Ikut suka ko leh. Asalkan bawak je..

Jangan langsung tak bawak pen, siap pinjam gubeso lagi.  Memang………………..

Okay pastu bawak surat pemberitahuan yang korang nak datang sekolah tu. Bersedia je. Kengkadang sekolah ni tak perasan ipg kita dah hantar surat kat dia bagitahu kita nak buat PBS. Datang2 je gubeso tanya, awak datang untuk apa? Saya tak tahu pun?

So keluarkanlah surat tu. Biar rasa confident sikit berhadapan dengan gubeso yang kita pun tak tahu perangainya camana kan.


Pastu bawaklah kerja PBS yang ipg korang kasi tu.. tunjuk gubeso kerja apa yang kita kena settlekan sepanjang berada kat sekolah dia ni.. barulah kita yakin diri yeah aku banyak keje haha.

Lagi satu kalau kita tunjuk kerja kita, nampak lah busy sikit. Takdelah sepanjang hari kita kena relief kelas aje. At least sehari 1 jam je dia akan kasi. Tapi tengok jugak sekolah.. kita kena pandai susun ayat.

Oh ya,fasal relief. Jangan malas tau masuk kelas. Sebab setiap kali kita masuk kelas walupun kita tak mengajar, kita sebenarnya sedang belajar sesuatu. Belajar kawal kelas, belajar layan budak, belajar tarik perhatian dan banyak lagi.

Sebab teori ngan praktikal berbeza ya adik adik. Cuba aplikasi yang kita belajar tu. Berjaya ke tidok. Try lah

Pastu bawaklah kerja lain yang tak siap. Assignment ke apa. At least duk bilik guru nanti takde lah melongo termenung tengok cikgu cikgu sekolah tu berbual. Macam budak apa tah haha.


Lagi satu pesanan, kalau korang jenis berat mulut sejak azali, buat buatlah ramah mulut sikit masa PBS. At least senyum or beri salam pada senior2 guru yang lain.  Barulah kita menunjukkan akhlak yang nabi ajar. Akhlak baik. Ok? J

Tu je kot. Kepada adik adik PBS pengalaman berasaskan sekolah untuk bakal guru keluaran IPG, good luck J

For the pleasure of ALLAH
Thank you!
Assalamualaikum.



Tips Merancang Majlis Sambut Menantu Yang Ringkas

Assalamualaikum semua habuk habuk. Hehe

Lama tak update blog sebab banyak benda yang perlu diberi keutamaan.
So sekarang dah habis semua assignment bolehlah aku update apa yang patut dalam hidup aku.

Alhamdulillah.. sekarang dua-dua belah majlis dah selesai. 
Majlis kat rumah mertua 19.9.2014. Ingat ni siddiqah haha. (sebab biasanya tarikh2 ni aku lupa)

Majlis rumah aku ringkas kan? 
Tapi majlis kat rumah mertua aku lagi ringkas. 
Lagipun semua benda umi dan  abi (mertua aku) settle kan. 
Dah la umi abi wanita bekerjaya. So memang busy dan banyak benda lah klu nak buat berdua aje.

Majlis kat terengganu dibuat hari jumaat. Kenapa jumaat? Sebab sabtu untuk rehat. Esoknya hari ahad aku dah kena masuk sekolah untuk PBS hehe.


Majlis hari jumaat kan, makanya masa yang ada singkat. Start orang datang kul 11 pagi. Makan damai pun pukul 11 pagi. Memang ngam2 makan terus gi sembahyang jumaat. Alhamdulillah.. Masa orang lelaki gi sembahyang jumaat, kaum perempuan boleh berehat sat haha. Penat bekerja kat dapur semuanya. Aku pulak boleh berbual lama sikit ngan kawan-kawan yang datang dari jauh nuh. 

Alhamdulillah.. after kul 2.30 petang start balik orang datang makan jamuan. Sampailah kul 4 petang. Solat asar dan brsurailah majlis. 

Ni aku bagi sikit tips untuk sesiapa yang nak buat majlis kahwin simple and sempoi hehe.

Tips Membuat Majlis Kahwin Yang Simple
-         

Ni masa majlis aku. Tapi aku tak de dalam gambar ni.
Ni semua budak IPG aku, budak Batch. :)


Pertama bagitahu dulu parents kita nak buat majlis simple and apa sebab sebabnya. Contoh macam aku, aku bagitahu terus aku nak majlis yang simple sebab utamanya adalah aku student dan kami tak dapat bantu banyak dalam persiapan majlis nanti. Maksud aku bantu dari segi kewangan lah. Pastikan point tu penting dan munasabah. Ok?
-          
And lepastu pastikan parents terima. Cakaplah baik-baik, sebab tak semua parents boleh faham dan boleh terus terima. Doa siang malam.. solat hajat, solat tahajud, solat taubat. Pastu doa penuh harap, insyallah Allah permudahkan. Tapi, kalau parents jenis tak boleh terima jugak, jangan jadi anak derhaka. Ikut cakap parents. Gembirakan mereka.. ikut jelah.. Insyallah adalah tu kebaikannyaa.. J
-          
Pastu masa wedding pulak, apa yang perlu ada untuk majlis yang simple adalah khemah untuk orang makan-makan, pelamin sebagai tempat ambil gambar, meja makan damai dan bilik pengantin yang cantik dihias. Itu je yang penting.

