Assalam..
Saja lah nak bagitahu, cerita ni memang tak bertamadun betul..
Tak berkualiti plus tak elok lah cerita macam ni, Dah kahwin pun masih tergila-gilakan pasangan masa sekolah dulu. Isteri kat rumah tak jaga, tak cinta.
Haramnya lahai..Tolonglah buat cerita real sikit.. Bertamadun sikit..
Kita ni dah terdedah dengan ajaran islam, dah terdedah dengan ilmu-ilmu, tapi cerita kita masih ditakuk yang lama.
Bagi saya secara peribadi, cerita macam ni tak patutlah dibuat, ditayang. Sebab ia merendahkan lagi martabat seorang lelaki tu ha. Lagi -lagi suami.
Kalau cerita macam ni ditayangkan, dibiasakan dengan orang Melayu Malaysia, nanti masyarakat kita rasa biasa dengan perkara tu, masyarakat kita rasa tak apa dengan perkara tu.
Nanti ramailah suami-suami yang buat perangai macam tu, isteri-isteri tiru perangai macam tu, yang kononnya BOLEH dan BETUL tu.
Oh sooo cannot! 😰 Sepatutnya bukan macam ni cerita yang dihasilkan oleh orang Melayu Islam. Tak ada ilmu, tak ada nilai. Yang ada apa? CINTA CINTA CINTA. Ya Rabbi..
Ini bukan cinta yang sebenarnya. Ini adalah cinta yang salah. Contoh paling simple. Sein tu, apa hal dok terhegeh-hegeh lagi dengan Luna padahal dia dah kahwin dah dengan Wardah. Kesian Wardsh akhirnya dimatikan macam tu aje. Padahal Wardah tu baik. Yang dimenangkan Cinta Sein dan Luna tu. Ya Rabbi, orang lain pun bercinta jugak tapi takdelah jahil sangat macam jalan cerita ni 😂
Nak marah siapa pun tak tahu. Tapi macam tulah. Sampai ke lasssst si Sein tu kata masih cinta masih cinta. Sama jugaklah Luna. Dik, realiti plis. Huhuu. Sungguh mengecewakan akak.
Cerita melayu islam, tapi tak ada nilai islam melayunya tu, sedih.
Okay itu saja lah luahan Sein dan Luna I nih.
Sekian...
Searching for ......
Friday, January 6, 2017
Thursday, January 5, 2017
Melindungin Masa Instruksional (MMI)
Assalamualaikum :)
Persediaan SPP.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?
MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai
kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar
yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan.
2. Adakah MMI satu dasar baharu?
MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam
kepimpinan instruksional. MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI
sememangnya telah menjadi amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan negara
dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang
demikian, MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak
KPM.
3. Apakah perlu MMI di sekolah?
MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi
memastikan peningkatan keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep ”Guru
Mengajar dan Murid Belajar”.
4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan
MMI?
Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI.
5. Apakah faedah MMI kepada murid?
Murid akan mendapat masa pembelajaran yang
maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang
menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.
6. Siapakah urus setia MMI?
- Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran
- Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik
- Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik
- Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
- Pimpinan sekolah
7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan
MMI?
JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh
dibincangkan dalam JK Kurikulum.
8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar
mengiringi murid untuk menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di
luar sekolah?
MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam
aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada
pemimpin sekolah.
9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit
Merah yang aktif. Saya telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti
sukarelawan membantu mangsa yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah
pihak pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai
aktiviti tersebut?
Pemimpin sekolah sepatutnya membuat
pertimbangan berdasarkan keperluan dan keutamaan peranan guru berkenaan.
Sekiranya tiada halangan guru berkenaan boleh menyertai aktiviti tersebut.
Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid sepanjang
ketiadaannya di sekolah.
10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah
dan guru kerana perlu menyediakan pelbagai bentuk laporan?
MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan
guru. Ini kerana KPM sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan
MMI agar tidak membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan
pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI
dengan berkesan.
11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan
pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti
pada waktu persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?
Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan
dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu
persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu
menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan
aktiviti berkenaan.
12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat,
bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada
KPM, JPN dan PPD?
Pengetua dan Guru Besar perlu memberi
pertimbangan atas kewajaran guru- guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program
yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu
menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.
GOOD LUCK FOR INTERVIEW!
Apa itu Program j-QAF?
Assalamualaikum semua :)
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan
Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran,
Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bermula
tahun 2005.
Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan
modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan,
bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid.
Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.Kecuali program
TASMIK dan KEM BESTARI SOLAT yang diadakan di luar jadual waktu sekolah. Namun
Program Tasmik boleh dilaksanakan dalam waktu persekolahan dengan syarat tidak
mengganggu P&P lain dan waktu subjek lain tidak dikurangkan. Semuanya di
atas budi bicara pentadbir.
Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan
khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan
tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan
dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.
OBJEKTIF PROGRAM j-QAF :
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik
dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
* Menguasai bacaan dan tulisan jawi
* Khatam al-Quran
* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain
KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF :
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai
suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam
PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak
dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
1. Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen
pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan
pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan
pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu
dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum
mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan
khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah
diberi bimbingan secara berterusan.
2. Kepentingan Khatam al-Qur’an
Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian
Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia
tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan
bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid
yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran
secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut
semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada
kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah
tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.
MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF:
1. Model Kelas Pemulihan Jawi
Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam
Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru
khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua
sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab
Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah
dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta
mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
2. Model Khatam Al-Quran
Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku
panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan
Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.
Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang
telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini
akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai
bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah
menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.
3. Model Tasmik
Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu
persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan
persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada
guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing
luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh
pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.
4. Model Bahasa Arab
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang
dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan
pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata
pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya
tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah
60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.
5. Model Bestari Solat
Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam
dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum
PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan
kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah
dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.
GOOD LUCK FOR INTERVIEW!
Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini
Assalamualaikum :)
Persediaan SPP (nota)
Perdana Menteri -
Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri
- Datuk Abdul Rahman Dahlan
- Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (Hal Ehwal Agama)
- Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
- Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
- Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim
- Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
- Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri
- Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
- Dato' Sri Azalina Binti Othman Said
Timbalan Menteri
- Dato' Razali Bin Ibrahim
- Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki (Hal Ehwal Agama)
- Datuk Seri S K Devamany
Kementerian Kewangan
- Menteri I: Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
- Menteri II: Datuk Johari Bin Abd Ghani
- Timbalan Menteri : Datuk Othman Aziz
- Timbalan Menteri : Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
- Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
- Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed
- Timbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat
Kementerian Luar Negeri
- Menteri: Dato’ Sri Anifah Bin Aman
- Timbalan Menteri: Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican
Kementerian Pertahanan
- Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein
- Timbalan Menteri: Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri
- Menteri I: Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed
- Menteri II: Dato' Seri Ong Ka Chuan
- Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan
- Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
- Timbalan Menteri : Datuk Chua Tee Yong
Kementerian Pengangkutan
- Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
- Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi
Kementerian Kesihatan
- Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
- Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya
Kementerian Pendidikan
- Menteri: Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid
- Timbalan Menteri: Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
- Timbalan Menteri: Senator Tuan Chong Sin Woon
Kementerian Pendidikan Tinggi
- Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh
- Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Kementerian Kerja Raya
- Menteri: Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof
- Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
- Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
- Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit
- Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
- Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
- Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
- Menteri: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
- Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan
Komoditi
- Menteri: Dato’ Mah Siew Keong
- Timbalan Menteri: Datuk Datu Nasrun Mansur
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek
- Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
- Timbalan Menteri: Tuan Nogeh Anak Gumbek
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat
- Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim
- Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
- Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Kementerian Sumber Manusia
- Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
- Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib
Kementerian Wilayah Persekutuan
- Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
- Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan
Kementerian Belia dan Sukan
- Menteri: Encik Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
- Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/L Murugan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan
- Menteri: Tan Sri Noh Omar
- Timbalan Menteri: Datuk Halimah Binti Mohd Sadique
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK)
- Menteri: Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin
- Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Menteri: Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
- Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
- Menteri: Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Bin Tun Said Keruak
- Timbalan Menteri: Dato' Jailani Bin Johari
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
- Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
- Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin
Baca paling latest di SINI.
GOOD LUCK FOR INTERVIEW!
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Assalamualaikum semua :)
Persediaan interview SPP saya.
Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013. Pelan itu menyaksikan
sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari segi sistem pendidikan negara.
Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion
pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Di samping itu, proses transformasi sistem
pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:
1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada
usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada
kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan
penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah
kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar
yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat
global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
17 Inisiatif Utama:
1. Transformasi pendidikan vokasional,
termasuk kolaborasi sekolah vokasional dengan industri
2. Penjajaran kurikulum dengan standard
antarabangsa
3. Peningkatan kemahiran guru dalam TIMSS
dan PISA
4. Peluasan LINUS 2.0 merangkumi literasi
Bahasa Inggeris
5. Peningkatan penguasaan kemahiran
berbahasa guru Bahasa Inggeris
6. Piagam Guru termasuk pakej kerjaya dan
instrumen penilaian kompetensi
7. Pelaksanaan pelan induk CPD baru
8. Piagam Pemimpin Sekolah termasuk NPQEL,
laluan kerjaya dan menambahbaik Tawaran Baru
9. Sekolah Transformasi Daerah, termasuk
School Improvement Programme (SIP + SISC ) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
10. Penjenamaan semula Matrikulasi dan
Tingkatan 6
11. Peningkatan enrolmen dalam program
pendidikan inklusif termasuk infranstruktur supaya lebih mesra untuk
berkeperluan khas
12. Penyediaan 1BestariNet dan perisian ke
sekolah
13. Pengintegrasian data pendidikan untuk
penghasilan satu sistem data untuk menambahbaikan dashboard
14. Pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome
(OBB)
15. Penstrukturan semula organisasi (KPM)
16. Pengukuhan kurikululm Pendidikan Islam,
Moral dan Sivik
17. Perombakan dan penjenamaan semula program
RIMUP
8 Inisiatif Tambahan:
18. Peningkatan enrolmen ke prasekolah
berkualiti
19. Pelaksanaan HOTS dalam kurikulum,
pentaksiran dan latihan
20. Transformasi IPG untuk meningkatkan
kualiti latihan guru
21. Pelaksanaan sarana penglibatan ibu bapa ,
komuniti dan sektor swasta
22. Penyemakan semula nisbah guru-murid
bagi SKM
23. Penyediaan dan pelancaran portal dan
perpustakaan video eGuru
24. Pengagihan semula RM1 bilion dan
pengurangan pembaziran
25. Naik taraf infranstruktur asas bagi
memenuhi standard
Nota kaki : Sebagai makluman, 6 inisiatif PPPM
telah dicapai dalam 100 hari pelaksanaannya. Italic adalah berkaitan guru.
Banyak juga istilah baru yang belum difahami oleh Cikgu Norazimah..hehe
Good luck for interview!
Subscribe to:
Posts (Atom)