Bagi aku jemput ramai-ramai takde masalah. Jangan takut makanan tak cukup. Rezeki dari Allah. Kita niat je nak bagi orang makan, ikhlas. Insyallah cukup.. sebab ada sesetengah orang tak nak jemput orang ni orang tu sebab takut makanan habis, tapi akhirnya banyak makanan yang terlebih dan terbuang. Sayangkan? Atau pun kalau takut tak cukup, lebihkan duit kat makan jamuan orang daripada hiasan-hiasan untuk bilik ke diri ke pelamin tu. Simple kan lagi part hiasan-hiasan tu.
-         
2 pasang pengantin dengan 2 orang adik aku :p


Okay, part baju pulak. Disebabkan aku buat baju sendiri masa nikah and majlis kat rumah aku hari tu, jadi baju tu ada kat aku lagi. Re-pakai jer hehe. So di sini aku cadangkan korang buat jelah baju sendiri. Buat simple je jubah kembang tu, letak bunga-bunga sikit dah nampak macam gaun islamik sebab tak ketat haha. Jangan buat baju susah susah sangat. Macam aku, aku ada buat 22 design baju. Satu jenis gaun betul. satu lagi jenis jubah kembang yang macam aku cakap tadi. Aku buang baju gaun tu lebih kurang lapan bulan. Komain kan sebab rasa macam princess sangat bila pakai gaun tu. Nak nak warna putih lak tu, lagi lah aku teruja nak jadikan baju tu baju utama dalam perkahwinan aku. Baju jubah kembang tu pulak aku buat ye tak ye je. Asal siap. At last, sema orang cakap baju jubah kembang tu lagi cantik dan lawa. Sian gaun fairy tale aku haha. Maksudnya kat sini, korang buat baju simple je. Dah nampak cantik. Just nice.. just nicee..
-          
Part bilik pengantin. Umi belikan kami cadar warna krim yang dapat free langsir. Dalam RM100+ dah dapat dah. Nampak macam tak cantik. Umi pun beli cadar baru yang lain. Warna pink.  Tapi aku pilih krim tu sebab aku bila pasang cantik. Just nice.. cadar pink bagi kak ipar aku guna kat mesir J so maksudnya jangan risau, beli yang simple je jangan over over. Cantik jugak..


Saja letak

-         
Part pelamin. Buat sendiri. Tak reti? Takpe nanti aku ajar dalam satu entry lain haha.
-         
Makan jamuan. Ni penting sebab niat kita ajak orang memang nak bagi makan kan. Amek je catering. Jangan amek mahal-mahal. Pilih pakej yang murah je. Satu kepala rm7  pun ada lagi. Ada nasi, lauk ayam, lauk daging, sayur acar, buah, air, and bubur. Bubur penting daripada nasik tu senanya sebab biasanya orang yang dapat majlis kita ni dah makan majlis orang lain dulu sebelum tu. Mungkin dah makan nasi kat 3 buah rumah. Tak kan kat rumah kita nak sumbat nasi jugak kan. So mungkin diorang akan makan bubur aje.. J
-        
  Makan damai biasanya mak cik mak cik sedara je yang masak. Kumpulkanlah sedara and mintak tolong dorang masakkan. Sebab kalau guna catering mahal sikit.. tapi meja makan damai amek pakej ngan khemah sekali senang so bila dia pasang khemah, siap sekali dengan tempat makan damai.. Sebab meja makan damai ni penting. Bagi aku lah. Kenapa? Nanti aku cerita dalam entry lain haha. Sorryyy takut entry ni panjang sangat..


So nilah benda yang kita kena fikir dulu kalau nak buat majlis simple. Kalau korang nak buat simple of kos persiapan semua korang yang buat sendiri kan.. kalau hire orang, kena upah orang tu, duit lagi. Kalau kita yang buat, kita penat, boleh tidur kehkehkeh

So ada apa-apa nak tanya boleh tanya kat comment tu. Kot kot ada yang tertinggal ke. Good luck ye semua bakal pengantin. Semoga Allah permudahkan. Aku saja menulis tentang ni sebab aku dah lalui. Apa salahnya aku kongsi. Dapat jugak aku ingat balik majlis aku haha

So, Alhamdulillah majlis ambut menantu kat Terengganu selesai dengan baik. Aku bagi pihak mertua mohon ampun dan maaflah kepada semua yang hadir termasuk keluarga aku sendiri, jiran-jiran, kawan-kawan, kalau ada apa-apa kekurangan yang disengajakan atau tak disengajakan sepanjang majlis berlangsung..

For the pleasure of Allah.

Assalamualaikum And Thank You For Reading!